MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 26 Februari 2015

Whatsapp Group Messages

Assalammualaikum semua.

Lea nak tanya boleh? Dalam telefon bimbit korang yang serba canggih sekarang berapa banyak group di dalam aplikasi whatsapp? Mesti ada akan. Paling kurang mungkin 2-3 group. 


Macam lea sendiri lea ada lima group di dalam whatsapp iaitu adik-beradik lea, group saudara mara sebelah mak lea, group saudara mara sebelah suami lea, group bahagian di pejabat dan group sahabat baik lea di pejabat lama. Dulu adalah lima, enam g lea join tapi lea left sebab banyak sangat msg yang masuk. Bunyi telefon jangan cakaplah. Tak berhenti. Pernah suatu ketika telefon lea kehabisan bateri dan bila lea hidupkan balik telefon beribu-ribu msg yang masuk. Pening dibuatnya.

Group di dalam whatsapp ditubuhkan memang elok sebab satu-satu informasi kita boleh dapat dengan cepat. Tapi bila landasan group ini dijadikan untuk memforwardkan segala jenis msg tu yang jadi tak betul tu. Kadang-kadang group tu penuh dengan msg yang bukan-bukan dan kadangkala penuh dengan iklan.Tu yang kadang-kadang msg ditujukan pada kita tapi kita tak membalasnya sebab kita terlepas pandang. Yelah dah banyak sangat msg yang masuk dan kita tak sedar ada msg untuk kita.

Segala kemudahan , kesenangan, kecanggihan teknologi memang untuk memudahkan kita tapi bila dah terlebih guna ia mungkin akan menyusahkan kita jugak. Jadinya berhati-hati dan berpada padalah dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang ni. Berpesan untuk diri sendiri juga ni.

Jika suka entry ini like ye

8 ulasan:

  1. kalau ahli dalam group tu aktif mmg banyaklahh mesej masuk :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau aktif betul2 takpe.Tapi main forward je tu yang tak tahan tu

      Padam
  2. aku ada 10 groups whatsapp...dan kesemuanya group yang aktif...
    untuk telegram pulak ada 2 groups...

    mmg pening, tapi cara aku senang je, untuk group, aku silentkan notification, aku cuma on sound utk whatsapp personal je...dan aku akan baca semua whatsapp yg masuk bila aku free...hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya buat mcam tu dah sekarang. Silentkan notification je.

      Padam
  3. setuju sgt, iza sendiri ada 10 group whatsapp.. pening.
    tak terbaca. nak left kang kecik hati. sudahnya silent jela bile ada info pntg bru tengok. klu tak scroll je ke bawah sampai sudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe.samalah zah. pening kalau banyak sangat msg masuk

      Padam
  4. kdg2 dorang suke 4ward bnda yg sma je..mls nak layan sgt..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.