MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 30 September 2014

Bila Adli posing


Pandai dah Adli posing.
Pantang tengok umminya pegang telefon mulalah dia melentuk liuk kan badannya.
Siap senyum terkidum kidum kata orang sarawak.

Nengok gambar dia ni mulah terasa rindu.Rasa tak sabar nak balik petang ni. Sekarang dah pandai bercerita dah. Muka serius benar bila bercerita. Buat-buat paham jelah.

Adli ni jenis manja sangat-sangat dengan abahnya. Dengan ummi bila dekat rumah senyap je. Ummi masak dekat dapur dia mainlah sorang-sorang kat luar. Bila dia nak makan, nak susu , nak minum barulah dia jenguk dapur yang telah dihadang dengan pagar. Bila dengan abah muulalah meragam.Macam-macam dibuatnya.

”mimi...mimi...thusu....”

Hahaha. Adli panggil lea mimi bukan ummi.susu jadi thusu.

Bila dengar dia sebut thusu tu nak tergelak je rasa. Tapi lea tahan.

Apa lagi perkataan yang dia dha reti sebut ye....

Makan – mamam
Minum-num aisssssss
Panas-anas
Azan-adan
Lori-Lowi
Kapal Terbang-Bang
Abah
Ummi-mimi
Tidur-Do

Tapi lea tak ikutlah pelat dia tu. Kang pelat teruk Adli nanti. Sebut je perkataan penuh kat dia dengan jelas dan terang.

Oklah.Nanti update pasal Adli lagi.

Tak lama lagi nak 2 tahun dah. 7 Oktober ni. Nak hadiah dari achik2 pembaca blog ummi boleh. hehehe

Isnin, 29 September 2014

Lega rasa...


Kenapa rasa lega? Lega sebab permohonan pertukaran telah disokong dengan pengganti serentak.

Tiba masanya untuk berhijrah ke tempat baru. Kenapa ye minta tukar?

Kesesuaian tempat kerja mungkin. Ok..sebenarnya lea mencari keseronokan dalam bekerja. Tak kisahlah kerja banyak macam mana pun tapi kalau seronok pergi kerja insyaallah kerja dapat dilakukan dengan sebaiknya. Kalau dah tak seronok kerja sedikit pun rasa banyak je. Rasa malas nak buat. Tak taulah dengan orang lain, tapi lea suasana di tempat kerja tu yang penting. Kita pergi kerja pun seronok. Lea tak nak , nak pergi kerja rasa malas je. Dok fikir apa yang akan jadi nanti.


Harap permohonan pertukaran ini dapat perhatian dari mereka yang berkenaan…

Jumaat, 26 September 2014

Adli berkopiah...sejuk nengok...

Assalammualaikum semua.

Apa kabar hari ni? Hari Jumaat dah kan. Seronoknya…
                 
Ni nak cerita pasal dak Adli ni. Sekarang suka sangat berkopiah.Tak pun bersongkok. Pandai pulak tu masuk bilik dia , buka almari dan ambik songkok takpun berkopiah. Boleh tahan pulak tu tak bukak-bukak. Yang terkejut nengok pakai seluar pendek bunga-bunga pun pakai kopiah… Hahahaha.Mula-mula lea nengok nak tergelak tau.Tapi lea tahan gelak. Anak aku ni. Ada je benda nak dibuatnya.








Khamis, 25 September 2014

PICC di waktu malam

Assalammualaikum semua.

Salam Hari Khamis.

Esok hari Jumaat dah kan.

Lusa kita cuti. Yahoo…..

