MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 13 Mac 2015

Kerang dan kuih berlapis-lapis

Assalammualaikum Semua. Salam Sejahtera dan Selamat Pagi.

Hehehe. Panjang betul mukadimahnya. Hari ni sekali lagi sangat-sangat malas untuk bangun pagi. Malam tadi tak lena tidur sebab Adli demam. Dah demam merengek je dia. Dengan hidung sumbatnya. Kenalah layan dia semalam.

Pagi ni pergi cafe niat nak beli kuih je. Nak makan yang ringan-ringan je. Belilah seri muka dan kek lapis berlapis-lapis ni. Tapi nak dikatakan rezeki, terjumpalah sorang teman yang dah lama tak jumpa lalu dia belanjakan lea nasi lemak kerang sebab dia tahu lea hantu kerang tapi taklah makan selalu. Kalau jumpa yang belum masak boleh tahan nafsu lagi. Tapi bila jumpa yang dah masak, lagi-lagi yang rebus memang ngap jelah.



Kuih lapis berlapis-lapis ni lea memang suka makan. Kuih tradisional kita kan. Bila tengok bahan-bahan dan cara membuatnya memang senang. Kukus je pun. Tapi nak membuatnya memang memakan masa. Kalau dah mula ok tapi nak memulakannya memang payah. Style lea makan pulak, lea suka makan selapis demi selapis. Kek lapis sarawak pun sama. Bila makan selapis demi selapis rasa nikmatnya lain tau. Hahahaa.

Cerita pasal kerang. Dulu masa lea masih kerja dan duduk di Sarawak (rindu pada kampung halamanku) ada sorang pegawai ni. Asal dari semenanjung. Pagi-pagi tu masuk pejabat nampak je lea terus cakap. "Mona..kerang dekat sini mahallah. RM9 sekilo. Dekat semenajung RM2 je. Hehehehe. Memang mahal pun kat sini. Beli mana cukup sekilo kan. Berat cengkerang dah berapa kilo. Kerang dekat Sarawak memang mahal. Sekarang tak tau sebab lama dah beli dekat sarawak. Dulu-dulu memang dalam RM8-RM9. Rasanya sana pun ambik kerang dari semenanjung juga kot. Kerang import memang mahallah kan. Kerang lea lea suka kalau rebus dengan serai je. Sedapnya. Dah tu cicah dengan sambal kicap. Ratah macam tu jelah.

Ok.selamat bersarapan pagi ye.



2 ulasan:

  1. nasib masuk blog tok perut tgh kenyang. mun sik...alu lah encarik makanan suma ya.. hehehe

    BalasPadam
  2. adoi lea...lapar balik perut.. tengok kerang tu tergolek golek..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.