MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 23 April 2014

Kiri atau Kanan



Sorang nak ke kiri sorang nak ke kanan. Ke mana arah tujuan sebenarnya?Ke mana arah tujuan kita.

Sesungguhnya manusia hanya merancang arah tujuan yang diinginkan. Keinginan dan impian. Sangat indah kan bila impian dan tujuan yang kita inginkan  menjadi kenyataan. Tapi penghujungnya hanya Allah yang tahu. Dia lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan kita kesali dengan apa yang terjadi. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Ye..Mungkin orang yang tidak mengalaminya akan berkata begitu. Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul. Tetapi sebagai umatnya sifat sabar harus ada pada diri. Sabar Itu Separuh Daripada Iman. Mungkin ujian dan dugaan yang datang lebih mematangkan kita untuk menghadapi sesuatu yang lebih sukar dikemudian hari.

Saja sembang santai di petang hari.


Gambar hanya hiasan semata-mata.

Adli masuk wad untuk kali kedua

Ni cerita minggu lepas.
Hari Isnin petang bawa Adli pergi Klinik Kesihatan sebab bengkak dekat celah punggungnya semakin besar. Nak kata bisul takde pulak matanya.
Risau jugak.
4 Hari sebelum tu dah bawa dah ke Klinik Kesihatan ni. 
Doktor cakap kalau tak elok juga datang lagi sekali.
Saya akan buat surat untuk bawa ke hospital.
Lea suka pergi petang sebab orang tak ramai dan sekejap je nombor dah dipanggil walhal ada lagi 20 sebelum giliran kita. Bila 20 lagi tu mesti rasa lama kan. Tapi sekejap je.Dalam 15-20 minit je.
Doktor lihat bengkak Adli semakin besar dan dia bagi surat suruh bawa ke hospital.

Hari Isnin tu lea puasa. Lepas balik dari Klinik cakap dengan Adli kita balik rumah lu ye li.Ummi nak berbuka sekejap.Lepas tu kita pergi ke hospital.Adli macam paham je. Kesian tengok dia time tu. Nak duduk langsung tak boleh sebab sakit.

Dalam jam 8 lea bawa dia ke hospital.Punyalah ramai orang.Kebanyakkannya bawa budak dan bayi yang demam. Dalam jam 10 baru nombor Adli dipanggil. Kena check dalam zon hijau hospital.Doktor cakap kena masuk wad sebab dah bengkak sangat dan kena ada pembedahan kecil.

Kami masuk wad tepat 12 tghmalam sebab takde katil kosong.
Nurse masukkan air dan antibiotik dekat Adli.
Pagi esoknya Adli menangis.Lea ingat dia berak.
Bila lea buka pampers, bengkak tadi rupanya bisul yang telah mengeluarkan darah dan nanah.
Sedih hati bila melihat anak menahan sakit.
Tengah hari tu jugak doktor melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah dan darah yang ada.
Esoknya pulak Adli dah boleh keluar hospital.
Bila dah keluar Adli kena ke klinik kesihatan setiap hari untuk membersihkan luka selepas pembedahan tu.
Masa dia kencing, dia berak adalah masa yang sangat-sangat mencabar sebab air kencing dan air besar dia akan melalui bekas luka itu.
Pasti rasa pedih dan sakit.
Kadang-kadang air mata berlinang bila dia menahan kesakitan semasa kita mencuci bekas luka tersebut.
Ummi harap Adli sabar ye nak.
Ni ujian dariNya untuk kita.
Adli budak baik, budak bijak, budak berani.
Adli pasti akan boleh melalui semuanya.
Genap setahun selepas Adli admit tahun lepas kerana demam panas.


Isnin, 21 April 2014

Bila dapat teh o suam

Adli minat betul minum teh o suam.Memang fav dia ni. Kalau g kedai mamak order je teh o suam.Laju je dia minum. Korang layan je gambar dia. Dah sampai rumah korang tau apa dia buat? Korang tengok jelah gambar yang last. Dah terlebih minum teh o ye li?









Bos dah keletihan

Baru sempat nak update hari ni. Minggu lepas bz sangat dengan macam-macam hal yang terjadi. Cerita tu nanti lea update k. Ni Gmbar dekat Kuching pada 24hb Mac yang lepas.Dekat sebulan dah gambar ni.Baru nak update.Kotang tengoklah Adli tu.Penat sangatlah tu. Tidur tak sedar-sedar. Yang mem dekat sebelah pulak tu pandai nak posing tu. Kalau dah besar dah pandai jalan mau riuh je rumah nenek bila balik Kuching.Adli ketua Medina pulak pembantu setia.




Isnin, 14 April 2014

Adli shopping kain


Korang tengoklah gayanya.
Siap cermin mata lagi tu.
Dah tu menjerit...menangis sekuat hatinya.
Ingatkan sebab apa...
Rupanya pakcik terlanggar tiang di tengah kedai.
Sebab....
Main jalan je.
Tak tengok kiri kanan.


