MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 7 Mei 2015

Ke Port Dickson 1 Mei 2015

Assalammualaikum semua. Tak tahu nak mulakan dari mana. Gambar banyak pulak nak dipilih. Oklah.Lea mulakan.

Jumaat lepas memang tak plan pun nak pergi PD. Tapi bila dah tengahari cakap dengan suami. Kita nak ke mana ni. Takkan nak duduk rumah je 4 hari ni. Apa kata kita pergi PD. Suami cakap ok. Tapi lepas dia balik sembahyang jumaat. Ok.Lea pun call kakak ipar. 
Jadinya nilah ahli rombongan kami 
Nak dijadikan cerita, highway sangat-sangat jam. Aduh.Parah macam ni. Bergerak sedikit-sedikit je. Nak sampai ke RnR Seremban rasa bercinta je rasa. Dah sampai di PD pun mak ai..lotih dibuatnya. Paham-paham jelah kan. 
Sampai di PD dekat-dekat nak jam 5 petang. Bertolak jam 2.30 petang. Sepatutnya boleh sampai dalam masa 45 minit je.Nak buat macam mana kan. Dah cuti kan. Sampai-sampai cari portlah. Tapi lea terambil pulak gambar anak buah dok ambil gambar sendiri. shelfie katanya ye. Tengoklah. Macam-macam fesyen gaya bergambar. 


Adli dari dalam kereta tengok laut dok menjerit-jerit nak mandi nak mandi. Sampai dekat laut dialah orang pertama yang turun. Suka betul dia. Suami cakap berapa kali ntah dia tertelan air laut sampai muntah-muntah. Tapi tak serik juga. Masih nak main air. Korang tengoklah ragam si Adli ni.


Ni bekal yang kakak ipar buatkan. Macam-macam ada. 
Matahari semakin menghilangkan dirinya.
Antara moment terindah yang dirakamkan
  
Jom kita naik. 
Bila dah naik masa untuk makan. Lapar ye li... 

Cantikkan...


7 ulasan:

  1. seronok dapat picnic sambil Mandi laut..yg tak bestnya jam tu la kan..apa pun Alhamdulillah sampai gak hajat.

    BalasPadam
  2. PD, Cameron, Melaka, Penang adalah tempat paling teruk jem kalau waktu cuti...saya elak tempat2 mcm ni utk pegi time cuti sbb nnt saya yang stress..hahaha...

    BalasPadam
  3. seronok tgk Adli mandi2 kat PD.. atie last ke PD tahun 2003 kot...haha
    memang teruk jem baru2 ni kan, ramai kawan mengeluh..:)

    BalasPadam
  4. jarang jumpa budak seumur adli berani mandi laut..
    cucu yan masa sebaya adli padah takut main air..

    BalasPadam
  5. kawan saya yang pergi bercuti dengan family dia ke PD pun bagitau jalan sesak sangat. saya balik kampung pun jem gak.... huhuhu

    BalasPadam
  6. Salam. Hee sonoknyer beriadah di pantai dengan sunset yang cantek.., puas hati mak kann ;p

    BalasPadam
  7. Yelah kan Lea ....dahlah cuti lama, takkan nak memerap jat rumah jer. Tulah memasing kata jammed minggu lepas. Org ramai nak berjalan kot.
    Tido sana tak?

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.