MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 10 Jun 2015

Adli ke I-CITY Shah Alam

Hari sabtu lepas suami ajak pergi I-CITY nak bawa Adli tengok lampu katanya. Sampai-sampai dekat situ Adli dah teak bergerak-gerak depan patung gold ala-ala Grammy Award tu. Suka benar berdiri dekat situ. Tak nak bergerak langsung. Nak berdiri dekat situ je. Takde masuk dekat mana-mana pun. Dengan Adlinya tak reti duduk diam. Memang jalan-jalan dekat luar jelah. Adli dok mengamuk je nak pergi dekat patung warna gold yang besar tu.

Sekejap je pun dekat I-CITY sebab dah hujan. Malas nak tunggu lama-lama. I-CITY pun dah ala-ala Genting Highland yang dulu dah. Pokok-pokok lampu yang banyak-banyak macam dulu lea tak jumpa. Ke memang dah tak ada. Banyak mainan jelah.

Tu dia dok tunjuk patung keemasan yang besar tu

Dok duduk dekat Thomas kata Adli

Dulu I-CITY terkenal dengan lampu yang bewarna warni

Cantik je warna lampu warna merah ni

Untuk maklumat lanjut mengenai I-CITY ni korang bolehlah layari

I-CITY


3 ulasan:

  1. ala hujan ke..takde rezeki nak berlama..janji adli enjoy kan

    BalasPadam
  2. lama dahh tak pergi i city.. hihi :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.