MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 21 April 2015

Berkelah di waktu malam di tepi tasik

Assalammualaikum semua.

Malam sabtu lepas lepas maghrib suami tanya nak ke mana-mana ke? Entah..tak tahu nak ke mana. Dah tu suami cakap jom kita berkelah bawa Adli. Lea jawablah. Berkelah apa malam-malam, dekat mana? Jomlah suami cakap. Kita carilah port yang sesuai.

Jadinya gorenglah popia yang kebetulan menunggu masa untuk digoreng dan goreng mi. Mi goreng hitam kering. Hehehe. Dah tu g bungkus milo ais dekat mamak. Jadinya tempat kami berkelah di tepi tasik putrajaya berhadapan dengan Pullman Hotel. Kelaskan tempat kami berkelah. Diwaktu malam pulak tu. Nasib baik ada lampunya. Hehehe.

Adli apa lagi. Seronoklah berlari sana sini. Memang peluang dialah tu.

Seronok juga buat aktiviti macam ni. Leh dok rilek2, tenang je rasa dan yang paling penting boleh luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. 

Bekal kami.

Close up sikit

Pullman dan jambatan (gambar di bawah) yang tak ingat nama. 


Adli dan abah.

Ada bot kecik lampu biru tengah lalu


Minta abah suapkan popia. Ala manjalah tu dengan abah. 

7 ulasan:

  1. pengisian masa bersama yang orang tersayang itu yang lebih penting..... seronoknya. minggu nie nak bawa anak-anak keluar setelah hujung minggu lepas, isteri sibuk dengan urusan kerja di pejabat

    BalasPadam
  2. Best jugak ye Lea.. piknik mlm2 ni.. sejuk jer suasana ;)

    BalasPadam
  3. Salam follow sni..
    wahh.seronok nya malam2 pun boleh berkelah..anak2 tentu suka klu mcm ni..sambil rileks2.. hehe..:)

    BalasPadam
  4. amboi manja nya adli..sesekali riadah bersama kluarga memang terasa bahagia kan :-))

    BalasPadam
  5. sesekali dapat riadah bersama terasa bahagiakan :-))

    BalasPadam
  6. Kalau kat Putrajaya tu, mmg best picnic malam2....Dulu saya buat jugak, sambil picnic, sambil ambik gambar jambatan/ masjid waktu malam :)

    BalasPadam
  7. Okje pernah sampai sini sekali jer Lea....dengan jiran sebab mandi kat pool . Best jugakkan

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.