MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 22 April 2015

Bila bawa bekal

Ni gambar semalam. Malam tadi baru sempat nak menaip entry. Dekat pejabat tak sempat je nak menaip. Malam-malam ni jelah menaip entry. Ada idea sikit. Dengan suasana yang sunyi. Oh ya... Adli dah tidur dah. Tu yang aman sikit nak menaip.

Semalam lea bekal. Ikan masak kari. Suami ingin sangat nak makan. Lea tak tau ikan apa. Ikan nyonyong suami cakap. Beli dekat Pasar Besar Teluk Intan. Kalau korang nak tahu lea dulu tak pernah lulus masak kari ikut piawaian suami. Tapi sekarang alhamdulillah success. Hihihi. Seronok je rasa bila suami cakap sedap. Adli pulak cakap edas...edaslah umie. Hehehe. 


Umie Adli menjamu selera di tengahari


Adalah lebih 2 ketul semalam. Lea bawa bekal untuk makan tengahari. Suami pun sama. Alhamdulillah. Seronok bila suami nak bekal. Bila dah bekal ni, budget makan RM50 seminggu di pejabat memang tak usiklah. Bolehlah buat beli susu anak. Hehehe. Adli sekarang kuat menyusu dah. Sebulan mau cecah 6-7 paket susu Dumex Dugro. Nasib baik Dumex Dugro antara susu yang murah jugaklah. Kadang-kadang dok terfikir macam manalah keluarga yang ada anak kecik-kecik sampai 3-4 orang kan. Perbelanjaan anak mau cecah ribu-ribu sebulan. Tu susu sahaja. Belum pampers, baju dia kadang-kadang mainan dia.  

Bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang ni. Kita dah rasa kita susah tapi ada lagi mereka yang lagi susah dari kita. Kalau boleh jimat, jimatlah. Lagilah dengan kenaikan harga minyak dan barang keperluan. Kalau dah guna duit RM50 tu sekejap je habis. RM50 sungguh kecik nilainya sekarang. Beli barang puan fikir-fikir juga mana yang penting mana yang tak penting. Lebihkan keperluan dari kehendak. Ok. Salah satu cara nak jimat, bawalah bekal. Ke korang malu nak bawa bekal?

7 ulasan:

  1. Salam sis.. rajin nya bawa bekal.. sy kadang bawa bekal roti je.. hehe..betul tu zmn skrg ni kena berjimat cermat..sara hidup pun dah makin tinggi ..

    BalasPadam
  2. i pergi mana-mana mesti bawa bekal...kalau p vacay bawa rescooker lagi...hehehe jimat yes bukan kedekut tapi bagus berjimat ni macam-macam boleh buat..

    salam kenal

    belum sempat pergi lagi bawa anak-anak ke kidzania..ehehhe
    nampak memang best...

    blog updated http://bitttravel.blogspot.com

    BalasPadam
  3. singgah baca entri sambil follow sini..salam kenal utk tuan rumah

    BalasPadam
  4. Teruskan Lea. Kalau dah biasa nanti macam kakak rasa tak selesa bila tak bawa bekal.
    Tak kisahlah masa masak utk makan malam masak lebihkan sikit. Esok pagi panaskan. Senang aje kan..

    BalasPadam
  5. thumbs up...jimat banyak juga tu...

    betul tu rm 50 kalau pi pasar malam pun tak nampak banyak barangnya..ermmm

    BalasPadam
  6. saya yg bjg ni pun byk bnda kna cut utk jmat crmt.tp rse mcm x brjmt jgk sbb ble cut yang A, mmbzir yg kt B plak..hehhe

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.