MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Bercerita Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Google+ Followers

Thursday, 28 May 2015

Nasi lemak tukar ke laksa sarawak

Cerita hujung minggu lepas. Plan nak makan nasi lemak dekat kampung baru. Nasi lemak 80 sen. Eh silap dah 90 sen dah. Tapi dalam kereta anak buah tanya makcu pandai tak buat laksa Sarawak. Aduh…kebetulan memang teringin nak makan laksa Sarawak. Akhirnya tukar plan. Ajak suami makan dekat Dapur Sarawak.

Sampai-sampai situ memang tengah penuh kedainya. Nak tunggu ke.Kebetulan memang dah rezeki kami. Ada orang yang keluar. Jadinya sambung tiga meja terus. Kami lapan orang masa tu termasuk Adli.

Lea, kakak ipar dan anaknya order laksa Sarawak. Suami dan anak buah order mi kolok. Adli dan anak buah sorang order nasi aruk ayam dan anak buah yang sorang lagi order nasi ayam claypot. Air pulak sudah semestinya lea order 3 layer tea. Rasanya …oklah. Yang sedap pernah le aminum di Sugar Bun Kuching dengan Chicken Rice Shop. Di Chicken Rice Shop memang sedap dan pekat.


Puas rasa dihati sebab keinginan dapat ditunaikan. Kalah orang mengandung. Hahaha.  Seronok yang lagi satu sebab kalau masuk Restoren Dapur Sarawak ni boleh dengar orang cakap Sarawak. Ok. Ni gambar-gambar malam tu. Korang layan mata ye.

Selfie dengan kakak ipar dulu

3 layer tea 

Setia dengan milo ais

Nasi ayam claypot

Laksa Sarawak pujaan hati

Semua dah selesai kecuali tuan besar. Abah tengah suapkan nasi

9 comments:

  1. salam. hee sy rasa laksa sarawak kalo di sarawak dorg guna mee kuning atau mee maggie jeer., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa sarawak memang dibuat dengan mihun

      Delete
  2. meleleh air liur tengok laksa sarawak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....pergilah dekat Dapur Sarawak fendi. hihihihi

      Delete
  3. Kakak ada jiran org Sarawak. Kalau kenduri rumah dia mesti masak laksa sarawak. Kami satu taman memang dah tahu dia punya laksa sarawak tip-top:)

    ReplyDelete
  4. makanan sarawak semua lom pnah rasa....

    ReplyDelete
  5. Di kawasan Kampung Baru, KL ya?
    Saya nak try cari lah..sebab mmg tak pernah rasa lagi laksa sarawak..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau laksa sarawak dekat jalan sarikei dekat ngan hospital tawakal. area restoren haslam.Restoren Dapur Sarawak.

      Delete
  6. Okje tak pernah gi Kg Baru sebab nak makan makan ni.....Makan apa yg ada kat area rumah jerlah. Laksa Sarawak tu okje pernah makan masa open house kawan anak. Dia mmg org Sarawak. Mak ai....sedap sangat

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.