MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 24 Jun 2014

Jamuan menyambut Ramadhan

Sempena menyambut Ramadhan yang akan menjelang tak lama lagi Bahagian tempat lea bekerja ada buatlah makan sikit-sikit. Menu utamanya Mihun Soto dan Nasi Lemak.  Tu yang kami kongsi bayarnya.Seorang kena bayar RM7. Untuk yang lain-lain bolehlah bawa sendiri. Lea sudah semestinya kontrak bawa karipap yang lea beli dekat akak yang duduk tak jauh dari rumah lea. Karipapnya sedap. Tak kisahlah inti sardin atau kentang.Tapi inti sardin yang paling banyak permintaannya.

Inilah menu yang ada. Mihun Soto dan Nasi Lemak. Sampai ke tengah hari jugaklah. 



Lea pulak mulanya makan soto. Tapi ambik nasi lemak ni untuk makan tengah hari.Sudah.Mengantuk sampai ke petang. Menguap je dah. Ada lempeng sikit lea ambik.Sedap lempengnya.Dimakan bersama dengan sambal ikan bilis.Pergh....memang sangat-sangat sedap. 
Ni pulak gambar Adli pagi tadi.Sama-sama menghantar lea pergi kerja. Awal pulak bangunnya hari ini. Dia pulak kejutkan kita.Dahlah malam tadi tak lena tidur dibuatnya.Nak susulah...Gatal punggunglah..Gatal belakanglah...Gatal Pingganglah dan kita kena garulah.Sambil pejam mata garu badan anak.

Ni menu sarapan lea pagi ni.Semuanya RM 2.80. Maggie RM 2 dan nugget RM0.80 rasanya. Mahal ke murah korang rasa. Kalau kat gerai tepi jalan lea selalu beli, mihun dan paru masak sambal dengan kuantiti yang banyak lea cuma bayar dengan harga RM2 je.Dah selalu beli murah ni rasanya mahal jugaklah kot.Tapi kalau RM2.80 masih murah lagilah untuk sarapan pagi. Lea dulu pernah pagi kena RM8. Nasi lemak dengan sambal sotong.Sotong kecik-kecik dia kira RM1 kot sepotong. Mahal betulkan untuk sarapan pagi.

1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.