MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 26 September 2013

MAKANAN









Selasa, 24 September 2013

Bisnes kecil kecilan ku

Alhamdulillah. Tak dijangka jugak ada sambutan kek lapis sarawak ni.

Mula-mula yang order anak buah lea masa time raya tu. Lea juallah acuan 9incix9inci bersamaan RM90. Ikut rate dekat Sarawaklah. Tak terpikir pun nak menjualnya secara serius. Lea upload dekat FB. Dah upload tu adalah kawan-kawan dok menanya. Dengar RM90 tu mahal sangat mereka kata. Kesian jugak kawan-kawan teringin nak makan tapi mahallah pulak. Dah potong 4 jual RM10 memang tak pulang modal. Nak jual RM20 mahallah pulak. Besar mana sepotong tu. Seminggu juga fikir.Lastnya lea jual loyang 6inciX6inci dengan harga RM30. Setengah loyang RM15. Dapat sambutan pulak tu. Dah tu jiran-jiran pulak nak. Alhamdulillah. Boleh jual dengan harga yang boleh dikatakan murah, bahan-bahan memang mengikut resepi asal. Tak sedap hati nak jual murah kurangkan kos dekat bahan-bahan kek. Lea kalau boleh nak orang puas hati dengan kek yang lea buat. Biar rasanya sama tak kira mahal atau murah. Kek lapis yang lea jual KEK LAPIS CADBURY, KEK LAPIS SISIK IKAN, KEK LAPIS MASAM MANIS,KEK EVERGREEN DAN KEK LAPIS BATIK KENYALANG. Kalau kawan-kawan nak bolehlah hubungi lea melalui no 0104008683. Kalau nak pos pun boleh.Tapi kena tambah kos poslah pulak.

KEK LAPIS CADBURY

KEK LAPIS SISIK IKAN

*gambar dari jiran.Kak Ujie Dan Kak Zah.





Adli dan aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Assalammualaikum semua. Adli sekarang dah pandai dah.Bila dengar muzik mesti nak giyangkan badan. Ni lea sertakan video dak Adli ni.



Sep 21, 2013 | by monalea_ismail on Keek.com


Isnin, 23 September 2013

Jom kita makan kat luar

Sesekali tu teringin jugak nak makan diluar kan? Kadang-kadang tu terasa-rasa sup ekor memanggil mangggil.Terlihat tomyam dok melambai-lambai.Terdengar-dengar ABC dok menyeru nama lea. Hahahaha.Loyar buruk sikit ye.

Bila makan diluar dok fikir menu apa yang boleh dimakan oleh sikecik ni.Lastnya minta bubur kosong dan minta sup ayam. Jadinya ayam nak kena dipilih isinya sahaja untuk dicampur dengan bubur nasi tu. Berselera dia makan.Dan semestinya tugas mengasing ayam tu lea yang lakukan. Dan selalunya orang dah kenyang baru lea mula makan.dan tugas menyuap sikecik akan diambilalih oleh suamiku. Hihihi. Kalau bubur Adli tu tak habis biasanya lea yang tukang habiskan.Lea akan campur dengan sup ekor tu.Lagi sedap rasanya.









Jumaat, 20 September 2013

Merah kita hari ni

Hari ini kita sama merah ya Adli. Sekarang dalam kereta dah tak reti duduk diam dah.Ada je nak dibuatnya. Tak nak duk dalam car seat dah. Nak berdiri dalam car seat. Sambil tu dok tarikh rambut abahnya, telinga abahnya...minta diambik abahnya. Tulah ragam dia dalam kereta. Tapi kalau tengok orang bawa motor, lori besar-besar, sampai hilang pandanganlah dia dok memerhati.


Khamis, 19 September 2013

Hobi Adli sekarang

Adli sekarang suka benar main dekat langsir. Dah tu main cak cak dengan kita.Korang tengoklah sendiri.



Aug 22, 2013 | by monalea_ismail on Keek.com


Semua nak masuk mulut..

Assalammualaikum semua...

