MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 7 April 2015

Sebelum Majlis Pernikahan Wan Dan Emi

Minggu lepas lea sekeluarga balik kampung di Teluk Intan untuk menghadiri majlis kahwin anak buah suami Emi dan pasangannya Wan. Jumaat tu lea dah cuti. Ingat nak balik hari khamis malam tapi tak jadi. Takpelah. Pelan-pelan kan. Lea dan keluarga dan family abang ipar balik pada jumaat malam. Sampai di kampung jam 11 lebih malam. Bila dah di kampung tidur tu kalau boleh tak nak bangun dah. Sejuknya mengalahkan pakai aircond.

Kawasan rumah akak ipar diwaktu pagi

 Kiranya bangun awal jugaklah lea pagi tu sebab nak subuh. Kalau bercuti rasanya mau terlajak juga tu. Bangun-bangun tu tengok kakak ipar dan siap gorengkan nasi dan mihun. Banyak pulak dia goreng tu. Siap bersarapan di bawah khemah kami. Seronok sesekali berkumpul macam tu.

Nasi goreng dan mihun yang kakak ipar buatkan untuk minum pagi pada Sabtu 

Lepas tu tolong anak buah masukkan door gift ke dalam beg kertas. Untuk doorgift je dah berapa ntah belanjanya. Banyak jugak doorgift yang kena dimasukkan ke dalam beg kertas. Nasib baik anak buah yang kecik-kecik ramai dan boleh diharap. Adli pun sibuk juga nak tolong.





Ingat takde apa dah buat. Balik-balik kakak ipar dari pasar dia suruh potong ayam untuk dibuat masak kari 21 ekor, ikan tongsan untuk buat gulai tempoyak 20 ekor rasanya dan kambing 21 kg untuk dimasak keesokkan harinya. Yang tukang potongnya lea, suami dan abang ipar suami isteri. Habis baju dan seluar bau ayam, bau ikan dan bau kambing. Hehehe. Pengalaman pertama kot potong ayam sebanyak tu.

Adli? Biasalah dia. Dengan  rumah kakak ipar yang besar dan kawasan sekeliling yang luas, seronoklah Adli. Dia boleh berlari kesana sini dengan gembiranya. Mulut lea dah penat dah nak larang dia berlari. Suami pun dok geleng kepala je.




 
Untuk makan tengahari hari tu, lauknya.... ayam masak merah, sayur keladi masak lemak, sambal tempoyak, ikan rebus dan pekasam. Memang berselera makan tengahari tu. Belum lagi menu malam tu. Balik kampung memang makan je kerjanya.

Lepas makan tengahari , kemas apa yang perlu kemas, mandi, sembahyang dan pergi kerumah mak mertua sebab malam tu nak tidur sana sampailah balik hari isnin. Sampai-sampai rumah kemas dulu rumah sebab rumah tinggal banyak habuklah kan. Lepas dok sapu, dok mop masing-masing ambil bantal dan tidur keletihan. 

Sedar-sedar jam 5. Mandi dan solat asar. Lepas tu nak jalan-jalan kat bandar Teluk Intan senan nak pekena mi jawa ke, mi mastan ghani ke ataupun dekat Hawaii. Hawaii ni satu gerai kecik yanga da jual rojak buah yang sangat sedap dan laksa yang juga agak sedap. Tapi yang paling sedap sudah semestinya ABC. Tapi malang betul nasib kami sebab ketiga-tiga tempat ni dah tutup. Sabar jelah. Akhirnya balik jelah sebab hujan lebat. Sebelum tu bawalah Adli main-main dekat kawasan Menara Condong Teluk Intan. Ok.Kita balik. Nak berkemas untuk majlis nikah Emi dan Wan malam nanti.







Semasa dekat Menara Condong Teluk Intan ambiklah gambar Adli ni. Bila tengok balik gambarnya cantik pulak. Memang takkan dia nak tengok kamera. Adli. Memang dia buat hal sendiri je kat tangga tu. Kalu ikut dia nak naik tu. Nasib baik tutup.






Sebelum tu singgah dekat Pasar Minggu di Teluk Intan nak cari Ais Bandung tarik ni. Memang sedap. Kalau pergi Teluk Intan cubalah cari bandung tarik ni. Dah rasa sekali pasti nak lagi.



4 ulasan:

  1. comelnya adli dok kat tangga tu...macam model kanak2 je...
    door gift yang kait tu cantik...

    BalasPadam
  2. Walaupun di rumah kakak dah bermacam-macam hidangan disediakan keluar tetap nak merasa makanan di luar juga.

    Adli mana nak kisah org nak ambil gambar dia ke apa. Janji dia enjoy:)_

    BalasPadam
  3. lps penat2 ada jln2 lak.... comei lah bdk berseluar pelikat tuh... jd model lak tuh...

    BalasPadam
  4. Sama mcm Okje Lea...balik rumah mak mesti kena kemas dulu huhu....
    Tak pernah sampai Teluk Intan berselfie kat Menara Condong padahal selalu jer gi Teronoh tu.... Kalau nak sebenarnya boleh jer lanjut ke sana....

    Wah hensemnya Adli berseluar pelikat...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.