MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 20 Jun 2014

Teman sepermainan semasa kecil..alhamdulillah telah berjumpa jodohnya

Assalammualaikum semua. Comelkan budak dua orang ni. Meh sini lea kenalkan. Yang berdiri tu abang zamie sepupu lea yang paling senoir. Lea pulak no dua. Yang duduk tu tuan rumah kedaong. Bukan main comel time keciknya. Dah tua ni montel pulak. Hehehe. Semasa kecil kami memang rapat. Yelah beza cuma setahun je.Tapi lepas tu hubungan agak renggang sikit sebab jarang-jarang jumpa sebab zamie ni mak ayahnya kerja dekat Kementerian Kesihatan dan sentiasa bertukar tempat kerja di seluruh sarawak. Jumpa pun 2 tahun sekali. Dah besar ni lagilah jarang jumpa sebabnya sepupu lea ni kerja di luar negara. Memang rezeki dia....Tumpang gembira dengan kejayaan dia.




Alhamdulillah. Pada 31.05 lepas zamie dah berjaya menjadi suami orang. Orang yang bertuah tu Puan Firna.Lama dah  tunggu Zamie naik pelamin.Sepupu-sepupu bawah dia ramai yang dah kahwin.Ada yang dah menjadi mak dan bakal menjadi bapak. Dia jugak yang legend. Hahaha. Ingat bolehlah datang wedding dia, tapi tak boleh sebab suami patah tangan. Takpelah.Tengok dari jauh kemeriahan majlis kahwin dia. Abang dan Firna doa kamek semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia sehingga Jannah. Cepat-cepat dapatkan cucu untuk wa. Kamek sekeluarga tumpang gembira dengan kebahagiaan kitak.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.