MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 27 Jun 2014

Dapat hadiah dari nenek

Adli suka sangat dengan sobol. Tu bahasa orang sarawak. Korang pun tahu kan apa mainan yang adli pegang. Adli ni kalau tengok sobol tepi jalan mesti dia menjerit. Suka sangat. Ingat lagi hari tu pergi zoo negara dan zoo negara tengah renovation. Banyaklah sobol dalam tu. Bukan nak tengok haiwan dekat situ dia dok sibuk nak kejar sobol ni. Tak tau apa yang sangat-sangat menarik perhatian adli dekat sobol ni. Tengok tu suka benar bila nenek bagi sobol ni kat dia.






Khamis, 26 Jun 2014

Nasi Lemak vs Puding Roti

Assalammualaikum semua.

Lambat pulak update blog hari ini. Hehehe. Kemalasan telah melanda.

Cerita semalam.

Suami nak bawa Adli jalan-jalan. Tak bawa jauh pun.Putrajaya je pun….Adli kan suka lari sana lari sini. Jadinya bawak je dia dekat padang rumput depan Perbadanan Putrajaya. Suka sangatlah dia. Tapi, bila sampai ke rumah, basuh kaki, tukar baju, bagi susu terus tidur.Lena pulak tu. Sampai ke pagi.


Ni menu pagi tadi.Beli kat tepi jalan je. Selalu beli kat abang ni. Korang tengoklah nasi lemak tu. Nasi punyalah penuh. Dengan telur matanya, dengan sambal parunya baru RM3 je. Aduh.Murahnya. Kalau dekat café dekat pejabat ni kalau tak 5 mau 6 ringgit banyak tu. Selalu beli mihun ngan paru pun baru RM2. Memang murah abang ni berniaga. Patutlah ramai orang berhenti tepi jalan beli kat dia. Murah rezeki dia .

Ni pulak puding roti. Beli tengahari tadi. Korang agak-agak berapa ringgit dua potong puding roti tu. RM6. Sepotong RM3. Roti sebuku baru berapa kan. Lea ingat dalam 1.50 ke 2 ringgit je.Rupanya RM3 sepotong. Kalau diikutkan bukan susah buatnya kan. Tapi malas. Rasanya kalau sendiri buat lagi sedap kot. Apa nak buat.Tak nak makan berat. Tapi harganya mengalahkan harga makanan yang berat. Bukannya besar pun potongannya. Entahlah.Harga barang naik kot. Tadi ada peniaga yang kata tepung takde, minyak takde , harga telur naik. Tu yang buat mahal kot.


Rabu, 25 Jun 2014

Hari ini 25 Jun 2014


Pagi tadi keluar dari rumah nengok bulan cantik betul. Bentuk sabitnya cantik sangatlah.Ambik guna hp memang tak nampaklah. Keluar rumah gelap balik pun dah nak gelap. Nasiblah kan.

Ni masa dalam perjalanan ke pejabat. Matahari tengah menyinar dengan cantiknya. Cantik betullah. Masa ni dha terang menderang dah.

Dekat pejabat pulak hari ini menjadi urusetia pendafatran untuk perhimpunan bulanan.Tak berapa nak setia sebab lewat.macam-macam hal betul sampaikan tangan tersepit dipintu kereta dan tangan dah berdarah dah. 
Breakfast pagi tadi. Mihun kosong je.Alhamdulillah tu pun dah sedap sangat.Memang sedap pun. Jam 9.30 baru makan. Kenyang sampai ke petang.Insyaallah.


Ke Main Place USJ

Semalam suami bawak lea, Adli, mak dan ayah jalan-jalan. Jom cari tempat sejuk katanya. Mula-mula diajaknya ke Alamanda.Lea tak nak sebabnya Alamanda adalah tempat shopping yang paling lea tak suka nak pergi. Lastnya jom kita ke shopping mall yang baru buka dekat USJ. Ada dua Main Place dangan One Place rasanya. Jadinya kami pergi Main Place sebab utamanya ada DAISO. Kebetulan pergi MAIDIN USJ hari tu ternampaklah Main Place ni. Kebetulan juga semalam adalah grand opening Main Place ni. Ada Shiela Hamzah.Siap nyanyi lagu cina lagi. Ni tengok dari atas jelah. Tapi time nak balik lalu sebelah dia. Cantik juga dia ni tengok hidup-hidup.Tapi makeup tebal sangat.

Main Place ni dulu adalah bangunan yang lama terbengkalai.Zaman lea bercinta lagi dah ada bangunan ni.Tapi tak siap-siap. Korang bayangkanlah dah dekat 10 tahun lea kenal suami. Rasanya tengah tahun lepas buat balik bangunan ni. Ni yang jadi shopping mall ngan rumah kat atasnya. Rumah-rumahnya punya harga...mak aii..dari 300k-500k lebih. Tapi syoklah kan turun lif je shopping mall.
Korang tengok dak Adli ni. Adui..sangat-sangat mencabar bila bawa Adli jalan-jalan sekarang ni.Nak berjalan sendiri.Tak nak pegang-pegang dah. Bila dipegang mulalah dia nak duduklah , nak baringlah. Lastnya ke escalator perginya.Nak naik turun sendiri pulak tu. Kita takut kalau dia tersepit kakilah, terjatuhlah.Tu yang takut tu.Tapi budak nak... nak.. jugak.Kena kering hati sikitlah dengar dia menangis.


