MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 31 Disember 2014

SELAMAT TINGGAL 2014 SELAMAT DATANG 2015

Assalammualaikum semua.

Alhamdulillah dah di hari terkahir di tahun 2014. Sekejap betul masa berlalu kan. Macam-macam dah dilalui sepanjang tahun 2014. Ada suka, ada duka, ada yang membuat kita tersenyum suka, ketawa riang dan ada yang membuatkan kita menitiskan air mata. Itulah yang dinamakan kehidupan.

Bagi lea sendiri apa yang berlaku akan dijadikan panduan untuk kehidupan yang akan datang. Dugaan yang datang akan dijadikan pengalaman. Moga tidak diulangi kesilapan itu. Pengalaman adalah pengajaran yang terbaik sekali. Apa yang mengembirakan akan dikenang.

2014

Pada bulan Mac 2014 kami menerima ahli keluarga baru. Adik bungsu lea berkahwin dengan jejaka pilihannya. Alhamdulillah semua anak perempuan mak dah mendirikan rumahtangga. Yelah keluarga kecik je kan. Perempuan pulak semuanya. Kemeriahan perkahwinan adik boleh baca dekat sini.KLIK SINI

Pada Mei 2014 suami pulak patah tangan.Boleh baca dekat entri ini. KLIK SINI

2015


Ditahun 2015 diharap rezeki dariNya semakin murah, diberikan kesihatan yang baik dan semoga 2015 memberi lebih sinar kegembiraan dan kebahagiaan kepada kami sekeluarga.Doa lea juga buat kalian semua.


Jumaat, 26 Disember 2014

Adli di Waterfront Kuching

Bila balik Kuching, malam-malam lea memang suka jalan-jalan dekat Waterfront Kuching. Suasananya yang meriah. Sekarang dah ramai dah yang nyanyi dekat tepi-tepi jalan sepanjang Waterfront ni. Dulu-dulu takde. Dulu sekali je pernah jumpa tu pun main alat muzik traditional iaitu sape. Suami ada ambik gambar kot time tu.



Tapi tulah, kenapa kedai-kedai sepanjang Waterfront tu tak buka malam ye. Bukalah sampai jam 9 ke. Malam-malam lagi syok bershoping.Sejuk je.Adalah juga yang buka.Dalam 2-3 buah macam tu je.

Kebetulan masa pergi Waterfront hari tu ada pokok krismas yang snagat-sangat tinggi dan bewarna warni pulak tu. Rasanya dari Celcom X-pax. Adli? Adui..susah betul anak bujang nak dibawa bergambar sekarang ni. Tak nak saja. Semua gambar yang diambil tak tengok kamera. Terimalah hakikat ye umie. Anakmu bukan kaki bergambar macam umienya. Hahaha.








Adli kerjanya dok berlari nak ke jeti.Dia nak main air sungai. Pantang leka, berlarilah lea.Adui..sekarang penant mengejar anak je dah. Tak kurus pun maknya. Mana nak kurus makan cukup. Ye tak. Hehehehe.

Rabu, 24 Disember 2014

PANTAI D’COVE @ PANTAI PASIR PANJANG , KUCHING SARAWAK

Kita skip dululah cerita dekat Water Front Kuching. Tertaip cerita dekat Pasir Panjang pulak dah.

Lea, suami, Adli, mak, ayah dan Medina pergi pada petang 14.12.2014 –Ahad. Kalau balik Kuching mesti ada slot ke pantai ni. Lea pergi tahun lepas rasanya takde apa-apa lagi. Kosong lagi. Pergi kali ni semuanya berwajah baru.Dah ada food court, gerai-gerai jual makanan ringan dan macam-macam lagilah.

