MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 19 Januari 2015

Mati itu pasti....secebis kenangan bersama mereka

Assalammualaikum semua.

Hari ni rajin pulak menaip kan. Dah taip malam tadi. Pagi ni auto publish jelah. Dekat ofis tak dan nak menaip panjang-panjang ni.

Entry ni lea tak tau nak mulakan dari mana. Bila nak menaip je air mata dah bergenang dah air mata. Ok...semalam lepas dah siapkan kerja waktu pagi dekat rumah , baring-baring sambil tengok FB dekat phone. Keluarlah status kawan lea macam dekat gambar ni.



Lea dah rasa lain dah. Sapa yang meninggal ni. Dah tu lea tengok ada nama anak dia sekali dengan status kawan lea ni. Lea pun bukalah



Hanya itu yang mampu lea ucapkan. Lea terkejut. Lea teringat dekat anak perempuannya. Anak bungsu dari 3 beradik dan dialah satu-satunya perempuan. Anak yang manja dan sangat-sangat menghormati orang tua. Satu ketika dulu pernah bersama dengan lea di dalam satu jabatan. Arwah makcik adalah seorang yang sangat-sangat baik orangnya. Cakap sangat lemah lembut. Suaranya dengar tak dengar je bila bercakap. Arwah makcik ni juga pandai menjahit baju. Kadang-kadang baju kurung lea, lea hantar je dengan dia. Paling lea ingat mihun yang dia buat.Sangat-sangat sedap. Lea tak jumpa lagi mihun goreng sesedap yang dia buat. Dulu anak dia selalu bawa mihun ke ofis.satu tupperware besar pulak tu dia bawak. Kenangan betul. Makcik saya doakan semoga makcik akan tenang di sana.Lea hanya ada satu gambar kenangan bersamanya.Masa hari raya 3 tahun lepas rasanya. Masa tu beraya dekat rumahnya.



Arwah duduk paling kanan. Terpaksa blurkan sebab dia tak pakai tudung time ni.Yelah yang datang perempuan je semuanya.


Ni pulak status FB kawan lea yang sama bertugas di sarawak dulu. Sekarang dia pun dah dekat Putrajaya. Terkejut jugak. Puan R meninggal ke? Tanya kawan untuk sahkan.Dia telah meninggal hujung tahun lepas. Puan R adalah isteri bos besar masa lea kerja dekat Kuching dulu. Arwah sangat cantik orangnya. Cakap pun lemah lembut je. Yang lea paling ingat, masa lea nak pindah ke semenanjung dari sarawak dia ajak lea dan kawan keluar minum. Arwah telah hadiahkan lea tudung bawal yang sangat-sangat cantik.Warna biru dan hijau.Sampai sekarang lea masih simpan. Dengan arwah jugaklah kami telah membuat persembahan Puspanita. Sebulan berlatih menari. Arwah sangat-sangat sporting orangnya. Puan R. Semoga dirimu tenang disana.Kenangan bersama akan lea ingat sentiasa.


Pada 07.01.2015 nenek lea telah kembali ke Rahmatullah dan berusia 103 tahun. Dia lahir pada tahun 1912. Sedih rasanya sebab tak dapat balik Kuching. Ni nenek sebelah ayah lea. Semasa adik call memberitahu nenek meninggal lea dekat Hospital Teluk Intan kerana mak mertua dekat ICU. Sedih sungguh rasanya. Terkilan sangat masa lea balik pertengahan bulan lalu lea tak jumpa pun dia sedangkan rumah hanya dekat sebelah je. Memang bukan rezeki lea. 

Sedih bila menaip entry ini. Orang yang kita sayang dan yang kita kenal telah kembali kepadaNya. Jodol pertemua , ajal dan maut semua ditanganNya. Sebagai hambaNya kita kena terima dengan redha. Memang sedih bila kehilangan insan tersayang tapi kehidupan kita yang hidup kena diteruskan. Masa lea menaip ni tengah tengok AJL 29 dan kebetulan Dayang Nurfaizah tengah menyanyikan lagu Di Pintu Syurga. Air mata macam hujan yang turun. Tidur dengan mata yang bengkak sebab menangis.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.