MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 22 April 2015

Capati vs Laksa Sarawak

Tepung capati ni dah lama beli. Tapi nak membuatnya entah tak tahu bila. Jadinya alkisahnya ahad lepas macam biasa lepas subuh lea tidur balik dan bagunlah agak terlewat sikit. Lewat pun 7.30 pagi ok. Taklah sampai tengahari.  Sedar-sedar tu basuh muka dah terus ke dapur nak memikir menu untuk sarapan pagi tu. Sampai-sampai kat dapur En. Sham dengan apronnya sibuk menguli capati. Sambal sardin dah siap masak. Hahahaha. Gelak lea nengok dia begitu rajin pagi tersebut. Lea tengok je tak tolong pun.

Sebenarnya lea teringin sangat nak makan laksa sarawak. Tergugat rasa di hati bila melihat rakan-rakat post gambar laksa sarawak di facebook, instagram dan blog. Nak balik Kuching raya nanti baru balik. Nak keluar g kedai yang ada jual laksa sarawak malas pulak. Akhirnya ambil keputusan buat sendiri. Ok kita check dulu bahan-bahan ada ke tak.

Perencah laksa - ada
Santan - ada
Mihun  - ada
Ayam  - ada
Udang  - ada
Limau Kasturi  - ada
Telur  - ada
Tauge - Takda
Daun ketumba  - Takda

Oklah tu. Dua bahan asas takde. Tapi laksa sarawak lea kali ni versi laksa sarawak malas. Ayam lea potong kecik-kecik masak sekali dengan kuah laksa. Udang buang kulit siap-siap, kuah nak masak masuk je terus. Telur pun lea buat telur hancur. Tak kisah pun. Janji rasa laksa tu ada. Lea buat setengah peket mihun je. Suami tak minat makan laksa. Jadinya lea soranglah makan laksa dari pagi, tgh , petang dan malam. Hahaha. Punyalah suka makan laksa kan.

Capati dan sambal sardin suami buat pun sedap. Aci ke tak. Laksa lea buat langsung dia tak nak makan. bau rempah katanya. Bau ubat orang beranak katanya. Hehehe. Tapi capati dia dan kuah sardin lea makan juga. Tapi main cuit-cuit jelah. Adli? Dua-dua dia makan. Dia makan laksa mula-mula cakap pedas mie..edas. Tapi lepas tu cakap sedap..sedap. Hehehehe.





6 ulasan:

  1. Rajinnya suami Lea buat capati. :)

    Dulu kakcik tak suka makan laksa sarawak, tapi bila dah cuba, sukalah pulak. :)

    BalasPadam
  2. Haha... bau ubat org beranak tu yg kakak tak menahan nak ketawa Lea.
    Cuba Lea suap kat mulut sesudu, kalau tak dia nak semangkuk lepas tu:)

    Hebat juga en abe Lea ni pandai buat capati. Macam ni lain kali Lea boleh goyang kaki ajelah:)

    BalasPadam
  3. aku dah try banyak kali makan laksa sarawak ni, tapi tak reti jugak nak telan...huhu...
    tapi kalau bagi mee kolok, dua mangkuk aku boleh makan!!

    BalasPadam
  4. Bagusnya la En Sham tu...rajin menguli memasak..

    Kalau saya, mmg tak la..
    Hahahaha

    BalasPadam
  5. rajinnyaaaaa...ada belen lagi x? hntr la ke sini sepinggan ;-)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.