MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 16 April 2015

Bila pengantin makeup dan buat baju sendiri

Emi ni anak buah suami. Maknya adalah kakak suami. Dia ni memang seorang yang sangat rajin dok jahit manik-manik ni. Dah tu hasil kerjanya kemas dan cantik je. Untuk hari bersejarah dirinya baju nikah dan sanding adalah hasil dari dirinya sendiri. Sepupunya memang ambil upah menjahit dan sepupunyalah yang membantu emi untuk kerealisasikan impiannya. Tang jahit lace dan manik emi sendiri yang buat sendiri. Rasanya tak lama pun. Lea balik kampung pada bulan Januari lepas baju pun tak potong lagi. Masih di dalam plastik. Masa balik untuk majlis dia ni dah tergantung cantik bajunya.





Selain baju, makeup pun dia buat sendiri. Sambil-sambil dia mekap tu dia boleh dok makeup mak dan pengapit dia. Dia ni memang pandai makeup. Cantik makeup masa nikah dan sanding tu.





Emi sekarang tengah buat kedai jahit. Dah siap dah pun. Cuma nak touchup sikit-sikit lagi. Baju nikah dan sanding pun dia cadang nak letak dekat kedai untuk disewa. Sapa-sapa yang duduk sekitar Teluk Intan yang berminat tu bolehlah cuba tengok-tengok area Changkat Jong tu ye. 

Makeup di Teluk Intan, Baju Pengantin di Teluk Intan, Sewa Baju Pengantin di Teluk Intan, Makeup di Perak, Baju Pengantin di Perak, Sewa Baju Pengantin di Perak, Baju Pengantin Warna Ungu

5 ulasan:

  1. Memang bertuahlah suaminya dpt isteri yg begini.
    Beribu dah dia berjimat bahkan lepas ini baju tu boleh disewakan. Bijak!

    BalasPadam
  2. Mmg bertuah kalo tangan seni mcm ni. Cantik betul baju dgn mekap dia.

    BalasPadam
  3. mmg cantik la dia mekap...pastu siap boleh mekapkan mak dan pengapit dia pulak...perghhhh respek abes la...
    baju tu pun cantik manik dia...jimat banyak dah ni...

    BalasPadam
  4. beruntungnya... boleh simpan baju nikah n baju sanding tuh... udahla boleh gubah camne gaya ikut suke sbb jht sendiri manik n lacenyer...
    makeup pun mmg cantik sgt mcm mak andam buat... beruntung pengantin yg berseni ini

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.