MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 8 April 2014

Hari Lahirku yang ke33 di Kuching - Surprise!!!!

Asalammualaikum semua…
Nak mula dari mana ni ye………
Oklah.Lea balik Kuching pada 20 Mac lepas sebab adik kahwin pada 22 dan 23 Mac 2014. Penerbangan pada 20 Mac tu jam 7 pagi. Jam 4.30 pagi dah gerak ke KLIA. Alhamdulillah proses checkin berjalan dengan lancar. Eh lupa nak bagi tahu…Sebelum tu suami dah cakap dah. Happy Birthday. I Love U. Ahaksss.Tu yang mahal tu. Susah dia nak ucapkan I LOVE U tu.

Oklah..sampai-sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menunggu ayah pulak .Ayah yang ambik dekat airport. Ok…ayah dah sampai dah. Suami lak ajak minum. Ayah cakap ada kedai baru yang makanannya sedap-sedap.Dekat-dekat je dengan rumah. Teh Tarik Café. Ok…makanannya k..sedap-sedap.Harga ok.. Tapi harga airnya…boleh tahan jugaklah….Lagi satu tempatnya…sesak sangat.Adui…bisa pening kepala dibuatnya.

Nilah kemuncaknya.

Sampai-sampai di rumah adik dok kuarkan kek.Nyanyi lagi tu lagu birthday. Lea? Tak terkata apalah. Tergamam.Hilang kata-kata. Rupanya suami call adik suruh beli kek. Buat kejutan dekat lea. Terharunya.Rasanya inilah kali pertama kena kejutan macam ni sekali. Memang tak dijangka dan tak diduga.

Buat suami, adik, mak dan ayah terima kasih sangat-sangat lea ucapkan. Hari Jadi yang ke33 sangat bermakna pada diri ini lagi-lagi boleh tiup lilin sama-sama dengan Adli kesayanganku.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.