MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 14 April 2015

Salam pengantin bagi duit



Kita sambung lagi ye. Pada sebelah malam pulak diadakan majlis bersanding malam. Masa inilah kita salam dengan pengantin dan bagi pengantin duit. Lea dulu masa jadi pengantin terkejut jugak dengan adat ni. Yelah jauh beza dengan adat lea di Kuching dengan di Perak ni. Lepas kita tabur beras, salam pengantin kita letaklah berapa ringgit yang kita nak letak. Sibuklah orang lain dok meneka berapa kita bagi. Kalau bagi RM50 tu riuhlah.



Lepas tu Emi dan Wan dok tabur gula-gula. Lagi satu part yang best. Bukan budak-budak je yang berebut gula-gula ni mak bapak budak pun sama. Yang paling best si Adlilah.Dia kutip gula-gula dah tu dia bagi kat budak lain. Hehehe. Lea pun sama mengutip gula-gula ni. Banyaklah dapat masa tu. Memang riuh rendahlah masa tu.


Ok.Kita potong kek pulak ye. Sedap kek coklatnya. Lama dah tak makan, makan jugaklah sedikit. Seronok tengok pengantin dok suap menyuap.Masih malu-malu Hehehe. Teringat masa kita kahwin dulu-dulu. Hehehe. Mula-mula tu malu lagi. Kentut pun kontrol. Dah lama-lama main lepas je. Hahahaha. Kadang-kadang je terlepas, Hehehehe.




Ok..Acara terakhir malam tu buka hadiah. Banyak jugalah hadiah yang Emi dan Wan dapat. Seronok dok meneka hadiah apa yang dia dapat. Serti biasa set gelas adalah pemenangnya. Oklah kan boleh untuk kegunaan di rumah baru. Hadiah masa lea kahwin dulu ada lagi di dalam kotak di bawah katil Sudah 9 tahun berlalu. Elok lagi ke tak tu.













Makcik pengantin yang menceriakan suasana

4 ulasan:

  1. ooo malam pun ade bersanding ye lea.... pes time tgk nie...kalo kat tempat lieya bersanding malam mase malam berinai ajek....meriah siap ade letak duit bagai hah...mmg lain ni...pes time lieya tgk .....yg pasti semua nampak hepi ...semua nampak enjoy dgn malam tu....pengantin pun lawooo hheheeheh

    BalasPadam
  2. Meriah dan seronok kalau semuanya sepakat dan sporting.
    Pengantin gembira, keluarga pun sama juga

    Buka hadiah memang part best. Seronok dpt hadiah biasalah.

    BalasPadam
  3. meriah majlis ni. Family saya pula traditional pakai salam keruk bila nak kasi duit

    BalasPadam
  4. meriahnyer... pastu ada mcm2 adat ikut negeri kan... utk seronok2 je pun bkn utk apa...

    kalu dana kt johor selalu kite salam mak or bapak pengantin bg duit dlm sampul, jarang bg duit kt pengantin terus...
    klu pengantin selalu bg hadiah je...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.