MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 16 April 2015

Cameraman di hari perkahwinan

Assalammualaikum.

Cameraman sangat penting dalam majlis perkahwinan kita kan. Masa lea dulu murah je. Ingat lagi RM300 je pun. Album pun yang biasa-biasa je. Masa tu dekat Kuching belum ramai lagi yang buat bisnes photography ni. Lea masa tu ambil gurugambar yang selalu ambil gambar untuk ofis lama tempat lea bekerja.

Gambar dan video jelah kenangan kita kan. Kalau takde semua tu takdelah kenangan kita kan. Kadang-kadang bila tengok gambar kahwin tersenyum sorang. Teringat saat-saat meriah masa tu kan.

Masa perkahwinan anak buah lea baru-baru ni dekat Teluk Intan cameraman terpaksa memberi laluan kepada cameraman yang tak rasmi. Masing-masing dengan telefon dan kamera. Ada kamera kecik dan ada yang kamera besar . Macam-macam gelagat. Lea pulak bijak sikit. Ambik gambar sambil berdiri di belakang cameraman. Hehehehe. Tu yang gambar shot cantik-cantik jugalah walaupun guna telefon je.

Oklah. Bagi korang di sekitar Perak kalau berminat bolehlah hubungi cameraman di bawah. Hasilnya sangat-sangat cantik dan kreatif juga. Orangnya pun ok.


Gambar-gambar dari Hamzah Kumas Photography








Gambar di bawah.
Outdoor dekat Menara Condong Teluk Intan




Seronoknya lea keluarga dapat berkumpul macam ni. Ada juga yang takde dalam gambar. Kalau ada semua memang penuh gamba ni.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.