MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 9 Disember 2014

Macam-macam cerita yang ada

Assalammualaikum semua. Selamat pagi. Lama betul tak menaip dekat blog ni. Sibuk memanjang. Ada je benda nak buat buat sibuk. Hehehe.





Ok. ni gambar sabtu minggu akhir november 2014. Dalam perjalanan nak ke IOI Mall Puchong nak cari barang sikit nak bawa balik Kuching. Sampai dekat area Puchong mak ai...banjir..Jalan dari IOI nak ke area Putrajaya/Kajang penuh dengan air. Ada kereta yang dah nak tenggelam dah.Kereta dekat jalan sebelah sana memang dah berhenti tak boleh jalan. Nasib baik jalan yang kami lalu tak banjir. First time tengok banjir macam ni.

Budak ni pulak, uminya sibuk masak dekat dapur dia sibuk mengemas laci dalam bilik. Lea dah kemas semuanya yang dalam laci tu. Yang tajam-tajam, alat makeup semua dah letak dekat atas. Macam manalah lea boleh terlepas pandang dengan  liptik yang lea baru beli. Jadinya Adli yang rasmikan dulu. Keluar bilik siap cakap ummi...antik? Nak cakap apa. Mengucap panjanglah umminya ni.




Ni pulak gelagatnya di rumah pengasuh. Mak ai..bukan main lagi dengan cermin matanya. Adli .... Dialah penghibur. Dialah jugak yang buat kita marah. Sekarang nak tidur cukup susah. Kena ada drama swasta baru dia nak tidur. Menangis dulu. Gatallah, sakitlah. Dah tu menangis meraung-raung macam orang kena pukul. Sakit jiwa juga dibuat dak Adli ni. Malam nak tidur nak kena bergaduh lu. Dah bijak bercakap dah. Nak bercakap je. Tapi bahasa dialah. Adalah 2-3 perkataan yang kita paham

Ni pulak lea buat nasi goreng dabai. Ada seorang kawan dekat opis.Tanya sedap ke nasi goreng dabai. Dia mengandung.Tak lama lagi bersalin dah. Dia cakap teirngin nak rasa. Pagi tu gigih jugaklah goreng nasi goreng dabai ni.Nak bagi kawan rasa. Dia cakap sedap.Nasib baik ada stok dabai masin yang mak bawa. Dabai ni tumis ngan bawang, ikan bilis dan cili. Makan dengan nasi panas, sedapnya.



Ni pulak cerita semalam. Anak buah yang pernah duduk dengan lea dulu kemalangan dekat dengan Slim River. Alhamdulillah orangnya selamat cuma cedera sikit je.Tapi keretanya teruklah. Takpelah . Yang penting anak buah selamat kan. 

Ok...ni pulak nak bagi tahu. Lusa lea nak balik Kuching dengan suami dan Adli. Tak sabar rasanya. Lama dah tak balik. Balik pun guna waran kerajaan. Tak guna sayang juga kan. Sebab dah ada kemudahan. Kebetulan ada sepupu kahwin kita ambil kesempatanlah balik kampung sekali dengan menggunakan kemudahan tambang percuma mengunjungi wilayah asal.Korang tengoklah seat kami anak beranak. No 1 ye. depan sekali. Kalau boleh belakang pilot terus diletaknya kami. Hahaha.Sebenarnya dah lama tak naik Air Asia. Pertama kali nak checkin dekat KLIA 2. Harap oklah nanti ye. Hihihihi. Macam first time pulak nak naik kapal terbang.


4 ulasan:

  1. Macam2 gelagat Adli, ya? Kalau dia takde, mesti sunyi...

    Syukurlah anak buah Lea selamat.

    Selamat pulang bercuti ke Kuching.

    :)

    BalasPadam
  2. selamat bercuti ke kampung halaman..puchong banjir?perghh tinggi jugak air naik tu..

    BalasPadam
  3. kalau nak rasa nasi goreng dabai tu kena mengandung dlu ke bru leh request cc? hehehe

    BalasPadam
  4. Dabai tu macamana rupanya ya Lea?

    Tumis dgn cili bawang tu macam dengan ikan masin / ikan bilis... sedap tu

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.