Ni cerita sabtu lepas rasanya. Malam tu selepas makan malam masing-masing buat hal masing-masing. Lea seperti biasa layan tv sorang-sorang. Suami lak dok layan hp. Adli seperti biasa dengan mainannya. Bosannya. “Bang..Jom jalan-jalan.Pusing-pusing.” Tapi hakikatnya di dalam hati tak tau ke mana. Lastnya call kakak ipar ajak dia pusing-pusing.Mula-mula nak ke Dataran Putrajaya. Tapi jem pulak.Suami u-turn.  Akhirnya ke PICC kita. Tak masuk dalam pun.Dekat-dekat luar je.Tengok suasana malam di Putrajaya.Cantik pulak view malam dekat PICC ni.

Adli…

Masa tulah dia nak manjat. Nak duduk atas tembok tu. Kita ni seriau dah. Tak boleh tahan ni. Jom..jom kita balik. Sebelum balik tu singgah Uptown Puchong Perdana.Saja jalan-jalan. Ada pulak pertandingan karaoke. Yang bestnya Adli yang beria tepuk tangan siap cakap yey…hahaha. Dah tu orang sibuk nyanyi kat atas pentas dia sibuk menari kat bawah.








Isnin, 22 September 2014

Kisah kaki ayam

Assalammualaikum semua.

Minggu baru…Hari Baru. Selamat Hari Isnin. Macam mana hari ni. Ada mood tak nak pergi kerja. Selalunya Isnin nilah rasa malas na nak pergi kerja. Tapi bila dah sampai rabu, seronok sangat sebab tak terasa dah. Sekejap je dah Jumaat. Seronoknya sebab sabtu ahad kan cuti.

Hari Sabtu lepas kebetulan suami cuti. Auw…seronoknya rasa. Lebih-lebih lagi si Adli.Lama benar dah si ayah tak cuti hari Sabtu. Bila dah suami ada di rumah ni pening pulak memikir nak masak apa. Kalau lea dengan Adli je, apa yang Adli makan tulah umminya makan sekali. Dalam kepala ni dok teringatkan kaki ayam je. Kalau dapat kaki ayam buat sup ke masak kicap kering ke, mesti sedap. Cakap dengan suami. Ok jap lagi kita g TESCO cari kaki ayam. Kaki ayam ni tak semua orang makan kan. Lea semua makan tolak bulu ayam , kepala ayam ngan tahi ayam je tak makan. Ada lagi tak part ayam yang takleh dimakan. Korang tengoklah Adli dok mengodek telefon abahnya, Bosanlah tu ye Adli.


Sebelum sampai TESCO singgah sekejap kedai mamak, Teringin benar nak minum nescafe ais. Tak order makan pun sebab dah kenyang makan mi goreng. Lea goreng hari Jumaat.Goreng lebih. Bawa ke Sabtu pagi. Bercerita pasal mi goreng ni. Lea beli mi dekat satu kedai ni. Lea beli mi kuning 2 paket, sawi ngan fish ball 2 paket. Masa menghiris fish ball tu lea dah rasa lembik semacam dah.Lea cium baunya dah bau masam dah. Dua-dua paket macam tu.Aduh.Kecewa rasa.Akhirnya masukkan ayam jelah. Fish ball dua paket tu lea buang je. Macam manalah kedai boleh jual fish ball macam tu. Nasib baik perasan sebab nak hiris. Kalau main basuh je dan masuk seketul-seketul….habislah. Oklah berbalik dekat kedai mamak ni, lea order nescafe ais, suami kopi ais dan Adli teh bunga suam.Sebelum tu singgah beli karipap dengan lepat pisang.Sedap pulak karipap ngan lepat pisang hari tu. Tu yang bawa dan makan dekat kedai mamak. Adli pulak? Tengok pekerja kedai bawa papadom, dok menjerit mintak. Adli memang suka pun makan papadom.


Dah sampai TESCO, Adli terus berlari nak naik kereta 50 sen tu.Adui..dah pandai dah. Tak di bagi mengamuk macam orang kena pukul. Ok…misi kaki ayam dah tercapai. Balik rumah nak masak empuk2.