Pantai Pasir Panjang dah bernama baru.Pantai D’Cove. Terkejut juga bila tengok sign board nama D’Cove.Memang cantiklah sekarang tapi kalau bolehlah parking biarlah ditarkan.Sakit tapak kai dok pijak batu-batu kat situ walaupun berselipar. Bayar pun takpe asalkan ada parking yang teratur.Ni tak . Mana kawasan kosong situlah parking. Kalau bertar, ada lot parking kan nampak kemas kan. Sekadar pandangan………



…..
Tujuan pergi kali ni nak bagi Adli mandi laut dan main-main dekat pantai. Yelah dulu dulu masa pergi Langkawi dia kecik lagi.Berjalan pun belum lagi. Seronok betul dia bila sampai dekat pantai. Adli ni berani-berani takut tau. Niat tu kalau boleh nak pergi tengah laut rasanya. Tapi bila sampai je ombak terus berlari ke pantai. Dah tu ajak kita main lagi. Jom ah… abah. Habis dengan abah sekali basah. Adli takpelah memang bawa baju sapre.Abahnya…nasib baik tang seluar je basah.


Oklah. Korang layanlah gambar-gambar di bawah ni ye.






Selasa, 23 Disember 2014

TOP SPOT Kuching

Tak habis lagi cerita balik Kuching. Kita sambung ya.

Selepas balik dari kenduri, masing-masing dah penat. Jadinya masa untuk merehatkan diri sebab petang kita nak makan besar.Adik nak belanja makan dekat Top Spot.

Adik sekarang dah kerja dekat UTC Sarawak betul-betul di bawah Tops Spot ini. Adik ingat nak booking meja tapi pergi jam 2 petang dah penuh. Terpaksan walk in je petang. Nasib baik petang tu ada meja yang kosong.Cukuplah untuk kami sekeluarga. Tapi masa tu memang penuhlah dekat Top Spot. Hari Sabtu dah tu cuti sekolah kan.
  
Tiga beranak ambik gambar dulu

Adli.Time ni ok lagi. Nak duduk diam.
  
Kami bertolak jam 6 petang. 6.20 dah sampai dah. Dekat je pun rumah dengan Top Spot ni. Menu yang diorder..Meh sini lea senaraikan.

Ketam masak dengan telur masin
Udang butter prawn
Siakap sweet sour
Sup gamat/Timun laut
Midin goreng belacan
Kerang masak kicap
Ambal/Pepahat masak kari

Bila makanan dah sampai. Mesti nak ambik gambar. Suami isteri dok pakat ambik gambar. Yang kakak kat depan ni ambik gambar korang ye.



Kenyang betul makan hari tu. Yelah Siakap lea ratah ngan suami. Orang lain sikit je makan sebab dah makan yang lain. Sedap betul sweet sournya. Adli pulak suka sangat makan nasi dengan sup gamat. Semangkuk jugaklah dia makan. Dah tu minta lagi.


Licin dah.

Mereka kesayanganku

Adli….suka betul dia.Tak nak duduk dalam baby chair. Nak berlari sini nak berlari sana.Nasib baik ayah lea cepat pulak makannya. Dia yang tolong jaga Adli dan medina. Sebelum balik ambik gambar dulu untuk kenangan. Yang paling besar tuan tanah kedaonglah.dah tu duduk depan pulak tu. Kekenyangan tu……..Jom kita balik. Tapi tak balik terus pun.Singgah sebenar di Water Front Kuching

Isnin, 22 Disember 2014

Majlis Sanding Sharmeen Dan Fitri

Assalammualaikum semua.

Kita sambung cerita balik Kuching ye.