Adli ke Tugu Negara

Assalammualaikum semua.
Bertemu kita di hari baru dan minggu yang baru di bulan April 2014.
Ni cerita dua minggu lepas rasanya.
Hari Ahad.Suami ajak keluar jalan-jalan.
Pusing-pusing katanya.
Pusing-pusing sampai ke kl kita.
Lastnya singgah di Tugu Negara.
Kawasan Tugu Negara tu kan luas. Apa lagi Adli....
Berjalan..Berlari je kerjanya...
Suka betul dia. 
Yang dia  suka sangat-sangat pergi sudah semestinya kolam air yanga da dekat situ.
Dah tu turun naik tangga.
Penat nak mengejarnya.
Korang layan jelah gambar dan video si Adli ni...








video

Khamis, 10 April 2014

Cerita makan..makan...makan...dan makan.....

Assalammualaikum semua. Hari ni lea nak kuarkan banyak gambar.Semuanya gambar makanan.Ada yang dimasak sendiri ada yang dibeli. Jom kita jalan-jalan tengok makanan.
Mi Pok Special di Kopi O Corner Kuching.
Pergh...memang sedaplah.Hilang kerinduan nak makan mi pok special.
Balik Kuching memang akan makan mi pok ni lagi.

Peria Tumsi Belacan dengan cili.Antara sayur kegemaran lea. Elokkan makan peria ni. Kalau reti buat taklah pahit sangat. Jadi pahit-pahit sedap gitu.

Ikan dori sweet sour. Memang menu kegemaran lea dan adli. Buatnya pun senang jugak. Tapi yang ni kurang pedasnya sebab Adli makan sekali.

Ikan kembung masak asam pedas. Lamanya tak makan asam pedas.Tu yang buat tu. Buat pekat-pekat sikit. Pergh...sehingga menjilat jari.Syukur kepadaNya atas rezeki ini.

Takoyaki. Ni beli ni. Sedap...RM4.50 4 ketul. Nak kena belajar buat dan beli mesinnya. Yelah 4 ketul kecik-kecik rasa tak puas makannya.

Telur Masin.Antara menu yang boleh membuka selera.Kalau makan kuningnya tu yang lemak-lemak tu...sedapnya...............

Kacang buncis pecah telur.Tak  bubuh cili sebab Adli suka makan sayur ni.

Ikan tongkol masak semo.Kalau kat sini tak taulah nama apa.Masak semo ni campuran kicap, asam keping dan cili. Sekarang dah tau dah macam mana nak beli ikan tongkol.Hasil dok terjah pasar borong setiap jumaat. Hehehehe.Dapat ilmu baru.

Ni pulak bila datang rajin di hujung minggu. Lempeng cicah sambal sardin dengan cucur nasi ngan ikan bilis. Berselera makan wa kata sama lu.

Sambal sardin yang sangat menyelerakan.

Tomyam ayam dihujung minggu.Nikmat bila makan ada rasa pedas...masam 

Bila ada tomyam mestilah ada telur dadar.Kalau makan kat kedai tomyam ni jugalah yang diorder. Rasa makan dekat kedai.

Untuk menambahkan lagi selera ikan gelama masin.Perah limau sikit.Pasti sedap...

Soto. Ni pulak big bos belanja Isnin lepas. Fav. lea ni.Kalau ada sambal kicap yang pedas...lagilah terangkat.Sampai berhingus hidung. Tu yang nikmat tu.

Puding roti.Tengok roti ada lebih dari terbuang bila habis exp. datenya baik kita mempuding. Masak dalam pemanggang ajaib je pun.Sekejap je dah masak. Lain kali boleh buat lagi.Tak payah nak ambik oven.Pemanggang ajib HIG kan ada.


Rabu, 9 April 2014

BERCANDY BUFFETLAH KITA...

Masa adik kahwin hari tu, buat jugaklah candy buffet ni. Buat yang simple-simple je pun. Menu-menunya puan beli dan order je kecuali congo bar pengantin yang buat. Sambutan sangat-sangat menggalakkan. Alhamdulillah habis semuanya.

Candy Buffet ni kita boleh buat sendiri je pun. Tapi tulah tahap kerajinan dan kemalasan kita macam mana. Macam lea hari tu pagi kejadian baru setting semuanya sebab malam sebelum tak boleh kerana dewan digunakan untuk majlis yang lain. Berpeluh-peluh jugaklah lea pagi tu.

Oklah. Nanti-nanti jumpa lagi ye.Oh ya lupa...
Kalau korang berminat dengan Candy Buffet ni korang bolehlah cuba contact                                    Pn. Nurhamizah .  Dia cover untuk Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur. Bagi kawasan-kawasan lain pun ada. Cuma ada charge minyak sikitlah.