MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 9 April 2014

MAJLIS PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN ADIKKU MAS DAN ANAS 22-23 MAC 2014

Assalammualaikum semua. Selamat Pagi Rabu. Sekejap benar hari Rabu kan.

Ok. Ni nak cerita pasal majlis kahwin adik dekat Kuching pada 22-23 Mac 2014. Majlis akad nikah diadakan dirumah pada sebelah pagi pada 22 Mac 2014 dan Majlis sandingnya diadakan pada 23 mac 2014 di Penview Inn Hotel Kuching.

Oklah kita mulakan ye. Pada Jumaat tu semua saudara mara dah berkumpul. Mak adik dengan anak-anak pun dah sampai dari Johor. Jadi malamnya buatlah masak-masak sikit.Kebetulan rombongan pihak lelaki dari Kedah pun ada datang sekali. Menunya...Ada bubur pedas, sup ikan lumek, terung tumis belacan, apa lagi ye....lupa dah.Banyak jugak lauk lea dan mak masak hari tu.Lepas tu makcik-makcik tolong buat bungan telur.


 Keesokkan harinyaawal-awal pagi mak andam dah sampai nak mengandam pengantin. Sekejap je pun pengantin dah siap berhias cantik. Yang dua orang tu sepupu pengantin.


Pengantin bersimpuh ayu menunggu pengantin disaat sebelum akad nikah dilangsungkan.


Alhamdulillah dah sah.Saat membatalkan air sembahyang. Happy je kan. Time ni lea takde.Tak sanggup rasa nak tengok.Kenapa? Nantilah lea cerita..


Si debab lea ni. Lepas majlis akad nikah ada erzanji.Orang kampung.Dah tu sambil berzanji tu buatlah tepung tawar anak adik lea, anak sepupu lea dan mak suruh Adli sekali. Adli sempat sorang je tepung tawar dia.Dah tu mengamuk. Tengoklah tu dah tukar pakai tshirt. Mengamuk saja kerjanya.

Pengantin dengan nenek.Mak mak lea.


Ni majlis dekat hotel. Ada jugaklah lea buat Candy Buffet sikit.Pasal Candy buffet ni nanti lea buat lain entry.


Kakak Pengantin ngan anak buah pengantin. Adli hari tu kalau boleh dia yang sambut tetamu dekat pintu utama hotel. Dah tu tak boleh tengok lift terbuka nak masuk je.Kerja lea ngan suami hari tu menangkap dia je....Berlari ke sana sini. Kebetulan dekat sebelah dewan adik ada jugak mjalisn kahwinnya. Yang Adli ni asyik nak kesana je. Aduiyai...Adli...Adli...

Pelamin di Hotel...

Kedua mempelai...
Sesi suap menyuap
1....2....3.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.