MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 2 Mei 2014

KISAH SEPANJANG MINGGU


Semalam 1 May cuti pekerja.Jadinya Adlicious Kek Lapis Sarawak pun cuti jugak. Badan dah rasa penat dan letih sangat sebab tak berhenti buat kek lapis. Bahagianya dapat rehat dan main-main ngan Adli semalam. Abahnya pulak semalam pun kena kerja juga. Tinggallah ummi berdua dengan Adli dekat rumah.
Adli dekat rumah...tak diam mulut ummi dibuatnya.Nak pukul tak sampai hati pulak sebab kecik lagi. Sampai satu tahap lea biarkan je dia dok panjat tempat tv.Bukan main seronok lagi dia dapat panjat. Dengan muka berlagaknya.Dengan catwalknya dekat situ.Lastnya menangis sebab tak reti turun. Macam mana tu. Dah lea angkat dia turun lea cakap ha....panjat lagi kan tak dapat turun.Dia senyap je.Dah tu dia main permainan dia.Tak panjat lagi dah.
Sebelah petangnya call suami. Balik awal ke lambat.Suami cakap otw balik. Sampai-sampai rumah suami cakap jom kita makan dekat MAEPS.Lea cakap tak yahlah.Kita beli je nasi ambeng dekat Dengkil bawa balik. Lastnya suami cakap jom kita beli nasi ambeng, kita bawa ke rumah maya dan zam kita makan sama-sama. Ok...kami bungkus 4 nasi ambeng dan beli sate sikit. Dok suka sangat makan nasi ambeng ni. Dah 3 minggu berturut-turut pergi Pasar Malam Dengkil beli nasi ambeng ni.Yang jualnya pakcik dengan dua orang anak/cucu. Serunding kelapanya sedap sangat dan ikan masin bulu ayam goreng tepung tu sedap sangat.Garing je.Hanya RM5 setiap harI Khamis di Dengkil.
Nilah dua budak yang tengah membesar.Syasya anak maya yang sulung dengan si montel Adli. Mula-mula malu-malu keduanya.Lastnya tak diam mulut ummi dibuat dak Adli ni. Lelaki lelaki jugak dak Adli ni. Dia ni pandai berkawan, pandai cari kawan, peramah tapi gayanya tu ada ganas sikit. Aduh....Ni dia main basikal si syasya.Kalau dekat rumah basikalnya habis kena bedah siasat dah.Yang best bakul basikal dijadikan topi sambil bawa basikal.Nanti lea uploadkan gambar ye. Sarah anak kedua maya takde dalam gambar. Nak masuk 4 bulan baru jumpa budak comel Sarah yang sebiji macam muka ayahnya. Dua dah anak ko ye maya.Sekejap je rasa.
Ni cerita dua minggu lepas rasanya bawa Adli g Zoo Negara. Bising betul mulutnya. Bila tengok zirafah tergamam sekejap dia. Yelah baru pertama kali dok lihat zirafah tu. Time lalu dekat harimau , harimau-harima tengah mengaum dengan kuatnya.Banyak betul harimau dekat Zoo Negara. Dulu-dulu pergi hanya nampak dua ekor harimau je. Kali ni rasanya ada lebih kurang 6-7 ekor harimau.Ada yang tengah berendam, bermain dna ada yang tengah mengaum. Sekarang Zoo Negara tengah renovation. Agak tak syok jugaklah berjalan bawa budak. Sana-sana lori, jentera dan pekerja renovation.
Balik dari Zoo Negara singgah dekat Putrajaya.Pergi Mini Taman Permaian dekat tasik. Takde orang. Lagilah si Adli macam dunia ni dia yang punya. Dengan mulut bisingnya. Dengan riuhnya.Dengan berlarinya. Aduh...bertangkap saja dibuatnya. 
Pssstttttttt. Gossip sikit. Dekat taman permainan tu ada couple dalam kereta. Yang si wanitanya ada menyendeng je dekat lelakinya.Entah apa dibuatnya.Peluk-peluk , cium-cium pulak tu. Eeeee. Budak melayu pulak tu....
  Ni pulak dekat GIANT Bandar Puteri.Ada pulak trolinya macam ni.Dekat parking Adli dah nampak dah.Asyik tunjuk troli tu je. Dah masuk dalam GIANT dia siap pergi dekat troli dan siap duduk dalam kereta tu.Nak tak nak kenalah ambil troli tu. Nasib baik tak kena bayar.kena tinggalkan ic atau lesen je. Sukalah dia. Masuk dalam KFC tak nak keluar nak duduk je dalam tu. Dudukalah Adli..asalkan kamu bahagia.



2 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.