Nak cerita pasal dak Adli ni. Sekarang mulut lea dah tak diam dah. Menjerit je dah.Agaknya jiran-jiran dekat umah tak tahan dah dengar suara tarzan lea ni.

Adli sekarang suka benar dok merangkak ke tempat suis, plug.Adui.Suka benar kesitu.Dah hadang dah dengan bantal besar. Kesitu jugak yang dia nak. Kalau dapat kesana tu, mesti dok paling muka dekat lea dan senyum macam menang dah tu. Dicabutnya plug, charger hp dimasuknya kemulut. Adui...menjeritlah lea. Dah tu ambil dia letak tengah rumah. Dah tu nak kesana lagi dia. Yang herannya tak penat tu.

Lagi satu pantang nampak benda bertali mesti dia nak.Dah tu diletakknya kemulut .Dah macam orang nak g snokeling dah. Diambik karang nangis.







Rabu, 18 September 2013

Ikan tongkol cute




Adli di dalam kereta







Pakai seluar dalam je

Assalammualaikum semua.

Bulat tak badan saya?Hehehehe. bulat kan? Adli kalau macam ni memang suka sangat-sangat dia. Kadang-kadang menangis bila nak dipakaikan seluar. Tulah perangai dia bila nak masuk setahun ni.Macam-macam. 




Jumaat, 13 September 2013

Makan-makan di hari jumaat

Assalammualaikum semua.

Hari Jumaat dah kan? Esok, lusa dan tulat cuti. Yahoo… seronoknya.

Lea nak cerita ni.
Hari ni bawa bekal. Banyak pulak tu.  Kawan lea yang sorang tu nak bawa kuah kacang. Lea cakap oklah tu.Saya leh bawa nasi impit dan rendang. Punyalah gigih merendang semalam.Rasa macam nak raya esok hari. Seronok bila makan ramai-ramai. Lagi seronok bila makanan yang kita bawa tu habis. Alhamdulillah. Makan kongsi-kongsi. Berkat…

Oklah.nanti sambung cerita lagi.


Khamis, 12 September 2013

Bila sejuk...apa yang sedap?

Assalammualaikum.

Bila sejuk, memang sedap bila makan sup kan? Boleh memanaskan badan.

Ni cerita sabtu lepas.Petang tu kan hujan renyai-renyai. Lea pulak satu hari tu siapkan tempahan kek lapis.Alhamdulillah. Yang mula-mula tempah anak buah hari tu.Lea update dekat facebook, ramai pulak yang menanya. Dah tak sempat masak suami ajak makan dekat luar malam tu.

Akhirnya pergi ke Ani Sup Utara. Kalau dekat sini lea suka makan set nasi dengan sup ayam. Sup lain lea tak minat.Dah tu mesti nak kena ada sambal belacannya.Lea kalau makan sup mesti nak kena ada sambal belacan.Sambal kicap lea tak berapa minat.Kalau takde sambal belacan tu sambal kicap pun bolehlah.Suami dengan anak buah pulak order sup campur ngan sup ekor.

Adli….

Bila tengok orang makan, mulut dia pun minta disuap. Lastnya minta dengan adik kat kedai tu mangkuk kecil.Lea letak nasik dan letak kuah sup sikit. Letak ayam sikit. Mak aii..laju dia makan. Tak habis yang dalam mulut, buka mulut lagi minta disuap. Adli…adli…kadang-kadang gelagat dia boleh menceriakan hidup ini.






Rabu, 11 September 2013

Gambar pilihan hari ini


Adli 11 bulan

Assalammualaikum.

Salam sejahtera, Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia.

Anak bujang lea dah 11 bulan pada 7 September lepas. Sekejap je rasa masa berlalu. ..

Adli sekarang…..

