MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 19 Mac 2014

Cerita campur-campur....

 Assalammualaikum semua. Selamat pagi. Apa kabar hari ini.Harap semuanya sihat semuanya.Alhamdulillah.Jerebu dah semakin kurang bila hujan turun. Tapi bau asap tu masih ada jugak.Sampai baju yang disidai berbau asap. Korang tengoklah budak debab ni.Bila nak berjalan kena pakai penutup muka ni. Mula-mula tak nak bila turun bawah tengok orang lain pakai nak pulak dia pakai mask tu.



Ni cerita minggu lepas. Beberapa hari untuk saran pagi menunya mi cintan goring. Goreng simple je pun. Bawang putih ngan ikan bilis.Tumbuk bersama, tumis, masukkan mi cintan yang dah dicelur, letak sedikit kicap dan sos. Siap. Suami dan Adli sangat suka makan mi cintan digoreng macam ni. Hati umi yang menggoreng pun berbunga-bunga bila tengok orang kesayangan kita suka makan apa yang kita masak.

Dibawah ni pulak Antara menu makan malam kami.Ala…simple je pun.Ayam masak kicap ngan cendawan cina, telur goring dadar ngan ikan terubuk masin. Berselera jugak bila makan. Adli suka benar makan ayam masak kicap tu.


Ni pulak cerita telur ikan. Kadang-kadang time lunch hari jumaat lea ngan kawan opis [ergi pasar borong selangor. Kebetulan pergi pada jumaat lepas telur ikan dengan sotong yang banyak. Murah pulak tu. Harga telur ikan dari 12-18 ringgit sekilo. Murahlah kot rasanya. Lea Cuma beli setengah kilo je pun telur ikan tu.Kalau beli sekilo banyak benar rasanya. Jadinya menu pada hari Sabtu Telur Ikan Kari. Berselera je suami makan. Senang hati lea….




Ni pulak cerita ahad lepas. Dalam peti sejuk ada cream cheese.Ingat nak buat Red Velvet tapi jadinya kek coklat. Terukkan…. Adli bila tengok kek ni suka benar dia.Sekejap-sekejap datang minta. Sepotong dia sorang je makan. Bila habis minta lagi.Tak leh selalu tau Adli makan kek ni. Sesekali je boleh. Boleh majuk ngan lea.Aduh..anak ku sorang ni. Tapi lea buat tak  layan je. Tak naklah dia asyik makan kek ni. Dah tu tak nak makan nasi. Korang layan jelah Adli tengah layan perasaan sebab lea tak nak bagi dia makan kek lagi.



Ni pulak muka orang yang snagat-sangat happy nak balik kampung esok. Seronoknya nak balik Kuching.Tak sabar dah rasanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.