MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 11 Mac 2015

Happy 9th Anniversary To Me..

Assalammualaikum.

Lea nak tayang gambar kahwin lea boleh tak? Korang tak bagi lea nak tayang jugak. Ni gambar sembilan tahun lepas masa majlis bertandang di Teluk Intan. Majlis sebelah lea di KUching dah dibuat dua minggu sebelum tu. Pilihan tema warna hijau. Kecil molek je kedua mempelai masa ni kan. Hahahahaha. Tergelak sorang semasa menaip ni. Bilalah nak kembali ke zaman kecil molek ni.

Kami berkenalan pada April 2004 dan bertunang beserta nikah pada 11 Mac 2006. Buat sekali harung sebab faham sebelah lelaki jauh. Nun di Teluk Anson. Yang lea pulak nun di Kuching, Sarawak. Meow..meow..meow. Hihihi.

Alhamdulillah kami dah kenal 11 tahun dan hidup bersama 9 tahun. Lumrah rumahtangga ada pasang surut. Tak bergaduh manja memang tak sah. Tapi alhamdulillah suami seorang yang sangat-sangat memahami. Seorang penyejuk disaat api2  kemarahan nak marak. Hahaha. Dialah pemujuk disaat si isteri yang suka dan kuat merajuk. Dialah si ringan tulang disaat isteri sangat-sangat kepenatan menguruskan rumah dan anak. Terima kasih abang. Ayang doakan semoga rumahtangga yang kita bina ini akan kekal selamanya dan sampai syurga impian kita bersama si comel sikecik sikuat bercakap sikuat menangis Adli Sham. 

En. Sham saya sayang kamu.

Jika suka entry ini like ye


5 ulasan:

  1. Happy anniversary buat ML dan suami moga kekal bahagia hingga ke jannah...

    BalasPadam
  2. hehe...bila diat gmbar kawen time zaman kita mensia dolok nang akan menggamitkan kenangan nak ow.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.