Sabtu 13 Disember 2014. Hari ini majlis persandingan Sharmeen & Fitri di Dewan Hikmah Kuching. Dekat Kuching selalunya jemputan jam 10 -11 pagi. Kenduri dekat sini lain sikit. Kalau dekat semenanjung ni, selalunya tetamu makan secara buffet. Tetamu datang terus makan dan tak lama lepas tu boleh balik. Kalau nak tunggu pengantin bolehlah tunggu kan.
Tapi dekat Kuching makanannya dihidang. Kalau dekat dewan atau hotel selalunya meja bulat dan makanan dihidang di dalam dome. Tapi kalau kenduri di rumah, selalunya tuan rumah akan menyediakan 4-5 khemah untuk para tetamu. Tetapi tetamu tak terus duduk dekat khemah. Yang lelaki mungkin akan terus ke khemah tetapi perempuan selalunya kan ditempatkan dirumah jiran-jiran yang berdekatan. Makanan akan dihidangkan secara saprah iaitu 1 saprah ada 4 orang. Setiap jenis menu akan dihidang 2 pinggan setiap saprah.Jadinya lauk sellaunya ada 8 pinggan dan 4 pinggan nasi. 1 saprah aka nada 12 pinggan. Kalau kenduri dekat Sarawak selalu akan ditanya. Jemput orang berapa saprah. Selalunya 250 saprah bersamaan 1000 orang tetamu. Selalunya makanan akan dihidangkan 25 saprah sekali jalan.Ini bermakna 100 orang tetamu. Kalau khemah banyak 50 saprah atau 250 orang tetamu. Selalunya akan dipanggil 100 tetamu ini makan dan persediaan dibuat untuk 100 orang tetamu lagi. Bila kumpulan pertama dah makan pinggan akan dialihkan dna meja akan dikemaskan untuk kumpulan tetamu seterusnya dan seterusnya.

Majlis dekat Sarawak biasanya akan selesai jam 1 petang. Kalau dekat kampung masa ini pengantin dah basuh periuk dah. Cepat kan. Tapi sekarang jarang dah buat dekat rumah. Orang lebih suka buat dekat dewan atau hotel. Rewang pun jarang nak jumpa dah. Kadang-kadang rindu dengan suasana itu semua.

Ok. Berbalik pada kisah kahwin sepupu lea. Pengantin sampai dekat dewan lebih kurang 11 lebih. Selesai doa semua, ucapan diadakan acara makan nasi temuan.





Adat Makan Nasi Temuan.
Ini adalah adat orang melayu Sarawak. Ianya simbolik sama ada perempuan queen control atau tidak. Kalau prempuan menang dia yang akan berkuasa di dalam keluarga dan begitulah sebaliknya. Pusingan diadakan sebanyak 3 kali dan 1 kali secara suap menyuap. Pemenang adalah dikira pada siapa yang berjaya menyuapkan nasi ke mulut terlebih dahulu dan dipercayai ia akan menjadi kayu pengukur siapa yang akan mengetuai keluarga. Ia mungkin hanya satu kepercayaan sahaja tetapi ia dianggap sebagai pembuka perhubungan dan menepis perasaan malu diantara mempelai .Walaupun kadang - kadang nampak "ganas" sebab adegan menyuap secara paksa ini.. faham-faham lah masing-masing nak menang.


Menu sangat-sangat sedap hari tu.
Ayam rendang ke ayam goreng berempah ke. Tak pasti tapi sedap
Daging kari pun sangat sedap
Keceni Nenas



























Sambal tumis ikan masin.
Buah-buahan
Nasi minyak

Bila kenduri sedara ni satu yang seronok. Boleh jumpa sedara mara yang jarang-jarang boleh jumpa. Seronoknya bila jumpa nenek-nek sedara yang rasanya setahun sekali payah lea nak jumpa. Yang seronoknya juga hamper semua sepupu-sepupu dan makcik, pakcik balik. Selalunya raya je kami berkumpul. Lepas ni raya nanti barulah jumpa lagi ye.












Jumaat, 19 Disember 2014

AKAD NIKAH SEPUPU

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Berjumpa lagi kita. Hari kedua di Kuching. Menu sarapan pagi sudah semestinya laksa Sarawak. Pergh…nikmat betul rasa bila makan. Lama dah tak makan laksa sesedap ni. Makan laksa je pun sebab petang lepas jumaat nak pergi kenduri kahwin sepupu. Dia akad nikah hari jumaat lepas. Sebab tulah balik Kuching hujung tahun. Nak jumpa mak ayah pun ya jugak.