Minggu lepas 2 hari lea bersarapan dengan soto yang dibeli dekat kafe di pejabat. Yang bestnya pekerjanya bagi lea kaki ayam punyalah banyak dalam kuah soto tu. Mananya tak terkenang-kenang dekat kaki ayam. Empuk sangat-sangat tau.Lea Tarik sikit je isi terus terasing dengan tulang-tulang kaki ayam tu. Nikmat betul rasanya.


Minggu lepas 2 hari lea bersarapan dengan soto yang dibeli dekat kafe di pejabat. Yang bestnya pekerjanya bagi lea kaki ayam punyalah banyak dalam kuah soto tu. Mananya tak terkenang-kenang dekat kaki ayam. Empuk sangat-sangat tau.Lea Tarik sikit je isi terus terasing dengan tulang-tulang kaki ayam tu. Nikmat betul rasanya.

Minggu lepas juga dua kali juga lea bekal untuk makan tengahari. Tapi lupa je nak ambil gambar. Hanya satu ni yang lea ingat nak ambil gambarnya. Daging masak kicap dengan sambal tumis belimbing buluh. Lea sekarang hari-hari kena bangun awal dari biasa sebab nak siapkan bekal suami. Akhirnya sendiri terikut sama bawa bekal ke pejabat. Dah jimat dekat situ dan yang pastinya tahap kebersihan dan bahan-bahan yang digunakan tiada keraguan.
Ni gambar yang belum diatayangkan dekat blog. Terliur tengok nasi lemak sambal sotong ngan telur mata tu. Hanya RM3.50 sahaja.Abang tepi jalan yang sangat murah. Mihun dengan paru selambak hanya RM2 sahaja. Jam 8 lebih dah habis dah. Yelah sebab murah orang pun ramai yang singgah.

Khamis, 18 September 2014

Bawa Adli jalan-jalan

Assalammualaikum semua.

Apa kabar hari ni? Harap semuanya sihat hendaknya.

Sebenarnya dah lama tak bawa Adli jalan-jalan. Dengan abahnya kerja 24/7. Balik lewat-lewat malam. Lagipun keadaan kesihatan Adli tidak begitu baik untuk dia jalan-jalan. Kesian anak ummi.

Ahad lepas bawalah Adli keluar. Rancangan asal nak membeli barang dapur. Akhirnya bawa Adli dengan anak buah ke Taman Tasik Cyberjaya. Bolehlah Adli main dekat taman permainan dekat Taman Tasik Cyberjaya tu. Seronoklah Adli.Jalan-jalan, lari-lari , lompat-lompat.

Dalam perjalanan nak balik suami ajak pulak ke Taman dekat Pullman Hotel. Boleh juga. Lagipun dah lama tak pergi situ. Dah dekat situ, Adli pulak nak ke tasik je kerjanya. Penat nak mengejar budak kecik ni. Akhirnya bawa jugaklah dia letak kaki dalam air tasik tu. Seronoklah dia. Tak nak balik pulak tu. Menangis.

Oklah. Korang layan jelah gambar dengan video yang disertakan ye.







Rabu, 17 September 2014

Adli dan baldinya


Assalammualaikum semua.

Apa kabar hari ni. Harap semuanya sihat-sihat adanya.Lea pulak sakit perut dari Isnin lepas.Makan dan minum je mesti nak membuang balik.Ada yang tak kena benda yang dimakan ni.

Oklah. Ni cerita sabtu lepas. Dak adli ni suka benar main baldi. Hari sabtu tu dok mengheret baldi ke sana ke mari.Akhirnya minta kita masukkan dia dalam baldi. Nasib baik ngam ngam je dia dalam baldi tu. Bila dah masuk tu minta kita pulak bawa dia dalam baldi tu. Mana lah boleh. Badan semangat tu. 16kg.Tak larat ummi. AKhirnya lea bawa jugaklah. Lea letak atas meja makan.Lea letak atas meja tv. Muka-mula nangis.Tapi lastnya tersengeh-sengeh. Sukalah tu.Lain yang orang suka main lain yang dia suka main.Main yang pelik-pelik.
Oklah.korang layan je gambar budak bertuah ni…

