MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 11 Oktober 2013

NAK IKLAN JAP...


Khamis, 10 Oktober 2013

KEK LAPIS SARAWAK UNTUK TEMPAHAN

Assalammualaikum.

Rasa lama benar dah tak menaip di dalam blog ni.
Sekarang sangat-sangat sibuk dengan order kek lapis yang semakin banyak.Order untuk Aidiladha ni alhamdulillah, sempat disiapkan.Ada 1,2 kek lagi.Malam ni siapkan.Sebab kebanyakkannya nak kek esok.Yelah.Orang nak balik kampung.

Ok.Ni lea senaraikan kek-kek lapis yang lea buat.Tak buat banyak pun.Baru bermula.


KEK LAPIS CADBURY NUTELLA
SATU ACUAN 6X6 RM36
SETENGAH ACUAN RM 18
Setakat ini kek inilah yang paling banyak ditempah oleh pelanggan.Dan semuanya cakap sedap.Alhamdulillah.


KEK LAPIS CADBURY
SATU ACUAN 6X6 RM30
SETENGAH ACUAN RM 15



KEK LAPIS MASAM MANIS
SATU ACUAN 6X6 RM30
SETENGAH ACUAN RM 15




KEK LAPIS OREO
SATU ACUAN 6X6 RM36
SETENGAH ACUAN RM 18




KEK LAPIS BATIK KENYALANG
SATU ACUAN 6X6 RM30
SETENGAH ACUAN RM 15



KEK LAPIS BATIK EVERGREEN
SATU ACUAN 6X6 RM30
SETENGAH ACUAN RM 15

Lea jual dengan acuan kecik je.Acuan 6inci x 6 inci. Kalau jual acuan besar selalunya harga dalam RM80 ke RM90.Mahal sangat rasanya. Jadinya juallah acuan kecik 6x6. Dapat sebiji kek pulak tu. Tapi kalau nak acuan besar lea masih buat.Tapi harganya lainlah kan.

Rasanya?
Insyaallah.Masih rasa origional Sarawak. Resepi tetap sama walaupun harga dan saiz berbeza.  

Penghantaran?
Bagi yang duduk dalam Putrajaya penghantaran akan dibuat terus ke rumah atau pejabat anda.Secara percuma.Takde kos penghantaran  yang akan dikenakan. Bagi yang diluar Putrajaya sedikit kos minyak dan tol akan dikenakan.Nak pos laju pun boleh jugak.Tapi kena bayarlah untuk kos pos. Alhamdulillah.Untuk pelanggan di Melaka, hari ini lea poskan esok dah sampai.Dan kek masih di dalam keadaan yang sempurna dan masih sedap rasanya.

Untuk Tempahan boleh hubungi:

Monalea – 010-4008683
Sham – 013-3977545


Isnin, 7 Oktober 2013

Selamat Hari Jadi Adli

Alhamdulillah…

Si kecik lea dan suami Adli Sham berusia 1 tahun hari ini. Sekejap betul masa berlalu. Rasanya baru semalam dia lahir. Alhamdulillah.Syukur kepadaMu kerana memberi Adli kepada kami. Dialah segalanya kini. Dialah penghibur hati kami. Dialah buah hati kami.

Selamat Hari Lahir Adli. Ummi dan abah doakan semoga Adli membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik, mendengar cakap ummi dan abah. Ummi dan abah sayang Adli sangat-sangat.