MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 8 Jun 2015

Ayam BBQ Pahit...

Assalammualaikum semua. Salam sejahtera. Apa kabar korang hari ni. Harap semuanya sihat. Bagi yang tengah bercuti sempena cuti sekolah ni selamat bercuti diucapkan.

Ni cerita minggu lepas. Makan dekat sebuah food court di sebuah shopping mall yang besar. Dah tak tahu nak makan apa dan Adli pulak nak ayam..ayam  akhirnya order nasi ayam. Yang tinggal pulak ayam BBQ. Takpelah. Harga 8.90 dengan sup biasa. Bila tambah sup fishball jadi 10.90. Fish ball ada 5 ketul RM2. Betulkan pengiraan lea.

Yang lea nak cerita ni, ayamnya memang rasa pahit hangus sangat-sangat. Suami dah bising dah. Kalau lea tak sabarkan mau dia bising dekat kedai tu. Lea malaslah nak bising-bising. Adli pun cakap tak sedaplah mie. Budak pun tahu cakap tak sedap. Akhirnya Adli makan nasi je. 

Kenapalah ayam pahit tu jugak yang nak dijual. Entahlah. Peniaga yang macam tu memang nampak na tak jujurnya. Sabar jelah.

Memang lepas ni taklah nak beli nasi ayam kat situ. Cukuplah sekali.






1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.