MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 27 Mei 2015

Suman makanan dari Sarawak

Assalammualaikum semua. Apa kabar hari ini. Harap semuanya sihat hendaknya. Ok. Hari ni lea nak membawa korang mengenali salah satu makanan yang ada di Sarawak ini iaitu Suman. Suman ni adalah makanan tradisi kaum Melanau di Sarawak. Gambar-gambar ni sepupu lea yang ambil di Daerah Kabong. Ok. Kita mulakan ye.

Bahan-bahan untuk membuat suman ini adalah tepung sagu, kelapa parut dan bahan-bahan tambahan yang kita sendiri boleh masukkan seperti  udang dan isi ikan. Garam secukup rasalah. 


Kemudian suman dibungkus dalam daun seperti kita membuat otak-otak atau pais. Suman kemudiannya akan dibakar di atas bara api. Macam buat otak-otak kan caranya.


Ni gambar close up sepupu ambik 

Ni lagi dekat 

Ni lagi-lagi dekat

Harga suman yang dijual 

Sebenarnya lea teringin sangat nak makan benda ni. Lama dah tak makan. Rasanya dah dekat 10 tahun tak makan. Dekat kuching pun jarang nak jumpa suman ni. 

12 ulasan:

  1. Sekali pandang, macam otak-otak... :)

    BalasPadam
  2. kaknoor belum pernah makan lagi suman ni, teringin nak makan lah macam pais ikan tenggiri jugak ni kan

    BalasPadam
  3. Teringin kakak nak merasa Lea.
    Tak pernah jumpa lagi di sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah.saya lama dah tak makan ni kakzie.dekat sini memang tak jumpa.dekat kuching pun takde

      Padam
  4. lama nya tak gi kuching..msa 1st time gi kuching, sya gi cari kuih2 kat pasar..balik hotel xhabis makan sebab kenyang sgt..

    BalasPadam
  5. Bungkus mcm otak otak, bahan dia mcm sata Terengganukan lea...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.