MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 30 April 2015

Ke Muzium Tentera Udara Sungai Besi

Memang dah lama dah nak bawa Adli ke sini. Salah satu minat dia selain lori sampah, lori simen dan lori minyak ialah kapal terbang dan helikopter tapi Adli sebut helikutei... hihihihi.

Pagi pergi pada ahad lepas dengan akak ipar dan anak-anak dia. Adli bila tengok je helikopter dam kapal terbang tentera terus berlari tak ingat dunia dah. Muzium ni sangat-sangat bagus bagi mereka yang berminat dengan kapal terbang ni khususnya milik TUDM. Tapi sayang muzium ini macam tidak diselenggara dengan sebaiknya. Yang paling ketara jalan untuk ke tempat pameran kapal-kapal terbang. Lepas hujan tanah becak. Laluan pejalan kaki hanya menggunakan alas yang macam plastik ke sponge. Bila ada air memang basahlah kaki. Jadi kotor kasut dan selipar. Kalau disimenkan rasanya lagi elok kot. Kalau korang nak pergi lea nasihatkan pergi pagi. Kalau tengahari dan cuaca panas memang tak lalu nak tengok kapal terbang yang dipamerkan.

Ni sedikit maklumat mengenai muzium ni
Waktu Operasi (Opening Hours) :
Isnin hingga Khamis   : 9.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat : Tutup
Sabtu dan Ahad : 9.30 pagi – 5.00 petang
Bayaran Masuk (Admission) :
Percuma

Masuk-masuk je terus naik ke helicopter ni. Tanya Adli nak pergi mana? Nak pergi sekolah umie...






Nilah laluan pejalan kaki yang basah bila hari hujan.












Ke helikopter ni juga dia nak pergi 


6 ulasan:

  1. wah..boleh bg idea nak gi mana cuti sekolah nnt...
    muzium tentera kat PD dah pi, yg kat sini tak sampai lagi...

    BalasPadam
  2. amboi adli pi sekolah naik helikopter...kalau gitu cik yan tumpang pi pasar boleh tak :-))

    BalasPadam
  3. itu ari saya pegi jugak ari minggu kat sini (dah lama sebenarnya). yang seronoknya bila tengok buku pelawat ada pengunjung dari luar negara. malah kebetulan ketika kami nak balik pun, pelancong dari luar baru tiba.... berasa bangga pun ada

    BalasPadam
  4. Terima kasih kerana melawat ketempat kami. Semoga dpt melawat lagi kelak setelah perpindahan dan pembaharuan dibuat.

    BalasPadam
  5. Terima kasih kerana melawat ketempat kami. Semoga dpt melawat lagi kelak setelah perpindahan dan pembaharuan dibuat.

    BalasPadam
  6. Terima kasih kerana melawat ketempat kami. Semoga dpt melawat lagi kelak setelah perpindahan dan pembaharuan dibuat.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.