MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 10 Mac 2015

Sejuk hati melihatnya....


Dialah racun dialah penawar.
Dialah yang buat kita geram..marah..
Dia jugak yang pujuk kita
Dia jugak yang sejukkan hati kita.
Adli.

7 hb Mac lepas genap dah dia 2 tahun 5 bulan. Sangat suka bercakap walaupun ada yang dia cakap satu pun lea tak paham. Tahu dah nak tengok cerita apa. Tau dah rancangan dekat bbtv yang dia nak tengok.

  • Satu, dua, tiga dah pandai sebut dah sampai sepuluh. 
  • One, two, three pun sama.
  • A,B,C kena lebih banyak lagi yang dia nak kena belajar
  • Alif , Ba, Ta pun sama.

Takpe Adli. Pelan-pelan umie akan ajar.

Gambar di atas lea ambik hari ahad lepas.Masa suami sembahyang isyak. Suami bentang sejadah je Adli dah sibuk cari sejadah dia dengan songkok dia. Time tu dia tengah sibuk main. Lea perati je sampai rakaat kedua dan tak teringat pun nak ambik gambar. Bila rakaat ketiga lea ambik gambar dia masih lagi ikut abahnya sembahyang. Umie jangan ditanya sebab time tu umie cuti-cuti malaysia. hihihihi.Alhamdulillah sampai rakaat keempat dia boleh ikut suami sembahyang. Bila habis je suami baca al-fatihah dia boleh cakap amin.....

Alhamdulillah. Kami tak paksa pun dia. Mungkin hari-hari dia tengok umie dan abah sembahyang dia automatik mengikut sama. Dia tahu nak minta songkok, nak minta sejadah. Tang baju tu dia fail sikit.hahahaha. Dengan baju ketat, dengan seluar pendek. Takpelah nak. Pelan-pelan Adli belajar k. Umie ngan abah pun pelan-pelan mengajar Adli.

Tang nakal dia jangan cakaplah.Semalam lea sibuk memasak di dapur, dia sibuk memasak di ruang tamu. Habis air susu coklatnya dimasukkan ke dalam lori mainan, traktor mainan. Habis coklat almari tv yang bewarna putih. Baju dan seluar dia memang habis basah. Bila ditanya dia cakap adli wat air milo. Hahahaha. Nak marah kecik lagi. Takpelah li, umie bersihkan semua. Lea tak bercakap langsung. Bila lea dah penat, lea duduk, Adli datang dekat lea. 

Umie...Adli sayang umie. Muah...muah..cium pipi lea sambil peluk lea.

Hati yang hampir panas sejuk kembali.


Jika suka entry ini like ye




9 ulasan:

  1. moga jadi anak soleh yang cemerlang di dunia dan akhirat :)

    BalasPadam
  2. sejuk perut ktk ngandung sis. hehe. Mudahan mikail kmk mcm tok juak kelak bila nya dah tauk reti bersolat. nektok nya main² ngekot jak. hehe

    BalasPadam
  3. Insya Allah, saya doakan Adli menjadi anak yg soleh, berbakti kpd kedua ibubapanya, agama & negara.

    Pendidikan terbaik, ialah menerusi tingkahlaku kita sebagai ibubapa. :)

    BalasPadam
  4. Mana ada budak kecik yg tak nakal ML....kalau dah namanya budak tu.
    Pandai dia tiru ayah solat....budak budak gini mmg perbuatan yg ditirunya

    BalasPadam
  5. Sungguh tertarik saya dengan gambar Adli. Singguh pandai merakam gambar ini. Kalau boleh sata ingin mengata sesuatu kepada ibu/bapa melalui email. Saya tidak dapat buka muka hadapan blog ini untuk menmembaca riwayat hidup dan alamat email.

    BalasPadam
  6. Moga adli membesar jadi anak soleh..amin..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.