MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 19 Mac 2014

Cerita campur-campur....

 Assalammualaikum semua. Selamat pagi. Apa kabar hari ini.Harap semuanya sihat semuanya.Alhamdulillah.Jerebu dah semakin kurang bila hujan turun. Tapi bau asap tu masih ada jugak.Sampai baju yang disidai berbau asap. Korang tengoklah budak debab ni.Bila nak berjalan kena pakai penutup muka ni. Mula-mula tak nak bila turun bawah tengok orang lain pakai nak pulak dia pakai mask tu.



Ni cerita minggu lepas. Beberapa hari untuk saran pagi menunya mi cintan goring. Goreng simple je pun. Bawang putih ngan ikan bilis.Tumbuk bersama, tumis, masukkan mi cintan yang dah dicelur, letak sedikit kicap dan sos. Siap. Suami dan Adli sangat suka makan mi cintan digoreng macam ni. Hati umi yang menggoreng pun berbunga-bunga bila tengok orang kesayangan kita suka makan apa yang kita masak.

Dibawah ni pulak Antara menu makan malam kami.Ala…simple je pun.Ayam masak kicap ngan cendawan cina, telur goring dadar ngan ikan terubuk masin. Berselera jugak bila makan. Adli suka benar makan ayam masak kicap tu.


Ni pulak cerita telur ikan. Kadang-kadang time lunch hari jumaat lea ngan kawan opis [ergi pasar borong selangor. Kebetulan pergi pada jumaat lepas telur ikan dengan sotong yang banyak. Murah pulak tu. Harga telur ikan dari 12-18 ringgit sekilo. Murahlah kot rasanya. Lea Cuma beli setengah kilo je pun telur ikan tu.Kalau beli sekilo banyak benar rasanya. Jadinya menu pada hari Sabtu Telur Ikan Kari. Berselera je suami makan. Senang hati lea….




Ni pulak cerita ahad lepas. Dalam peti sejuk ada cream cheese.Ingat nak buat Red Velvet tapi jadinya kek coklat. Terukkan…. Adli bila tengok kek ni suka benar dia.Sekejap-sekejap datang minta. Sepotong dia sorang je makan. Bila habis minta lagi.Tak leh selalu tau Adli makan kek ni. Sesekali je boleh. Boleh majuk ngan lea.Aduh..anak ku sorang ni. Tapi lea buat tak  layan je. Tak naklah dia asyik makan kek ni. Dah tu tak nak makan nasi. Korang layan jelah Adli tengah layan perasaan sebab lea tak nak bagi dia makan kek lagi.



Ni pulak muka orang yang snagat-sangat happy nak balik kampung esok. Seronoknya nak balik Kuching.Tak sabar dah rasanya.


Jumaat, 14 Mac 2014

Bilaku ke depan...


Assalammualaikum. Salam Jumaat dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah.Berjumpa lagi kita di pagi jumaat yang indah ini walaupun berjerebu. Teruk betul jerebu kali ni kan. Dalam kereta kalau buka tingkap pedih je rasa mata. Bau jangan cakaplah.Bau asap je.

OK. Nak cerita pasal cerita minggu lepas. 6 Mac 2014. Khamis 6 Mac 2014 kena bagi taklimat kepada PT negeri yang kebetulan datang ke HQ.Nasib baiklah tajuk taklimat hanya berkenaan dengan bidang tugas lea HRMIS dan Latihan.

Rasanya dah lama tak kedepan. Dulu masa  dekat INTAN , pernah ada satu masa Setiausaha Kursus kena bagi taklimat kursus kepada para peserta. Getar lutut juga dibuatnya.Hihihihi.Tapi bila dah lama-lama  Alhamdulillah ok. Tapi kali ni setelah 8 tahun meninggalkan INTAN kena bagi taklimat lagi. Berdebar jugak rasa dihati. Yelah.Dah lama tak bagi taklimat macam ni. Tapi bila sesi taklimat dah berjalan..ok pulak rasanya. Lagi-lagilah bila ada soal jawab dari PT2 negeri. Nasib baiklah HRMIS dan latihan tak banyak sangat nak cerita. Nak cerita benda baru  pasal HRMIS yang hadirnya orang lama-lama. Jadinya lea Tanya jelah masalah HRMIS yang mereka hadapi. Yang penting SUKSES…..



Khamis, 13 Mac 2014

Air suam, teh ais dan air kelapa..mana satu pilihan dia.....


Assalammualaikum.
Salam khamis lea ucapkan. Hari ini hari ke-6 pesawat MH370 hilang. Harap ada penemuan selepas ini dan semuanya selamat….

Ni nak cerita pasal si debab lea ni. Semakin nakal dan semakin banyak akal. Pandai bercakap sorang-sorang dah. Dah jelas sangat sebutan abah. Umi pulak…hihihihi…Ami….hehehehe.Takpelah.Janji mi tu ada bunyinya.

Sekarang bila nak makan dekat luar kena fikir 5-6 kali. Bukan Adli yang kecik dulu-dulu tu. Adli sekarang Adli yang nak juga apa yang kita makan. Nak juga apa yang kita minum. Minum tu nak straw jugak. Kalau order air mesti order air dia sekali. Air suam dengan straw. Satu gelas tu dia boleh habiskan.

Ni cerita beberapa minggu lepas. Bila dah teringin sangat nak minum teh ais di Seri Alamanda Cyberjaya kena jugalah pegi. Pergi lepas isyak. Boleh duduk lama sikit. Lea order teh ais ngan roti telur, suami pulak order air kelapa ngan roti pisang dan Adli pulak air suam. Bila air sampai Adli macam seronok sangat. Semua air dicubanya. Korang tengok sendirilah gambar. Dilarang mengamuk dia satu kedai. Jenuh nak memujuk.Takpe Adli..kali ni umi kasi peluang ye…

Selasa, 11 Mac 2014

Happy Anniversary Lea&Sham

Alhamdulillah….

Sudah lama benar lea tak update blog ni. Kalau rumah dah bersarang dah kot.
Hari ni menguatkan hati untuk mengupdate blog sebab hari ini adalah anniversary yang ke8 bagi lea dan suami. Alhamdulillah kepadaNya atas kebahagiaan dan kegembiraan yang diberiNya.

8 tahun….rasa cepat benar.Pelbagai suka dan duka diharungi bersama. Alhamdulillah.Berjaya dilalui bersama-sama. Ya…memang ada nangis disebalik duka.Memang ada senyum tawa disebaliknya suka. Tapi itulah rencah kehidupan kan.

Doa lea semoga hubungan yang dibina ini akan kekal untuk selamanya……