MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 24 April 2015

Kenangan bila diri ini dapat APC

Assalammualaikum semua.

Sapa-sapa yang kerja kerajaan mesti tau apa itu APC kan. Lea pernah dapat dekat jabatan terdahulu genap 5 tahun kerja. Tahun 2004. Berapa tahun dah tu? Alhamdulillah rezeki. Bila senarai penerima APC ni dikeluarkan pasti ada cerita-cerita di belakang. Lea dah bekerja di empat jabatan termasuk yang sekarang ni. Benda yang sama juga berlaku.

Macam ni lah. Bagi lea ini terpulang pada rezeki masing-masing. Rezeki daripada siapa? Dari Nya kan... Siapa kita untuk menidakkan takdirNya ke atas diri kita ni. Lea APC ni lea takde rasa apa-apa pun. Mungkin lea pernah dapat. Entahlah terpulang kepada individu sendiri kan. 

Tapi bagi lea menerima APC tahun 2004 adalah satu kenangan yang lea takkan lupakan. Pertama kali bertentang mata dengan suami. Yelah kami bercinta jarak jauh. Dia kat KL. Lea kat Kuching. 

Alhamdulillah. Percintaan jarak jauh kami sampai ke jinjang pelamin. Dah nak masuk 10 tahun dah usi perkahwinan. Mula-mula jumpa macam mana ye? Auw....malu-malu kucing. Abang pun kurus kering je.Macam tak cukup makan. Lea pulak kecik juga. Kini sama-sama membesar dengan jayanya.

Inilah dinamakan jodoh kan. Sampai kawan pernah cakap takkan sebesar-besar Sarawak ko tak jumpa sorang pun lelaki. Jawapan lea...Jumpa tapi tak setia. Hahahaha.

Kecikkan kami dulu-dulu kala



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.