Sepupu lea ni tiga beradik. Anak bungsu dan satu satunya perempuan. Dapat jodoh orang jauh juga. Orang semenanjung sama macam lea yang bersuamikan dengan orang perak, makcik lea dengan orang johor, yang sorang pulak dengan orang Terengganu dan sorang sepupu lea dengan orang Pahang. Yang sorang pulak beristerikan orang johor. Yang nak kahwin ni pulak asalnya orang johor tapi menetap kat bangi. Rasanya betul kot maklumat ni. Hehehe.


Akad nikah lepas solat jumaat. Ya Allah. Cantiknya meen. Yelah jarang tengok dia makeup.Sesekali mekap memang cantik. Lea dok dapur je dengan ahli keluarga yang lain. Tapi bila dengar akad nikah rasa sayu je hati. Yelah mesti  mak ayah sedih kan nak melepaskan anak.Samalah macam lea dulu. Nak buat macam mana kan.Lambat laun anak pasti akan berjumpa jodohnya, berkahwin dan menetap sendiri.









Khamis, 18 Disember 2014

Balik Kuching

Assalammualaikum semua.

Baru masuk kerja hari ni setelah bercuti balik kampung di Kuching Sarawak, Lama dah tak balik tapi bila sesekali balik rasa seronok sangat-sangat.

Flight ke Kuching pada 11.12.2014 jam 9.15 malam. Tapi hari Khamis tu lea dah ambil cuti dah sebab nak cari barang nak bawa balik Kuching dan yang paling seronok suami pun bercuti sama. Kalaulah tau dia cuti sama lagi awal lea dah balik Kuching tak hari rabu malam awal pagi khamis dah lea balik. Nak buat macam mana kan.Tiket dah ambik. Nak tukar malaslah pulak.



Pagi khamis tu pergi TESCO kejap beli barang. Bila dah ke TESCO adlilah paling seronok boleh main macam-macam. Layan jelah. Lepas tu dua beranak pergi gunting rambut pulak. Lea tukang tunggu jelah. Adli…kali ni baik pulak tak meragam.




Jam 5.30 dah bertolak ke KLIA 2. Pergi awal senang. Takut jugak jem sebab time orang balik kerja kan. Sampai-sampai ke KLIA2 check in dekat kiosk yang disediakan dan cari kaunter untuk dropkan beg. Satu lea suka KLIA2 ni.Tak macam LCCT dulu,Kena tunggu kaunter untuk satu-satu penerbangan baru boleh dropkan beg. Datang awal pun kalau kaunter lambat buka lambat jugalah jadinya. Tapi dekat KLIA2 dekat mana-mana kaunter air asia boleh dropkan beg.




Lepas dropkan beg , cari makan dululah. Marrybrown pilihan hati sebab Adli suka makan bubur kat situ. Ummi dan abahnya pun suka. Hehehe. Dah habis makan kita pergi ke gate J12. Jauh juga perjalanannya. Tapi ok lagilah.Tak macam LCCT dulu.Rasa sesak sangat-sangat.

Tempat duduk kami 3 beranak 1A,1B dan 1C. Adli sampai-sampai dalam kapal terbang dia macam terkejut. Dok perati semua. Dah tu tersandar duduk.Kita pasangkan tali pinggang keselamatan pun tak menangis. Kapal terbang naik pun tak menangis. Baik sungguh.

Tapi di pertengahan perjalanan Adli dah minta buka tali pinggang keselamatan. Mi..bukak ni. Bah..bukak ni. Bila dah bukak nak berjalan pulak. Nasib baik suami hadang dengan kaki .Kalau tak satu kapal terbang dijelajahnya.Bila ada baby menangis 2 ,3 kali cakap diam. Macam orang berbisik. Last sekali menjerit. Diam!!!!!!!Amboi. suruh orang diam tapi dia yang bising.




Sampai di Kuching jam 11 lebih. Adik dan adik ipar yang ambil dekat airport. Sampai-sampai rumah dah ada ayam panggang kubah ria menunggu. Lea suka makan ayam panggang ni sebab rasanya yang sangat-sangat sedap.Banyak rempah diletaknya. Dekat semenanjung lea tak jumpa lagi. Ayam panggang ni bau je dan sedap. Ada sekali adik ipar belikan suntong tutok@sotong bakar yang diketuk. Selalunya bulan puasa je ada kat tepi-tepi jalan. Sambalnya yang sangat-sangat sedap. Dekat sini lea tak jumpa lagi sambal sotong bakar yang sama macam di Kuching.

