MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 26 Jun 2014

Nasi Lemak vs Puding Roti

Assalammualaikum semua.

Lambat pulak update blog hari ini. Hehehe. Kemalasan telah melanda.

Cerita semalam.

Suami nak bawa Adli jalan-jalan. Tak bawa jauh pun.Putrajaya je pun….Adli kan suka lari sana lari sini. Jadinya bawak je dia dekat padang rumput depan Perbadanan Putrajaya. Suka sangatlah dia. Tapi, bila sampai ke rumah, basuh kaki, tukar baju, bagi susu terus tidur.Lena pulak tu. Sampai ke pagi.


Ni menu pagi tadi.Beli kat tepi jalan je. Selalu beli kat abang ni. Korang tengoklah nasi lemak tu. Nasi punyalah penuh. Dengan telur matanya, dengan sambal parunya baru RM3 je. Aduh.Murahnya. Kalau dekat café dekat pejabat ni kalau tak 5 mau 6 ringgit banyak tu. Selalu beli mihun ngan paru pun baru RM2. Memang murah abang ni berniaga. Patutlah ramai orang berhenti tepi jalan beli kat dia. Murah rezeki dia .

Ni pulak puding roti. Beli tengahari tadi. Korang agak-agak berapa ringgit dua potong puding roti tu. RM6. Sepotong RM3. Roti sebuku baru berapa kan. Lea ingat dalam 1.50 ke 2 ringgit je.Rupanya RM3 sepotong. Kalau diikutkan bukan susah buatnya kan. Tapi malas. Rasanya kalau sendiri buat lagi sedap kot. Apa nak buat.Tak nak makan berat. Tapi harganya mengalahkan harga makanan yang berat. Bukannya besar pun potongannya. Entahlah.Harga barang naik kot. Tadi ada peniaga yang kata tepung takde, minyak takde , harga telur naik. Tu yang buat mahal kot.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.