MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 1 Mei 2015

Coretan di Hari Pekerja 2015

Assalammualaikum semua.



Selamat bercuti untuk anda yang bergelar pekerja hari ini. Apa aktiviti korang hari ni. Lea duduk dekat rumah jelah dengan Adli. Nak balik kampung di Teluk Intan mungkin mak mertua akan datang sini pada 3 Mei nanti. Nak balik Kuching mak pulak dekat Terengganu. Nak berjalan pun Adli masih demam pulak.


Hari Rabu lepas minta izin bos untuk keluar awal sebab nak bawa dak Adli ni ke klinik. Pengasuh call cakap Adli demam. Cakap dengan suami terus suruh lea balik bawa Adli ke klinik. Bawa dekat klinik yang dekat dengan rumah je pun. 

Adli..............masa masuk ke kereta memang nampak lemah sangat-sangat. Kita yang tengok pun kesian. Sampai dekat klinik memang elok je duduk nya . Korang tengoklah gambar dekat atas tu. Memang gaya orang sakitlah. Ngam-ngam 10 minit mula bangun pergi dekat kerusi roda. Korang nak tau dia cakap apa.

Umie...duk sini. Adli olak...

Adui nak sapa yang sakit ni. Lepas tu mulalah berlari sana sini. Melompat. Jadi utramanlah dia. Dah tu masuk bilik doktor dia siap pergi timbang berat sendiri. Dah tu check suhu 39'C. Panas tu. Tapi dia tak macam orang sakit nampak sihat je. Sampai rumah bagi dia makan roti, makan ubat, bagi susu terus lena dari jam 4 petang sampai 8 malam. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.