Jumaat, 12 September 2014

MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA DAN RUNNING MAN


Assalammualaikum semua.
Yahooooo.com.my. Hari ni Hari Jumaat. Jadinya esok dan lusa cuti. Seronokkan.Leh rehat-rehat kat rumah dengan Adli. Dengan suami? Hmmmmm…dia sabtu ahad pun kerja. Nak buat macam mana kan. Golek2 jelah dengan Adli dekat rumah.

MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA.

Drama bersiri ini ditayangkan setiap isnin hingga khamis jam 7.00 malam. Tak layan sangat pun. Bila tertengok tu tengok jugaklah. Bila tak tengok tu takdelah rasa apa-apa pun. Yelah.Time nilah Adli nak tido, time nilah dia nak tengok chanel 106. Time nilah nak marghrib kan.Sebenarnya 2 minggu sebelum  cerita ni ditayangkan di TV3, lea dok kemas novel-novel lama ternampaklah novel ni. Akhirnya terbaca jugak. Tebal tu. 3 hari jugaklah membacanya. Bila tengok promo kat TV aish……boleh tengok ni buat perbandingan watak tv dan novel. Bila tengok sesekali tu…entahlah ….Memang dialog novel and drama ada yang sama tapi bila Fahrin menutur dialog2 yang lea ingat dalam novel tu rasa macam tak sesuai je. Macam budak-budak je. Macam dibuat-buat pun ada..Hehehe.Mungkin Fahrin memang dah nampak berusia kot.Hahahaha. Pendapat lea jelah. Orang lain tak tau pulak. Korang tengok ke drama ni? 







RUNNING MAN

JUMAAT – CHANNEL 393 JAM 11.50 MALAM SAMPAI 1.30 PAGI
SABTU – CHANNEL 393 JAM 11.20 MALAM HINGGA 2.40 PAGI
SABTU – TV2 JAM 4.00 PETANG
AHAD – TV2 JAM 4.30 PETANG

Korang layan tak Running Man? Hehehehe. Lea layan tau. Nasib baik Astro ada PVR.Rakam jelah. Tak larat nak berjaga sampai pagi. Tengok Running Man memang menceriakan hari-hari lea. Lucu bila tengok mereka dengan karektor tersendiri.Kadang-kadang dok ulang-ulang mana-mana episode yang kelakar sangat-sangat. Hihihihi. Malam ini. Rakam jelah..Esok bila dah settle kerja-kerja rumah boleh tengok. Gelaklah berdua dengan Adli…Ok.Selamat berhujung minggu ye.






Khamis, 11 September 2014

Bila Adli bercerita sebelum tido

SATE WAK KADI

Asslammualaikum Semua.
Selamat pagi khamis.

Hari ni lea nak bercerita pasal sate.
Sate ni adalah antara sate yang tersedap yang pernah lea makan.
Kalau balik Teluk Intan mesti beli yang mentah untuk bawa balik KL.
Kalau nak makan bolehlah bakar sendiri.
Dan tanpa lea sedar Adli adalah peminat sate.
Bila lea bakar sate ni dia dah senyum..senyum dah.
Dah siap bakar boleh cakap...
"mi......nak..nak" sambil dia nunjuk sate.
Sekali makan adalah 5 cucuk.Tu pun kena kontrol. Kalau ikut dia mau bercucuk cucuk tu.

Lupa nak beritahu.
Ni adalah SATE WAK KADI. Berniaga di Teluk Intan .
Orang Teluk Intan  mesti tau kot.


 Bakar dalam pemanggang ajaib je


Tengoklah si Adli bila makan sate. Suka benar...

Rabu, 10 September 2014

Bila Adli 1 hari berjalan

 Assalammualaikum.

