MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 11 April 2015

Salam Sabtu bersama nasi goreng kak mon



Assalammualaikum semua.Salam Sabtu dan selamat bercuti semua.

Hari cuti ni biasanya masak sarapan untuk suami dan anak.Hari-hari biasa pun sama kecuali lea tak sihat. Rajin tak?hehehe. Puji sendiri nampak. Sekarang pun suami nak bekal sebab katanya kawasan tempatnya bekerja sarapan pagi dah mencecah Rm6.Belum lagi makan tengah hari.Jadinya pagi-pagi kena buatkan bekal untuk sarapan dan makan tengahari untuk lea dan suami. Adli pulak untuk sarapan paginya.

Betul betul jimat bila bekal ni.Kadang2 bawa Rm50 tu tak usik2 seminggu. Bila dah makan bekal takde keperluan nak beli apa-apa pun.

Banyak pula melalutnya. Ok pagi ni lea masak nasi goreng kampung tanpa kangkung dan cekodok ikan bilis.Dua-dua Adli suka makan.


Oh ya malam tadi lea buat kerabu sotong. Kerabu tu lea letak Sotong, tomato, suun dan yang paling istimewa lea masukkan pegaga. Suami pun cakap sedap. Senyum sampai ke telinga lea.Hehehe.Seronok bila apa yang kita masak orang tersayang cakap sedap.Terasa diri ini dihargai.


OK.Selamat bercuti semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.