Sebab utama nak masuk sini sebab ada DAISO.Tengok dari depan macam kecik je.Rupa-rupanya besar kat dalam. Suka tengok barang-barang jepun ni. Cute-cute je. Bukannya beli pun cuma tengok sana...tengok sini...pegang ni..pegang tu..Tapi kalau nak dibandingkan dengan DAISO IOI MALL PUCHONG rasanya kat IOI lagi best kot.


Tengok mak lea tu. Tengoknya bukan main.Tapi tak beli apa pun.Suka nak melihat katanya.

Ceria sungguh warnanya kan. Tak beli pun sebab tak tau nak buat apa.Kalau dah tau kegunaannya beli jugak nanti kot.

Korang tengok budak bertuah ni.Dah penat berlari sana berlari sini dekat Main Place tu, duduk pun boleh tidur ye Adli. Penat sangatlah tu.

Selasa, 24 Jun 2014

Nutella Brownies Sedap


Nutella Brownies ni sepupu lea yang buat. Serius sangat-sangat sedap. Sampai pejam pejam mata menikmatinya kesedapan Nutella Brownies ni time lunch tadi.Sanggup tak makan dulu  sebab nak makan Nutella Brownies ni. Lea tak boleh buat brownies2 ni. Tak reti. Kalau kek pun jenis satu adunan bakar sekali pun tak reti sebab mesti nanti tak tahu dah masak ke belum. Kalau lapis selapis-selapis tu memang pakar dah. Sekejap je boleh siap sebijik kek. Yelah setiap kita ni ada kelemahan dan kelebihan masing-masing kan. Tapi sepupu lea ni memang pandai buat brownies. Sedap sangat-sangat. Lepas ni kena order lagi ni.

Jamuan menyambut Ramadhan

Sempena menyambut Ramadhan yang akan menjelang tak lama lagi Bahagian tempat lea bekerja ada buatlah makan sikit-sikit. Menu utamanya Mihun Soto dan Nasi Lemak.  Tu yang kami kongsi bayarnya.Seorang kena bayar RM7. Untuk yang lain-lain bolehlah bawa sendiri. Lea sudah semestinya kontrak bawa karipap yang lea beli dekat akak yang duduk tak jauh dari rumah lea. Karipapnya sedap. Tak kisahlah inti sardin atau kentang.Tapi inti sardin yang paling banyak permintaannya.

Inilah menu yang ada. Mihun Soto dan Nasi Lemak. Sampai ke tengah hari jugaklah. 



Lea pulak mulanya makan soto. Tapi ambik nasi lemak ni untuk makan tengah hari.Sudah.Mengantuk sampai ke petang. Menguap je dah. Ada lempeng sikit lea ambik.Sedap lempengnya.Dimakan bersama dengan sambal ikan bilis.Pergh....memang sangat-sangat sedap. 
Ni pulak gambar Adli pagi tadi.Sama-sama menghantar lea pergi kerja. Awal pulak bangunnya hari ini. Dia pulak kejutkan kita.Dahlah malam tadi tak lena tidur dibuatnya.Nak susulah...Gatal punggunglah..Gatal belakanglah...Gatal Pingganglah dan kita kena garulah.Sambil pejam mata garu badan anak.

Ni menu sarapan lea pagi ni.Semuanya RM 2.80. Maggie RM 2 dan nugget RM0.80 rasanya. Mahal ke murah korang rasa. Kalau kat gerai tepi jalan lea selalu beli, mihun dan paru masak sambal dengan kuantiti yang banyak lea cuma bayar dengan harga RM2 je.Dah selalu beli murah ni rasanya mahal jugaklah kot.Tapi kalau RM2.80 masih murah lagilah untuk sarapan pagi. Lea dulu pernah pagi kena RM8. Nasi lemak dengan sambal sotong.Sotong kecik-kecik dia kira RM1 kot sepotong. Mahal betulkan untuk sarapan pagi.

Isnin, 23 Jun 2014

Tetamu di hujung minggu dari Terengganu

Assalammualaikum semua.Selamat pagi. Hari Jumaat lepas adik lea dari Terengganu datang. Saja nak bercuti lagipun kebetulan mak dan ayah ada. Melawat mak dan ayah sekalilah. Rindu kat anak adik. Si Ainur Medina ni. Makin besar, main lasak dah orangnya. Tak padan ngan pompuan lasaklnya macam lelaki.Suaranya pulak serak-serak basah. Hihihihi


Tengok si Medina ni. Nasib baik abang Adli tidur maa ni. Bolehlah Dina bawa basikal abang ye. Gaya tu kena ada. Umur baru nak masuk lapan bulan. Nak berdiri lak tu. Kalaulah boleh kayuh basikal tu ke manalah dia nak membawa basikal tu.



