MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 15 April 2015

Opah dan Adli saling memerlukan


Assalammualaikum semua.

Lea nak tanya apa yang korang fikir bila melihat gambar di atas.

Masa nak turun tangga tu opah dok cakap dengan Adli.. meh Opah pegang tangan nanti jatuh.

Adli jawab. Anti Adli egang angan opah eh . Dengan bahasa pelatnya.

Lea yang dekat belakang melihat situasi ini terus ambil gambar. Dalam kereta dok melihat gambar ni dok terfikir sendiri. Sapa yang dok pegang tangan sapa ni. Keduanya saling memerlukan. Opah memerlukan Adli untuk menstabilkan dirinya berdiri dan menuruni tangga. Mak mertua lea dah tak berapa sihat dah.Adli pulak memerlukan opah sebab dia masih takut nak turun tangga seorang diri.

Sejuk hati umie bila melihat gambar ini.




3 ulasan:

  1. Begitulah eratnya tautan kasih dihati bagai eratnya pegangan kedua tangan yg penuh dgn kasih sayang Lea..

    BalasPadam
  2. Nenek mana tak sayangkan cucu Lea....Nak tunggu menantu pimpin entah bila katanya hihi...

    Ni rumah Melaka ke Lea...nampak tinggi sangat tangganya

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.