MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 25 Mac 2015

Thumprint dan Kad Perakam Waktu

Sekarang banyak dah jabatan tak guna kad perakam waktu kan. Sekarang dah guna mesin sentuh jari dah. Hehehehe. Ni lea ambil pada 18032015 yang lalu. Masa yang sama tapi waktu yang tercatat dengan keduanya berbeza.Beza 11 minit tu. 

Teknologi sekarang rasanya lebih selamat. Takkan ada penipuan. Takkan nak potong jari bagi kat kawan tolong touch kan. Kalau guna punch card dulu senang je kalau sampai lewat tak punch in cakap lupa punch. Kalau keluar awal tak punch in cakap terlupa punch. Bos pun sign je. Pernah ada pengalaman jaga punch card dulu. Macam-macam cerita yang ada.

Satu satu kes yang kadang-kadang tak terpikir pun dia ni akan buat. Dia ada standby kad. Kad tu dia pergi punch hari-hari kat kedai mamak yang ada mesin perakam waktu. Hari dia tak hadir pun kad di punch penuh. Kad memang dia ambil jabatan punya. Tapi punch kat tempat lain. Hehehehe. Nasib baik boleh dapat tahu sebab kedudukan waktu hadir dan keluar yang tercetak tu lain sangat-sangat dari kad yang lain. Warna ink pun lain. Yang kedai mamak dah sedikit pudar. Jabatan punya masih hitam pekat warnanya. Boleh dia terpikir sampai macam tu. Tapi kantoi juga.

Macam-macam perangai manusia yang bekerja ni kan?



4 ulasan:

  1. Masa kakcik bekerja dulu, bila mula guna thumb print memang kakcik suka sangat. Tak payah lagi bersubahat dengan mereka yang datang lambat tapi tak mahu kad tercetak warna merah... :)

    BalasPadam
  2. tempat kerja yan yang dulu..masih mngunakan kedua2 sistem...

    BalasPadam
  3. ya rabbi, sampai mcm tu sekali dia menipu...boleh pulak dia terfikir mcm tu kan...adoi la...hahaha...

    BalasPadam
  4. yaaaaa..macam tu punya trick pun ada! Punch kat kedai mamak! hahaha

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.