Ni pulak model tv. Model kabinet tv. Adui...dak Adli ni ni. Korang tengoklah mukanya. Macam dunia ni dia yang punya. Berlagak betul mukanya. Adli.........Di larang karang menangis macam orang kena dera. Tapi lepas ni lea ambik jugaklah.Karang jatuh pulak kang...


Ni gambar malam tadi.Lama dah ummi tak ambik gambar dengan anak ummi ni. Time ni ipar lea yang dekat Terengganu nak belanja makan. Adli sampai-sampai je nak duduk dekat kerusi biasa ni. Tak nak dah duduk kat baby chair. Order air teh o untuk dia. Makan pula kongsi dengan ummi nasi goreng seafood. Lepas habis makan mula dah dia nak merayau ke sana sini.Nasib baik takde kucing semalam Kalau ada mau dia mengejar kucing. Makan sekarang kena bergilir dengan suami.Tak boleh makan sekali. Kena layan dak kecik ni.


Ni pula kek dibuat semalam. Untuk order hari ni. Kek Lapis Nutella, Lapis barsberry Nutella, Lapis Choc Chip Nutella dna Kek Lapis Milo. Alhamdulilla setiap minggu ada je order untuk Kek Lapis ni. Untuk raya ni pulak alhamdulillah...banyak dah order yang masuk. Bagi yang nak order bolehlah hubungi lea ye.Penghantaran sekitar Puchong, Putrajaya dan Cyberjaya percuma ye.Yang lain kena bayar duit minyak sikit.Penghantaran guna pos laju juga disediakan.


Ni gambar yang adik ambik pagi tadi. Hahaha. Stress je muka abang bila adik yang bawa basikal ye bang. Terbalik dah.Adik yang kecik yang dok bawa dia. Tak taulah nanti bila dik dina dah pandai jalan.Mau huru hara rumah nenek raya tahun depan. Ketuanya sudah pasti si Adli. Berlari sana..berlari sini. Ni pun dah pandai dah budak dua orang ni berebut barang.


Adik akan balik ke Terengganu hari ni. Sunyilah rumah lepas ni. Nanti dina datanglah lagi rumah mak long ye.

Jumaat, 20 Jun 2014

PROMOSI AIDILFITRI 2014
















Teman sepermainan semasa kecil..alhamdulillah telah berjumpa jodohnya

Assalammualaikum semua. Comelkan budak dua orang ni. Meh sini lea kenalkan. Yang berdiri tu abang zamie sepupu lea yang paling senoir. Lea pulak no dua. Yang duduk tu tuan rumah kedaong. Bukan main comel time keciknya. Dah tua ni montel pulak. Hehehe. Semasa kecil kami memang rapat. Yelah beza cuma setahun je.Tapi lepas tu hubungan agak renggang sikit sebab jarang-jarang jumpa sebab zamie ni mak ayahnya kerja dekat Kementerian Kesihatan dan sentiasa bertukar tempat kerja di seluruh sarawak. Jumpa pun 2 tahun sekali. Dah besar ni lagilah jarang jumpa sebabnya sepupu lea ni kerja di luar negara. Memang rezeki dia....Tumpang gembira dengan kejayaan dia.




Alhamdulillah. Pada 31.05 lepas zamie dah berjaya menjadi suami orang. Orang yang bertuah tu Puan Firna.Lama dah  tunggu Zamie naik pelamin.Sepupu-sepupu bawah dia ramai yang dah kahwin.Ada yang dah menjadi mak dan bakal menjadi bapak. Dia jugak yang legend. Hahaha. Ingat bolehlah datang wedding dia, tapi tak boleh sebab suami patah tangan. Takpelah.Tengok dari jauh kemeriahan majlis kahwin dia. Abang dan Firna doa kamek semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia sehingga Jannah. Cepat-cepat dapatkan cucu untuk wa. Kamek sekeluarga tumpang gembira dengan kebahagiaan kitak.  

Khamis, 19 Jun 2014

Ada makan-makan pagi tadi

Pagi ni ada akak buat makan-makan. Menunya ada mi goreng, soto, kuih koci dengan talam suji. Gambar talam suji tak sempat nak ambik sebab dah ngap dulu. Gambar mi goreng pun tak ambik sebab lea ambik soto. Kan lea cerita dekat entry sebelumnya lea makan nasi lemak.Jadinya lea ambik jelah soto buat makan tgh nanti. Dah selamat dah pun.



Soto adalah makanan kegemaran lea. Tapi lea tak pernah campurkan dengan kacang goreng.Entahlah mungkin sebab lea tak minat kacang.Nikmat betul makan soto lagi-lagi bila ada sambal kicap.