MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 26 November 2014

Sapa makan cili dia terasa pedas

Assalammualaikum semua.

Apa khabar hari ini. Harap semuanya sihat je hendaknya ye.

Cantikkan warna cili tu? Merahnya sangat-sangat menawan hati. Cili padi ni mak bawa dari Kuching. Mak lea sendiri tanam tau. Tahan pulak diletak dalam peti sejuk. Letak dua biji pun dah terasa kepedasannya. Ke lea yang tak tahan pedas.

Sapa makan cili dia yang terasa pedas.

Sindir menyindir atau lebih popular sekarang perli memerli memang ada dalam kehidupan kita seharian kan. Lea kadang-kadang tabik juga dengan orang yang pandai memerli orang ni. Mulut laser kan kadang-kadang orang bagi gelaran. Kalau betul apa yang dikata memang terasa pedasnya. Tapi kadang-kadang perli memerli ni boleh merubah air muka orang. Part tulah yang lea tak gemar. Merubah air muka orang. Mungkin sebab tu kot lea tak reti nak perli orang ni. Tapi kadang-kadang terkeluar juga sebab hati ini ada had yang ianya boleh tampung. Lepas tu rasa menyesal pulak sebab terperasan air muka orang berubah. Kadang-kadang tu dalam masa seminggu teringat-ingat, terkenang-kenang. Takut suatu hari ni air muka kita yang merubah. Kadang-kadang benda ni di luar jangkaan kita kan. Nak menyesal pun terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata. Hihihihi. Belajar peribahasa pulak hari ni.


3 ulasan:

  1. mmg terasa kalau kena pada batang hidung..
    kalau yg tahan pedas tu xper ler.
    muka dia tebal ler tue :)

    BalasPadam
  2. kerana mulut badan binasa.
    kerana kerboard, blog binasa.

    BalasPadam
  3. Opps. sy tak makan cili pun dah rasa pedas. terkena tempias. hehehe. siapakah itu wahai cc ku? :p

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.