1.  Tak boleh tengok lea pakai tudung. Mesti angkat tangan nak minta di bawa.
2   Pandai dah geleng kepala kalau dia tak nak.
3   Mulut semakin bising. Ada je nak cakapnya walaupun keluar la..la..la..
4.  Tidur sangat-sangat lasak. Tiba-tiba terasa ada orang terajang muka kita. Melintang antara katil dia ngan katil lea.
5.  Nampak dah sifat manja pada dirinya.Kalau suami marah dia pergi dekat lea minta dipeluk dengan muka kesiannya.Kalau lea marah pergi dekat suami mengadu.Nak dipeluk pulak tu.
6.  Pandai dah nak bergurau dengan lea dan abahnya.Dia yang dok main cak..cak dengan kita.
7.  Pandai nak berdiri sendiri dah sekarang.
8.  Pandai goyang-goyangkan badan bila dengar lagu.
9.  Suka tengok tv terutamanya BABY TV dekat Astro.
. 10 .Kalau dengar azan dekat tv berhenti sekejap dia.Kusyuk je dengar dan nengok azan dekat tv.
      
      Banyak lagi rasanya…nantilah lea update balik. Bulan depan dah setahun.Ingat nak buat jugak majlis birthday dia. Tengoklah plan nanti macam mana.


Selasa, 10 September 2013

Gambar pilihan hari ini


Adli di KFC





Assalammualaikum semua.

Ni cerita ahad lepas. Ahad tu nak buat sarapan pagi. Suami cakap tak payah. Beli je nasi lemak. Lea ok je. Dah tengahari tu suami cakap lagi.Tak payah masak.Kita makan dekat luar. Tapi sebelum tu nak pergi bengkel nak tanya pasal nak repair kereta yang accident dengan budak bawak basikal. Budak tu punya laju corner langgar belah depan kereta. Nak kena ketuk jugak tu. Suami jumpa bapa budak tu dan dia cakap u bawak pergi bengkel tanya berapa nanti I bayar. Oklah tu kan.

Kembali kepada cerita KFC. Suami cakap nanti abang bawak makan dekat kedai sedap. Pergi punya pergi tutup pulak kedainya.Lastny lea cakap pergi KFC jelah.Boleh Adli makan kentang lenyek.Syok pulak makan dekat KFC dekat dengan Taman Mas ni. Ayamnya besar-besar.Puas hatilah.Sedap pulak tu. KFC pun rasanya lain-lain kan.


Adli…dapat duduk dekat baby chair seronok benar. Bising betul mulutnya. Korang layanlah keriuhan dan kebisingan Adli di KFC dekat bawah ni…..


Sep 8, 2013 | by monalea_ismail on Keek.com

Isnin, 9 September 2013

Gambar pilihan hari ini


Akhirnya...sepupuku bertunang...

Tarikh     :               8 SEPTEMBER 2013 (Ahad)

Tempat   :               KUCHING, SARAWAK

Alhamdulillah. Akhirnya sepupu lea berjumpa dengan sidia yang berkenan dihati. Sepupu lea ni lelaki. Tua setahun dari lea. Teman sepermainanlah masa kecik dulu. Sekarang dia dah berjaya dah di dalam kariernya. Duduk oversea lagi. Harap nanti lepas kahwin tak duduk dekat oversea lagi ye bang.

Yang bestnya tunang dia ni kerja dekat Putrajaya  dan berasal dari kuching jugak. Rumah pun tak jauh.Dekat je.Jalan Merdeka dengan Kampung Pinang Jawa. Pandai ye bang ko pilih. Harap jodoh  mereka sampai ke jinjang pelamin dan kekal untuk selamanya.

Insyaallah.kahwin kelak kamek orang balit ke Kuching…..

Panjat- panjat si pohon ara,
Nampak cantik di tepi laman.
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman.



Rombongan meminang bergambar dulu

FOR HER








FOR HIM








PELAMIN TUNANG




MENANTANGANI WATIKAH PERTUNANGAN



RASMI SUDAH MENJADI TUNANGAN ORANG.

TAHNIAH..

Gagah hulubalang memegang panji
Dayang menari bertingkah irama
Adat bertunang meterai janji
Menanti hari disanding bersama