MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 27 April 2015

Berjumpa geng sama kepala.

Jumaat lepas lea berjumpa dengan teman lama yang lama dah tak jumpa. Ecah. Dia ni lea dah anggap macam adik lea dah. Dulu kami bersama di jabatan lama. Jabatan mula-mula lea bertugas di Semenanjung Malaysia. Dulu Ecah ni pegawai kontrak je. Alhamdulillah sekarang dah tetap di satu kementerian ni.
Kenangan kami bertiga di bilik pendaftaran mel. Tahun 2009

Al kisahnya hari Jumaat tu. Lea ni terus terang tak pernah bawa sendiri kereta ke Alamanda. Takut. Dan sebab utamanya lea tak reti parking.  Jadinya bawa Maya pergi sekali. Ingatkan dia bawa kereta rupanya suaminya yang bawa. Jadinya ingat nak suruh dia je bawa kereta lea. Dia pulak tak berani. Jadinya maya cakap nanti maya tunjukkan parking paling senang dekat akak.Tapi kena naik bukit sikitlah. Oklah kot. Kita cuba ye tak. Tpai keduanya berdebar jugaklah hari tu. Yang maya berdebar sebab akaknya ni tak pernah bawa kereta ke Alamanda. Yang lea ni pulak berdebar sebab tak pernah bawa kereta ke sana. Samalah kan.

Dulu kan, setiap kali jamuan raya, kamilah yang kena buka gerai.

Pada hari kejadian, lea ambil maya dekat ofisnya dan lepas tu terus ke Alamanda. Yeay..sukses ok. Cakap dengan maya kena masuk blog ni. First time bawa kereta ke Alamanda. Hahahahaha.Tau dah parking paling senang dan tak banyak kereta. Hehehehe. Jadinya kita carilah tempat makan. Yang si ecah ni dok nak cari barang nak pergi kursus katanya.Lea dan maya dok mencarilah tempat makan. Ingat nak makan kat ayam penyet tapi rupanya satu Alamanda gas takde. Jadinya semua kedai makan tak boleh beroperasi. Jadinya yang paling senang KFC jelah. KFC pulak masa tu baris yang nak mengoder panjangnya.Nasib baik maya cepat juga sampai turnnya. Terima kasih maya belanja akak hari tu. Lain kali akak belanja pulak ye.

Bila ecah dah sampai, riuh rendahlah jadinya. Dia ngan maya tak boleh berjumpa. Ada je bahannya. Lea pulak tukang gelak boleh. Bia ecah dah balik lea dan maya boleh cakap lama dah tak gelak macam tu. Yelah dekat pejabat sekarang takde teman yang betul-betul boleh lea nak bergurau, lea nak gelak macam dengan mereka.

Kenangan sambutan hari lahir lea tahun 2010

Hari terkahir lea di jabatan dulu. Rindu ngan dak Ecah ni


Kenangan lama memang indahkan. Kalau boleh ku putar masa.

24 April 2015


2 ulasan:

  1. Kakak dpt bayangkan punya happy hari itu Lea. Sebab walau dlm debaran tapi pertemuan dgn teman yg boleh membuat kita gembira rasanya lain kan.. Boleh susun masa jumpa lagi tu Lea..

    BalasPadam
  2. seronoknya bila berjumpa geng2 lama ni...memang happy sakan kan lea..cerita pun mesti banyak...hehe

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.