MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 23 April 2015

Ibuku jauh di Kuching .....

7.30 pagi , Khamis 23 April 2015

Kring...kring

Mak : Hello

Lea  : Assalammualaikum mak. Lea ni. Duit mak untuk bulan ni lea dah transfer dekat Mas(adik lea). Tak banyak mak. Banyak ni je. RMx00.00

Mak : Terima kasih. Bagi jelah RMX50.00 je. 50 tu boleh buat beli keperluan Adli.

Lea  : Takpe mak. Ada lagi ni untuk barang Adli. Mak jangan risau. Insyaallah ada rezeki lain. Oklah mak. Nanti lea telefon lain. (bagi mengelakkan air mata menitis)


Semasa menaip entry ini bertakung dah air mata. Tunggu nak jatuh je lagi. Sedih rasa hati. Mak faham dengan keadaan sekarang. Tapi Insyallah selagi lea boleh bagi lea bagi juga dekat mak. Teringat zaman lea kecik dahulu. Lea bukannya dari keluarga senang. Ayah hanyalah seorang PRA di PDRM. Gaji PRA berapalah sangat kan. Nasib baik jugalah harga barang masa tu masih lagi murah. Demi membantu ayah mak mengambil upah menjaga sepupu lea dan sambil-sambil tu mengambil upah menjahit. Pernah juga menjual nasi lemak seperti yang lea ceritakan dalam link ini Lea 3 beradik dan adik-adik masa tu tengah membesar. 

Masa berlalu. SPM lea alhamdulillah agak cemerlang sampaikan sorang makcik boleh cakap tak sangka boleh dapat keputusan macam tu. Ye.. satu kebanggaan pada diri ini. Tapi bukan rezeki lea untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Keputusan SPM keluar pada bulan Mac 1999. Selepas tu Lea ambik kelas komputer. Tu pun bayar ansur-ansur. Bulan 7 lea isi borang SPA. Masa tu guna borang lagi. Bulan 10 lea dipanggil temuduga dan bulan 12 lea dapat kerja sampailah sekarang ni. Alhamdulillah 2010 lea dapat naik pangkat sikit. Hehehe.Umur 18 tahun lebih dah bekerja dengan kerajaan. Alhamdulillah niat untuk membantu keluarga. Yang penting niat kita kan. Insyallah Allah akan makbulkan.

Sekarang bila gaji je yang penting mak, pengasuh Adli, bil-bil semua, keperluan Adli dan selepas tu baru fikir keperluan sendiri. Itu yang penting. Walaupun tak banyak untuk mak kena ada. Betapa dia susah bekerja dulu untuk kami adik beradik. Menjahit tak kira siang dan malam hanya untuk membesarkan kami dan memberi pelajaran kepada kami. Pengorbanannya tiada bandingan. Mengandung, melahirkan dan membesarkan kami. Terima kasih mak.Nak dibandingkan dengan kita bagi takkan sama apa yang telah dia buat pada kita.

Saat menaip air mata menitis lagi. Saat ini sangat merindui dirinya. Ingin ku dakap dia. Tapi kami jauh. Dipisahkan dengan Laut China Selatan. Andai dekat dah lama ku berenang. Masalahnya lea tak reti berenang. Nanti lemas di pertengahan jalan.
Kenangan bersama mak di Johor pada 2011. Masa ni birthday lea yang ke 30. 

Kenagan bersama mak di Langkawi pada 2013. Impian untuk membawa dia berjalan seluruh semenanjung tercapai dah. Semua tempat dia dah pergi. 






8 ulasan:

  1. Terharu kakak bila baca hal-hal begini Lea.
    Kakak percaya hasil didikan mak juga dpt anak yg mengenang jasa/budi
    Bersyukur kerana Lea dikurniakan mak begitu dan Mak pasti juga bersyukur punya anak seperti Lea
    Doa mak sepanjang hayat Lea..

    BalasPadam
  2. Salam Lea.. kisah kita hampir serupa.. kesusahan masa kecil menjadikan kita seorg yg amat tabah dlm hidup... pengorbanan ibu mmg tak dapt kita bayar dgn apa pun.. sllu doakan moga mak pjg umur..boleh lah kita berbakti pad mrk...

    BalasPadam
  3. Lea mmg asal kuching yek? jauh betul merantau sampai semenanjung nih...

    sedih pulak baca cite nih, yelah sapa tak sedih kan....
    moga mak lea sentiasa sihat sejahtera hendaknya kt sana...

    BalasPadam
  4. :'-C begitulah mak kita...kita bagi rm pasti separuh ditolaknya bagi cucu...tapi kita masa remaja ..bila mak bagi rm..kita pasti kata tak cukup...

    BalasPadam
  5. ohh cerita pasal mak ni memang buat sy sedih sentiasa.Alhamdulillah masih ada mak untuk Lea gembirakan. Walaupun kita tak mungkin dpt balas jasa mereka, dapathappykan mereka, jadi anak yg baik tu dah sangat baik.

    BalasPadam
  6. saya faham perasan akak. Hari tu gaduh dengan adik. Merajuk konon tak nak balik rumah. adalah dalam 2 minggu. Mak selalu telefon tanya khabar. Rindu mak ego punya pasal. Akhirnya. kalah sebab rindu mak...Sabar kak. Rajin-rajin telefon mak akak moga dapat lepaskan rindu

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.