Bual punya bual dengan mak sampai 1 pagi.Mata pun dah ngantuk baik kita tidur. Adli? Entah jam berapa dia tidu leka bermain permainan adik dina yang sebakul tu.


Oklah. Tamatlah episode pertama. Nanti sambung lagi ye. Banyak cerita ni.

Selasa, 9 Disember 2014

Macam-macam cerita yang ada

Assalammualaikum semua. Selamat pagi. Lama betul tak menaip dekat blog ni. Sibuk memanjang. Ada je benda nak buat buat sibuk. Hehehe.





Ok. ni gambar sabtu minggu akhir november 2014. Dalam perjalanan nak ke IOI Mall Puchong nak cari barang sikit nak bawa balik Kuching. Sampai dekat area Puchong mak ai...banjir..Jalan dari IOI nak ke area Putrajaya/Kajang penuh dengan air. Ada kereta yang dah nak tenggelam dah.Kereta dekat jalan sebelah sana memang dah berhenti tak boleh jalan. Nasib baik jalan yang kami lalu tak banjir. First time tengok banjir macam ni.

Budak ni pulak, uminya sibuk masak dekat dapur dia sibuk mengemas laci dalam bilik. Lea dah kemas semuanya yang dalam laci tu. Yang tajam-tajam, alat makeup semua dah letak dekat atas. Macam manalah lea boleh terlepas pandang dengan  liptik yang lea baru beli. Jadinya Adli yang rasmikan dulu. Keluar bilik siap cakap ummi...antik? Nak cakap apa. Mengucap panjanglah umminya ni.




Ni pulak gelagatnya di rumah pengasuh. Mak ai..bukan main lagi dengan cermin matanya. Adli .... Dialah penghibur. Dialah jugak yang buat kita marah. Sekarang nak tidur cukup susah. Kena ada drama swasta baru dia nak tidur. Menangis dulu. Gatallah, sakitlah. Dah tu menangis meraung-raung macam orang kena pukul. Sakit jiwa juga dibuat dak Adli ni. Malam nak tidur nak kena bergaduh lu. Dah bijak bercakap dah. Nak bercakap je. Tapi bahasa dialah. Adalah 2-3 perkataan yang kita paham

Ni pulak lea buat nasi goreng dabai. Ada seorang kawan dekat opis.Tanya sedap ke nasi goreng dabai. Dia mengandung.Tak lama lagi bersalin dah. Dia cakap teirngin nak rasa. Pagi tu gigih jugaklah goreng nasi goreng dabai ni.Nak bagi kawan rasa. Dia cakap sedap.Nasib baik ada stok dabai masin yang mak bawa. Dabai ni tumis ngan bawang, ikan bilis dan cili. Makan dengan nasi panas, sedapnya.



Ni pulak cerita semalam. Anak buah yang pernah duduk dengan lea dulu kemalangan dekat dengan Slim River. Alhamdulillah orangnya selamat cuma cedera sikit je.Tapi keretanya teruklah. Takpelah . Yang penting anak buah selamat kan. 

Ok...ni pulak nak bagi tahu. Lusa lea nak balik Kuching dengan suami dan Adli. Tak sabar rasanya. Lama dah tak balik. Balik pun guna waran kerajaan. Tak guna sayang juga kan. Sebab dah ada kemudahan. Kebetulan ada sepupu kahwin kita ambil kesempatanlah balik kampung sekali dengan menggunakan kemudahan tambang percuma mengunjungi wilayah asal.Korang tengoklah seat kami anak beranak. No 1 ye. depan sekali. Kalau boleh belakang pilot terus diletaknya kami. Hahaha.Sebenarnya dah lama tak naik Air Asia. Pertama kali nak checkin dekat KLIA 2. Harap oklah nanti ye. Hihihihi. Macam first time pulak nak naik kapal terbang.