MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 11 Februari 2015

Al kisahnya Adli Sham



Nilah buah hati pengarang jantung lea. Adli. Baru berusia 2 tahun 4 bulan 4 hari ini. Alhamdulillah membesar dengan sihat dan bijak. Sakit demam tu biasalah budak kan. 2 minggu lepas baru lepas kena chicken pox.

Adli sekarang?

- pandai dah nak minta makan itu dan ini. Kalau kita suap dia makan  siap cakap dap mie. sedap... berbunga hati umie nak. Ni yang umie lagi semangat nak masak.

-sekarang bila tengok cerita kat tv dia boleh senyum , boleh gelak dan dia macam boleh faham dah cerita yang dia tengok.

- cerita yang dia suka sangat-sangat tengok UPIN dan IPIN , Billy Bam Bam, Aladdin dan Frozen. Lagu cerita Frozen dia boleh nyanyi sekarang siap dengan gerakan dia sekali. Adui nak...cerita pompuan dia suka tengok.

- Pandai mengemas laci dah sekarang. Kalau mengemas elok takpe ni lagi tidak tersusun. Dan pada satu ketika dia keluarkan laptop abahnya dari laci dan dihempasnya. Umie dan abah nak cakap apa. Habis skrin laptop abah. Nak buat macam mana kan. Nak marah sangat-sangat sampai nak pukul takdelah. Budak apa yang dia tahu kan. 

- Buka tutup peti sejuk. Adui...ni lagilah. Botol kicap, botol sos, botol cencaluk dibawanya berlari sampai ke ruang tamu. Takut botol-botol tu pecah satu hal yang paling umie takut dok tuang benda-benda tu atas karpet. Mau menangis tak berlagu umie. Tapi bila kita minta bebaik, elok je dia bagi. Alhamdulillah.

-Sangat-sangat sukakan lori sampah. Aduh...matanya nampak saja lori sampah tu. Lori sampah yang ambil sampah dekat rumah memang dah kenal dak Adli ni. Siap lambai-lambai tangan tu. Dah tau Adli setia menanti mereka. Tengah tidur boleh tersedar bila dengar lori sampah datang.

-Suka sangat bercakap sekarang. Ada yang umie paham ada yang dia sendiri je paham. Tapi lajunya bercakap macam orang dewasa. 

-Pada isnin lepas lepas dia main-main dekat balkoni tibatiba datang dekat lea. Umie...adli sayang umie. sambil peluk dan cium pipi lea. Adui..sebab rasanya. Rasa terharu sangat. Kali pertama dia cakap penuh macam tu. Adli..umie pun sayang Adli tau.


Jika suka entry ini like ye



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.