MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 6 Februari 2015

Gambar makanan je.....Ni yang kita masak tau...

Assalammualaikum semua.

Hari ni nak bercerita menu semasa cuti 4 hari berturut-turut hari tu bagi warga wilayah khasnya.

Hari Jumaat.

Lea dah tak tau nak fikir menu apa sebenarnya. Call suami tanya nak makan apa. Suami cakap yang simple-simple dahlah. Akhirnya...ayam, kentang dan bawang besar lea potong nipis dan lea perapkan dengan sos bbq. Selepas dua jam macam tu lea bakar dalam pemanggang ajaib. Buat coleslow simple sikit, rebus sayur-sayur campur sikit dan masak nasik. Tu jelah menunya. 


 Ni menu hari Sabtu pulak. Menunya ala-ala kedai tomyam. Hehehe. Tu nasib baik tak buat ikan siakap stim limau. Hahaha.Siakap dah siap beli dah. Jadinya menu hari Sabtu tu kailan ikan masin, tomyam campur dan telur dadar (tiada dalam gambar)



Hari ahad pagi-pagi dah goreng mi lee fah ni. Tumbuk bawang putih ngan ikan bilis, tumis, masukkan mi, letak kicap , perasakan dengan garam dan SIAP. Sangat senang.....

Untuk lunch pulak suami tak nak makan nasi. Ok...ada ikan salmon dengan ikan dowri dalam peti sejuk. Buat coleslow sikit, rebus segala sayur-sayur yang boleh direbus dan perap ikan dengan minyak zaiton , lada hitam dan garam. Cukup masa boleh bakar. SIAP. 




Petangnya pergi rumah kakak ipar dan telah dihidangkan dengan air teh o dan cucur cempedak. Sedapnya. Kalau dekat pasar malam 2 ketul dan seringgit. Nak buat sendiri rumah lea tak pernah naik cempedak sebab suami tak makan . Dah ada sejarah tercekik makan cempedak. Nak buat macam mana kan.....

Malamnya pulak buat puri dan sambal sardin. Permintaan suami. Dan puri dia siap mintak nak yang garing-garing.Lea pulak suka yang lembut je. Buat jelah yang garing-garing janji habis di makan.

Isninnya pulak. Menunya kobis goreng dengan anak udang, ikan gelama jeruk goreng perah limau dengan ayam masak kicap.Berselera makan sebab ada ikan gelama goreng. Memang betul-betul membuka selera.




Petangnya pulak buat jemput-jemput ikan bilis. Berselera Adli makan. Sekejap-sekejap pergi dapur. Umie...nak tu. Memang fav dia pun jemput-jemput ni. Umienya ni kena rajin sikit kedapur sebab petang-petang bila time cuti Adli dah pandia kedapur mencari minum petang.



Ni cerita hari selasa.Lama dah sebenarnya tak buat kek lapis sarawak ni. Tapi dah ada permintaan untuk buat. 2 biji saiz besar kek lapis cadbury nutella. Mula-mula tak nak terima tetapi telah dipujuk rayu akhirnya buat jugak. Punyalah malas nak buat petang-petang baru nak buat. Mula jam 7 malam jam 9 dah siap.Alhamdulillah. Nasib baik Adli tak mengacau hari tu. Kalau tak dia nak jugak pegang mesin mixer. Dia jugak nak gaul adunan. Tu  yang sebelum ni stop sekejap sebab anak juga nak buat kek lapis. Jadinya hari tu tak masak. Minta suami tapaukan makanan semasa dia balik kerja hari tu.


Jika suka entry ini like ye

9 ulasan:

  1. Rajinnya Lea.

    Tapi masakan yang ringkas tu yang sedap dimakan, kan? :)

    BalasPadam
  2. @Kakcik Nur

    Ye kakchik.Yang mudah tulah yang sedap. Rajin ada masa-masanya je kakchik

    BalasPadam
  3. sedapnyaaa akak. lama dah tak makan cempedak. teringin pulak rasanyaa ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah.bila pergi pasar malam dari jauh dah bau cempedak..

      Padam
  4. assalam sis..

    nyaman ehh masak dikpun... iboh ke kedey dah kak ya..jimat..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. nyalah...banyak jimatnya. mun dikedei salmon ya maok berbelas ringgit. ya sik sampei pun rm10 kosnya

      Padam
  5. Rajinnye la hai...menu ikan salmon tue mcm kat kedai plak...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah suami pun cakap macam makan dekat kedai. tengah masa rajinlah tu

      Padam
  6. Rajin Lea masak yer.....memacam tu....manalah cik abe tak sayang .....

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.