MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 26 November 2014

Sapa makan cili dia terasa pedas

Assalammualaikum semua.

Apa khabar hari ini. Harap semuanya sihat je hendaknya ye.

Cantikkan warna cili tu? Merahnya sangat-sangat menawan hati. Cili padi ni mak bawa dari Kuching. Mak lea sendiri tanam tau. Tahan pulak diletak dalam peti sejuk. Letak dua biji pun dah terasa kepedasannya. Ke lea yang tak tahan pedas.

Sapa makan cili dia yang terasa pedas.

Sindir menyindir atau lebih popular sekarang perli memerli memang ada dalam kehidupan kita seharian kan. Lea kadang-kadang tabik juga dengan orang yang pandai memerli orang ni. Mulut laser kan kadang-kadang orang bagi gelaran. Kalau betul apa yang dikata memang terasa pedasnya. Tapi kadang-kadang perli memerli ni boleh merubah air muka orang. Part tulah yang lea tak gemar. Merubah air muka orang. Mungkin sebab tu kot lea tak reti nak perli orang ni. Tapi kadang-kadang terkeluar juga sebab hati ini ada had yang ianya boleh tampung. Lepas tu rasa menyesal pulak sebab terperasan air muka orang berubah. Kadang-kadang tu dalam masa seminggu teringat-ingat, terkenang-kenang. Takut suatu hari ni air muka kita yang merubah. Kadang-kadang benda ni di luar jangkaan kita kan. Nak menyesal pun terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata. Hihihihi. Belajar peribahasa pulak hari ni.


Selasa, 25 November 2014

Bila Adli jalan-jalan

Ni cerita ahad lepas. Ingat nak bawa Adli pergi PICC tengok UPIN & IPIN tapi dari maklumbalas yang dibaca semuanya cakap sesak, dewan kecik, susah parking. Dari macam tu tak payahlah pergi. Bawa Adli ke IOI Mall Puchong je. Bolehlah dia nak naik kereta, main bola. Kereta macam-macam jenis kereta dia boleh naik. Boleh main tembak-tembak air lagi. Hehehehe.
Nilah orang bujang yang dah bersedia dah nak jalan-jalan. Sendiri nak bawa beg walaupun beg besar dari badan. Hehehehe. Dah lama tak ambik gambar bertiga. Korang tengoklah Adli punya pose. Hahaha. Abah dan ummi biasanya comel yang teramat sangat. Kalah kecomelan si anak. Hahahaha.

Korang tengoklah Adli ni. Gaya macam bawa kereta betul dah. Sebelah tangan lagi tu. Maknya pun tak berani nak bawa sebelah tangan. Hahaha.



Seronok bila tengok anak seronok. Masa nilah nak bersama keluarga kan. Abah kerja tak kira masa dah. Kadang-kadang sabtu ahad pun kerja sampai malam. Dekat sini Adli pun ramai kawan. Adli ni jenis ramah terlebih ramah. Semua orang nak ditegurnya. Tak kiralah india ke, cina ke dia boleh masuk semua. Biarlah sampai ke besar ye li. Tapi janganlah terlebih sangat sudah. Pendiam macam ummi ni pun susah. Biarlah sedang-sedang je.

Isnin, 24 November 2014

Adli...comotnya....

Assalammualaikum semua. Selamat pagi. Hari baru, minggu baru kan. 
Oklah tak nak membebel banyak-banyak.
Ni cerita minggu lepas. Beli barang dapur sikit, dah tu Adli dok tunjuk tempat aiskrim. Belilah satu untuk dia. Umminya pun beli untuk diri sendiri sekali. 
Dalm kereta menangis mengamuk-ngamuk nak aiskrim.
Jenuhlah nak pujuk dia cakap makan aiskrim dekat rumah nanti.
Nak jugaklah tapi air mata mengalir laju.
Sampai-sampai rumah terus ambik beg plastik aiskrim.
Nak makan terus.
Bagi jelah. Nilah pertama kali dia makan aiskrim sendiri.
Selalu ummi yang suapkan.
Sedap tak Adli..dap....adli menjawab. Hehehehe

Korang tengoklah sendiri. Time ni elok lagi. Bersih lagi mukanya. Tak comot.

Ummi pun nak tunjuk aiskrim yang ummi beli. Selalu tak teringin nak makan. Tapi kali ni teringin pulak nak makan perisa RED VELVET ni. Tapi rasanya..entahlah. Lea tak suka pulak. Lain orang lain rasa kot. 


Kecomotan telah melanda Adli. Adui...comotnya Adli. Sampai ke hidung. Nak marah ada. Tapi rasa lucu tu yang lebih.

Dah tu nak aiskrim ummi pulak tu. Sampai comot-comot dia makan.Lastnya dia yang habiskan aiskrim ummi. Ummi lak habiskan aiskrim Adli.



Khamis, 20 November 2014

Elok pulak nak bergambar

Apa ke mimpinya..Siap cakap.Ummi..Siap bagi tanda peace lagi. Bila lea ambik gambar macam-macam posing dia bagi. Adli..adli...








