MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 13 Februari 2015

Senarai menu pilihan

Assalammualaikum semua.

Hari Jumaat dah kan. Oklah ni antara lauk pauk yang lea masak akhir minggu lepas dan minggu ni.

Hari sabtu lepas rasanya ni. Buat nasi goreng biasa je. Campur telur, carrot dan kicap. Berselera Adli makan. Asyik cakap umie...sedap...Alhamdulillah. Ni yang buat umie lagi semangat nak masak.



Orang cakap tak elok makan sardin ni kan. Tapi kadang-kadang dimulut-mulut dah sardin ni. Jadinya buatlah sardin. Tumis macam biasa je. Makan dengan nasi panas dan telur dadar sungguh nikmat rasanya.

Sup tulang memang fav lea. Tulang ni dekat nak 2 jam lea rebus. Sangat-sangat empuk. Baru nikmat makan. Lea kalau buat sup lea makan nasi dalam mangkuk dengan sup yang banyak. Nasi sedikit je.Dah sedap dah macam tu je.

Kalau buat sup tak sah kalau lea tak buat sambal belacan yang diperah dengan limau. Kali ini dengan limau-limau sekali lea tumbuk dalam lesung batu. Pergh...Sup kalau campur dengan sambal belacan limau ni sedap sangat-sangatlah. Bagi lealah. Ada orang suka sambal kicap kan.

Maggie.Memang sentiasa ada stok kat rumah. Kalau dah lapar sangat-sangat memang maggielah jadi pilihan. Tapi kali ni lea teringin sangat nak makan maggie kari. Pecah telur memang sedaplah. Tapi tak boleh diamalkan tau. Makanan yang tidak sihat.

Antara menu kegemaran suami. Masak taucu. Kali ni buat taucu ikan kembung. Dulu tak reti buat taucu ni. Suamilah yang ajar. Alhamdulillah.Sekarang suami cakap dah sedap dah. Hehehehe.  

Antara menu ringkas, senang dibuat dan buat paprik ni je dah cukup ada sayur dan protein. Time malas-malas memang paprik jadi pilihan. Tu pun laju je ayah dan anak makan. Anak siap nak lagi. Alhamdulillah. sedaplah tu kan Adli.

Sayur bayam tumis air. Ni pun Adli suka makan kuahnya. Hahaha. Nak bagi sayur tu kena sembunyi elok-elok dalam nasi baru suapkan dia. Hehehe. Dah masuk mulut oklah kalau dah mengunyah dan telan sangat oklah tu. Janji Adli makan sayur. Adli ni kalau nampak benda hijau ni memang pantang dialah. Memang tak nak makan.

Kari daging kicap. Resepi arwah bapak mertua. Resepi dia yang lea menuntut mendapat kelulusan A++ dari suami lea. Memang dia suka. 

Ikan terubuk goreng. Dah kamek tok orang sarawak kan. Hehehehe. Sentiasa ada dalam simpanan di rumah. Perah limau dan cili padi pergh...sedap. Mak mertua lalu kat belakang pun tak sedar k. Hehehehe.

 Pekasam yang mak mertua bagi. Sentiasa ada dalam peti sejuk sebotol besar. Memang buat stoklah. Memang sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas. Suami suka benar kalau buka tudung saji ada pekasam ni. Lajulah dia makan.


Ok.Bukan nak menunjuk.Sekadar perkongsian buat semua kalau takde idea nak masak kan. Ni pun untuk rujukan sendiri.Takut menu berulang. Sentiasa belajar dan belajar untuk resepi baru. Kalau boleh dan azam tahun ni nak masak untuk suami dan anak. Biarlah mereka makan dari air tangan isteri dan ibu. Yang tak sihat tu jangan diikutlah ye. Tu sekadar teringin nak makan.

Jika suka entry ini like ye

1 ulasan:

  1. Ikan sardin/tuna,mmg tak digalakkan selalu sangat makan, sebab risau high content mercury...Tapi makan dlm kadar yg biasa bagus, sebab rich in healthy fat :)

    Terubuk goreng tu nampak menyelerakan! saya tak pernah makan...hahaha

    Sup daging selalunya kalau wife saya masak, dia gunakan pressure cooker, cepat sikit empuknya :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.