MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 24 Februari 2015

Pantai Kelanang dan Pasar Malam dekat Pantai Morib

Assalammualaikum semua.  Hari ni lambat sikit update blog. Selalunya malam tadi dah buat auto publish tak pun awal-awal pagi . Tapi hari ini time lunch baru leh update. Sibuk sikit kebelakangan ni.  Oklah ni nak cerita pasal jalan-jalan dekat Pantai Kelanang dekat area Morib. Lea pergi rasanya hujung minggu lepas. Saja nak bawa Adli main dekat pantai. Korang tengoklah gambar dia kat bawah ni. Sibuk benar mengemas beg katanya. Dalam tu hanya ada sekeping pampers, sebotol kecik air suam dan dua paket kecil biskut. Dia punyalah tu.



Pergi guna highway. Dekat sikit. Dalam perjalanan ada gambar-gambar yang menarik perhatian lea. Gambar yang dipertuan agong. Cantik cantik gambarnya. Baru ada ke , ke dah lama ada ni.Lea je tak perasan kot. Sempat ambik dua gambar je. Ada lagi gambar lain rasanya.



 Seronok sangat Adli bila ibu ikut sekali. Yelah kak ngah, abang alif dan kak dila ada. Seronoklah tu ye Adli.

Waktu ni dah dekat-dekat nak senja dah. Matahari pun dah nak terbenam nak balik rumah. Kita je yang tak balik-balik. Hehehehe. Cantik kan bila matahari nak terbenam je. Lagi syok kalau di tepi pantai menyaksikan matahari terbenam bersama insan tersayang. Hehehehe 

Ok. Kita dah sampai dah. Air tengah surut masa ni. Kalau air pasang pun ntak syok rasanya mandi kat sini. Banyak sangat kayu bakaunya tepi-tepi pantai tu. 

Masa kami datang ni ramai pulak orang dekat sini. Mat-mat motor yang banyak. Ada juga pengunjung-pengunjung lain yang datang. 

 Mengabdikan kenangan bersama. Tengok Adli. Tak jauh dengan peacenya....

Korang tengoklah video budak yang suka sangat dapat main pasir
A video posted by Mon Montana (@m0nal3a_ismail) on

Sebelum balik pusing-pusing dekat Pantai Morib. Ada pasar malam rupanya. Macam-macam ada. 


Budak yang dapat juga beli bola ada lampu. Seronoklah tu. Tak dibeli karang mulalah dia bersila dekat lantai dan beratkan badan. Adui...Adli. Nak tak nak kena beli jugaklah. Takpelah Adli. Kali ni umie bagi can ke. 

Jika suka entry ini like ye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.