Rabu, 12 November 2014

Entri terkumpul 2 minggu lepas

Assalammualaikum semua. Apa kabar hari ni. Harap semuanya sihat sihat saja. Lama betul dah tak mencoret sesuatu di sini.Sekarang sibuk sangat-sangat. Balik rumah pun kadang-kadang rasa penat sangat-sangat. Nak masak, basuh kain, lipat kain lagi. Nak layan Adli lagi. Bila dah dua tahun ni macam-macam dah ragamnya. Seronok melayan Adli ni. Seronok bila melihat proses pembesarannya. Saat dia pandai bercakap, minta nak makan tu, makan ni. Pandai dah sekarang nak masuk rumah mesti kata kom. Dah tu dia yang jawab alam. Kekadang tu ketawa sorang dengan gelagat Adli ni. Pandai dah suruh buka TV . Mi..BTV. Taulah dia nak tengok Baby TV. Tau dah dengan Billy Bam Bam. Upin Ipin.Kalau naik tangga pulak macam mengiralah dia. Tapi ntah apa2 yang disebutnya. Suka dengar azan . Bila ada azan dekat TV atau radio mesti dia suruh kita diam. Kalau tengok masjid mesti tunjuk dekat kita. Mi..mi...asjid...adan....
Korang tengok gambar kat atas ni. Dengan selipar sebelah, bawa basikal dah tu tengok lea . Dah tu cakap babai mimi. Hihihihi. Nak kemana ntah dia.

Tengah lea sibuk dekat dapur dia juga sibuk. Sibuk masukkan mainan dia dalam sinki. Sampaikan bantal pun dia nak masukkan. Adli sekarang kalau suruh buang sampah, dia tau dah nak buang dalam tong sampah. Kalau suruh letak dalam sinki tau dah. Dah tu minta basuhkan tangan dan pandai pulak minta kain nak lap tangan.

Ni pulak masa temankan umi ambik atok, nenek dan maksu yang datang dari Kuching. Sangat-sangat baik bila berdua dengan umi dalam kereta sebab umi dah bekalkan chipsmore dan susu sekali. Tengoklah.Comot betul... 
Nilah mak su Adli. Adik datang sini sebab nak konvo. Alhamdulillah. Berkat kesabaran kan Mas. Elok je ye Adli bila ambik gambar dengan mak usu. Kalau dengan umi ada je yang tak kena ngan gambarnya. Adli..adli...

Suka sangat dengan mainan yang nenek belikan. Tu je pun yang bertahan lama. Tak boleh dia nak buka sana buka sini. Kalau tertanggal cepat cepat suruh kita pasangkan balik.

Time ni lepas ambil umi dari opis. Singgah TESCO Bukit Puchong dan pekena nasi ayam. Share dengan opah. Tapi umi ada belikan kentang goreng kat Adli. Tu pun habis jugak. Nasi nenek dekat nak separuh dia makan.

Yang ni pulak cerita hari Sabtu 1.11.2014. Dengan adik Konvo,Piala Malaysianya, dengan Running Mannya, Jom Berambeh dekat Bukit Jalil.Macam-macamlah. Pagi tu suami hantar adik, mak dan ayah untuk Konvo adik. Dah tu dalam jam 9 keluar nak pergi ke Bukit Jalil untuk Program Jom Berambeh untuk anak-naka Sarawak. Punya payah nak parking. Semua pintu masuk takleh nak parking.Dah tu pusing balik alhamdulillah dapat juga parking. Dapatlah jalan-jalan.Ingat nak pekena laksa sarawak, mi kolok ke. Adik pula call cakap majlis konvo dah habis. Ok.kita ke MAEPS ambik adik, mak dan ayah. Ikut plan lepas tu nak ke Paradgm Mall.Nak tengok Running Man. Lea minat ok. Sangat-sangat menceriakan hari lea. Perjalanan ke Paradgm Mall.Adui..jem dengan hujan yang snagat-sangat lebat. Dah sampai pulak ramainya orang. First time pergi dah tu tak tau ke mana nak pergi dalam mall tu. Naik turun escalator akhirnya jumpa jugak ahli Running Man atas pentas. Sekejap je pun.Sampai pun lewat.Dah tu kita cari makan.

Ni pulak ahad lepas.Bawa Adli mandi kolam dekat Pusat Komuniti Cyberjaya. Hahaha. Nampak bulat betul Adli dalam gamba ni. Adli takut ok...Dia berdiri je kat tepi. Tak berani nak ketengah. Dia tak stabil lagi berdiri dalam air. Tapi dia seronok snagat main air.Tak nak naik tu. Ajak naik.Anak...anak... tak naklah tu maksudnya.

Ni pulak cerita semalam. Sangkut dalam lift dekat opis. Sorang-sorang pulak tu. Nasib baik pagi. Cool lagi. Boleh bertenang. Kalau malam mau menangis sorang-sorang dalam lift. Dekat 20 minit jugaklah. Bayangkan lift berbunyi agak kuat dan berhenti. Lift adalah salah satu tempat yang lea takut nak masuk. Lagi-lagi lift hospital.Kalau sorang-sorang memang rasa meremang je bulu roma. Semalam pun dah cuak jugaklah...