MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 19 Mei 2015

Di mana hilangnya hati seorang insan....

 gambar-gambar dari Utusan Melayu


Bila nak kahwin? Bila dah kahwin…Bila nak ada anak ni? Itulah soalan-soalan yang sering ditanya.

Bukan semua pasangan bertuah. Selepas kahwin sebulan lepas tu isteri disahkan mengandung. Alhamdulillah. Rezeki kan. Bunting pelamin dikatakan. Tahniahlah kan. Tapi bagi yang sedia menanti, apa perasaan mereka. Ada setahun, dua tahun, tiga tahun ada yang sampai berpuluh tahun. Tapi mereka sabar dan tabah melalui kehidupan tanpa ada cahaya mata mengisi kesunyian.

Hanya Allah yang maha mengetahui. Betapa pasangan ini inginkan zuriat sendiri. Zuriat sendiri yang akan meneruskan keturunan. Tapi rancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Sebagai hambaNya hanya terus mampun berdoa di samping berusaha.

Tetapi ada juga manusia bodoh yang bila sudah dikurniakan rezeki zuriat, tidak pandai menghargai pemberian itu. Anak dibuang, anak dipukul, anak dibaling dan yang paling sedih dikerat 15. Mana pergi sifat seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran sampai sanggup melakukan semua itu.

Lea kalau boleh mengelak untuk melihat atau membaca apa yang berlaku itu. Tetapi terlihat dan terbaca juga. Ye..Air mata menitik. Bayangkan tubuh yang kecil diperlakukan sedemikian.

Sambil menaip air mata dah bergenang.........

6 ulasan:

  1. Jgn kata kita yg dah jadi mama ni luruh airmata Lea, anak kakak yg masih budak pun sama betapa kejamnya manusia yg ada otak tapi tak berakal mengalahkah binatang. PPR Kempas tu Lea ramai yg bukan M'sian tapi Allah jualah yg tahu. Geram, marah, benci, sedih semuanya berbaur bila dipapar berita begini kan...

    BalasPadam
  2. memang tak sanggup nak baca lah ttg bayi yg dikerat 15 tu.. Ya Allah! pelaku nya mmg kejam..dimana hati nurani nya..geram btul tau.. org lain dok teringin zuriat sndiri yg mrk suka2 buang....

    BalasPadam
  3. video yang baby kena lambung Iza tengok sekejap je sbb x dpt tahan rasa kesian nak pergi selamatkan baby tu je rasa. manusia makin hilang pertimbangan akalnya kerana jauh dari nikmat Allah dah tidak bersyukur. Allah uji pelbagai cara. moga kita semua dijauhkan dari sifat sedemikian. amin

    BalasPadam
  4. saya mmg x sangup tgk . bkn sekadar bayi tapi manusia dewasa juga . samalah dgn gambar kemalangan ... org x de anak , impikan dan berusaha dpt anak . yg sudah ada , disia - siakan . kan lbh baik gugurkan sahaja semasa masih dlm kandungan klu mmg x nak anak . sekrg2nya blm cukup sifat . dah mcm org bodoh je sanggup menahan seksa mengandung , melahirkan dan berpantang pastu pi bunuh mcm tu je . berdosa satu hal lagi ...dah mcm org gila pula bila fikirkan ... binatang pun tau sayang anak ...

    BalasPadam
  5. entah mak bk komen byk2,,skit hati.,Jenis takda pakai je buat camni..sedih sgt

    BalasPadam
  6. saya tak tahan baca perkara seperti ini..mereka kejam dan tak berhati perut..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.