MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 12 Mac 2015

Kenangan menjual nasi lemak

Assalammualaikum semua.



Pagi ni lea tak sempat buat sarapan pagi. Terlewat bangun sikit. Cakap dengan suami boleh tak kalau tak buat sarapan pagi. Tak sempat rasanya ni. Suami cakap takpe. Abang beli je sarapan ni karang. Lea pun sama. Beli je nasi lemak dekat cafe tadi. Lauk paru RM3.Oklah tu kan.

Cerita pasal lemak ni lea pernah menjual nasi lemak dekat sekolah. Masa tu lea darjah 3.Pada tahun 1990.25 tahun lepas. Jual pada harga RM0.30 sen sahaja. Saiznya sama macam nasi lemak RM1 sekarang.Ada telur rebus belah 4, ada ikan masin bulu ayam. Memang mendapat sambutan luar biasa. Sebelum rehat dah bersusun murid-murid kelas lain menunggu lea untuk membeli nasi lemak. Seronok sangat sebab 50 bungkus yang lea bawa mesti sold out. Dapatlah RM15 sehari.Cikgu-cikgu pun ada yang membeli.Cikgu-cikgu punya special.RM1 telur rebus separuh.Nasi pun banyak mak letak. Bila balik rumah , mak mesti senyum lebar sebab nasi lemak yang dia buat habis. Dia bagi upah kat lea RM1. Seronok betul dapat RM1 tu. Nilai RM1 pun sangat besar masa tu.

Tapi tak lama pun. Pihak kantin dapat tahu dan marah-marah lea dan bagi amaran. Menangis jugalah. Bagi tahu mak tak payahlah jual nasi lemak lagi. Orang kantin tak bagi sebab nasi lemak kat kantin tak laku. 

Begitulah pengalaman lea menjual nasi lemak. Bila dikenang lea tersenyum sendiri. Pagi-pagi pergi sekolah bawa beg nasi lemak yang berat. Baliknya lenggang kangkung sebab nasi lemak habis.

Bukan senang nak senang kan. Dan bukan susah nak susah.


4 ulasan:

  1. Dengki arrr org kantin tu. gara2 dorg nyer tak laku terus marah awak. padahal ada je makanan lain kat kantin laku...huhu

    BalasPadam
  2. Nasi lemak sambal sotong akak punya kegemaran..pas makn ngantuk .huhuh..

    Salam kenal..terima ksih singgah kat umah akak tadi :-))

    BalasPadam
  3. Pengalaman yg sangat berharga tu kan..

    Itu lah sifat Melayu dari dulu lagi, hasad dengki...mmg kesian tengok sikap org kantin tu

    BalasPadam
  4. alaaa blh pulak org kantin tu marah... rezeki kan...

    tp apa2 pun best pengalaman tu utk dikenang

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.