Bertemu lagi kita hari ni.Tengah semangat nak update blog.Harus update je selalu. Hehehehe. Ni cerita penghujung ogos lepas. Makcik dan pakcik datang dari Kuching. Datang sebab anaknya konvo dekat MMU. Time ni masa pergi taklimat sehari sebelum.Taklimatnya dekat MMU Jalan Semarak. Majlis konvokesyennya pulak dekat Cyberjaya.

Masa pergi taklimat tu haruslah satu hari. Jadinya keluar rumah jam 8.30 pagi jam 11 malam baru sampai rumah. Letihnya hanya Tuhan yang tahu.Adli boleh tahan pulak tu.Siap-siap bekal susu ngan air panas. 3 kali jugaklah dia tido lama dalam kereta. Lena pulak tu.Mana tak lena ada aircond. 

Kami sarapan pagi dekat area Jalan Semarak. Dah tu hantar sepupu dekat MMU. Selepas tu bermulalah penjelajahan kami. Mula-mula Jalan TAR, Sogo, makan dekat Kampung Baru, pergi Plaza Low Yatt, pergi ampang, balik ke MMU Jalan Semarak, ambik sepupu , singgah makan dekat Awan Besar, pergi IOI Mall Puchong dan lastnya UPTOWN Shah Alam.

Penantnya.....ya ampun......Yelah bawa orang berjalan.Mereka pun sesekali je datang pun kan. Tetamu harus diraikan. Korang layanlah gambar dekat bawah ni.



Muka budak yang tak reti diam.Saja tak pakaikan kasut.Kalau tak nak berjalan je kerjanya.Penat nak mengejar




Kesian pulak.Lastnya pakaikan kasut jugak.

Bergambar dengan abh. Abahnya...perut tu dah ke depan sangat tu


Ni dekat IOI Mall Puchong.Kebetulan ada pesta Kuih Bulan.Ada pulak tempat bergambar yang cantik ni.Adli..mana dan dia nak meletak punggungnya.Situlah dia duduk.







Ni muka keesokkan harinya. Muka letih ye Adli....

Selasa, 9 September 2014

Corat coret pagi 090914

 Assalammualaikum semua.

Lama betul dah tak mencoret di blog kesayangan ni. Bukan takde cerita , ada..tapi sebenarnya penyakit malas yang sangat-sangat.

9 September 2014-SELASA

Seperti biasa rutin menghantar Adli kerumah pengasuh. Sampai rumah pengasuh, dia cakap suami call cakap suami takleh buka mangga motor sebab kunci ada dekat lea. Hah…kena baliklah macam tu.  Sampai-sampai rumah suami dah tunggu. Berlari-lari ambil kunci nak buka mangga kunci motor. Rupanya dia tersalah ambik kunci.Dia ambik kunci pendua bilik-bilik dekat rumah. Dalam hati ni, Tuhan je yang tahu betapa geramnya hati ni. Kalau salah kitalah kan membebel dia macam mak nenek. Ni ni buat muka tak bersalah je.Tapi hari ni lea boleh tenang setenang-tenangnya. Tapi lepas tutup pintu kereta nak memulakan perjalanan ke tempat kerja membebel sorang-sorang dalam kereta. Biar terluah semua rasa geram tu. Hahahaha. Di pikir-pikir balik rasa bodoh pun ada gak. Entahlah. Yang penting hari ni nak bagi tahu lea dah lambat dua minit masuk kerja. Suami pulak punch in jam 7.23 pagi. Lea pulak 7.32 pagi. Adui….janganlah sampai 3 kali bulan ni. Sampai memo nanti…

Ni lea sertakan gambar hari raya lepas.Langsung takde entri pasal sambutan aidilfitri lepas. Sambutan aidilfitri tahun ni biasa-biasa je. Serba sederhana. Baju pun tak tempeh.Baju untuk pakai time adik kahwin hari tu pun elok lagi.