MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 30 Ogos 2013

Salam pagi jumaat

Assalammualaikum semua.
Selamat pagi.
Salam pagi jumaat…




 Pagi-pagi bila masuk ofis dah nampak bendera Maaysia.
Esok Hari Merdeka kan. Dah lama dah nak snap gambar bendera ni. Terlupa je. Hari ni baru teringat. Tapi yang tak syoknya dekat rumah takde bendera tahun ni. Takpe…Dah pindah dah tak tahu mana letak bendera sebelum ni.


Hari ni korang sarapan apa? Lea beli mihun kerang je. Mihun akak ni sedap. Mihun dengan kerang letak sambal sikit RM3. Korang rasa mahal ke murah. Hari ni ada pulak dekat gerai tu seri muka pulut hitam. Nampak sedap je. Belilah. RM 2 satu. Oklah jugak rasanya. Tapi dah biasa makan pulut yang biasa tu, tu jugak yang sedap.

 Oklah. Kali ni tinggalkan anda dengan gambar tuan rumah yang semakin bam bam.Tu yang kena letak gambar kecik je.Hahahaha. Lea pink hari ni.Pelik rasa….Hidung orang sarawak sarawak jugak..Hahahahaha

Khamis, 29 Ogos 2013

Gila Tupeerware



Assalammualaikum semua.

Selamat petang.

Hari ni lea nak bercerita pasal satu kegilaan kaum wanita khususnya. Tupperware…Lea suka dengan tupperware ni sejak zaman anak dara lagi. Tapi rasanya sekarang lagi gila kot. Yelah..member ofis duduk sebelah dok jual Tupperware.Murah pulak tu. Sapa yang  yang tak nak beli kan.

Tupperware…..

Alah membeli menang memakai. Tak rugi rasanya membeli Tupperware ni. Yelah tahan lama dan sangat-sangat berbaloi dengan duit yang dikeluarkan. Style lea pulak, lea kalau minat ngan satu-satu barang tu lea mesti tunggu offer baru lea beli. Tapi satu yang tak pernah offer.Tempat beras Tupperware.Lastnya beli jugak. Simpan duit gaji dua ke tiga bulan rasanya time tu.Kali ni pengukus Tupperware.Bukan takde pengukus yang besar tu. Ada..Yang kecik pun ada. Beli dekat Wang Kelian lagi tu. Tapi malas nak mengambilnya sebab atas kabinet. Selalunya jual 2 tingkat je.Kali ni ada offer free satu tingkat. Apalagi..Ambil teruslah. Botol air pun offer jugak. Ambik dua je terus. Nanti dalam peti sejuk nampak cantik je bila disusun. Botol air yang kecik tu pulak…nak pujuk abanglah.Sebab dia selalu bising beli banyak sangat.Sekarang dia suka jogging pagi-pagi. Boleh cakap dengan dia nanti boleh buat bekal air bila jogging nanti.Sejuk kot hati dia tak bising isteri beli tupperware.


Manja dengan atuk ye...

Assalammualaikum semua.
Selamat pagi.
Macammana dengan pagi anda hari ni?
Lea…dah 2 pagi ni dah lewat. Aduh…Rosak kedatangan untuk bulan ni. Ada merah.
Bangun dah awal dah, dah nak pergi kerja , sikecik lea berak pulak. Nak kena basuhkan dia, kemaskan dia sekali lagi. Tak sampai hati nak hantar anak dengan pengasuh tanpa basuh dulu.

Adli dengan atuk…

Adli dengan ayah lea memang rapat. Lagipun ayah rajin melayan dia. Sampai-sampai dekat rumah dekat Kuching hari tu ayah siap keluarkan mainan yang dia beli untuk Adli.Lagilah Adli. Tengok Atuk je angkat tangan minta dibawak.Manja betul dengan atuk.

Ayah pulak sikit-sikit cakap…Ala…sayang cucu atuk. Yelah ayah takde cucu lagi.Adlilah yang pertama.Lepas ni adik lea pulak. Haaa..takut tak terlayan je ngan cucu nanti.

Oklah..nak mulakan kerja. Kerja kena didulukan. Kang bising pulak bos karang.

Ok.Nak berkhidmat untuk negara dulu ye.




Rabu, 28 Ogos 2013

Anak bujangku dengan kamera

Assalammualaikum semua.

Apa khabar hari ni? Sihat? Lea hari alhamdulillah sihat adanya. Hari ni pergi kerja pun seronok je sebab boleh buat kerja dengan happy hari ni.Takde rasa nak serabut2 hari ni. Boleh settlekan kerja yang ada.

Adli….

Hari ini boleh awal pulak dia bangun.Jadi maknya pun kena bangun awal jugak. Tak tahanlah……. Kalau kita tak bangun jugak dipicitnya pipi kita, dicucuknya mata kita nak bagi kita bangun sama. Abahnya tahan pulak tu. Tak bangun-bangun. Takpelah. Uminya bangun awal boleh siapkan apa-apa yang patut. Dan semestinya bekalan Adli ke rumah pengasuh kena disiapkan. Hari ni Adli bekal bubur kasar +ayam+brokoli. Hari ni kena buat bubur baru. Nak kena fikir dulu menu apa yang sesuai untuk Adli untuk 2 hari akan datang…. Dan hari ini uminya rajin membuat nasi goreng. Nasi goreng bodo je pun. Bawang + telur + kicap je pun. Yelah tengok nasi ada lebih semalam. Buatlah nasi goreng.Boleh bawa bekal ke opis. Tu dia…Langkah penjimatan.Takde pembaziran disitu.

Adli lagi…

Nak cerita ni. Anak bujang lea sekarang ni memang pantang tengok kamera atau telefon kalau kita nak ambil gambar dia. Lagilah bila dia tengok kamera besar maksunya dekat Kuching hari tu. Nak posing manjang. Boleh pulak senyum tu. Anak…anak…. Seronok dapat lihat proses pembesaran dia. Adli sekarang dah pandai kenyit mata dah tau. Kalau kita kenyit mata kat dia, dia kenyit mata balik kat kita. 

Sebenarnya dah rindu kat dia ni. Tak sabar tunggu 4.30 ni.Nak balik…………

Ok..lea tinggalkan anda dengan koleksi gambar Adli yang maksunya ambil. 






Selasa, 27 Ogos 2013

Gunung Santubong

Assalammualaikum semua.

Sekarang rasa malas betul nak update blog. Vitamin M tu banyak benar dekat dalam badan ni.
Ni cerita lama ni.Tapi nak masukkan jugak dalam blog ni .Yelah.Untuk tatap di masa depan. Jangan nanti Adli cakap tak pernah nak bawa dia dekat area Santubong. Siap tunjuk gambar dengan latar belakang Gunung Santubong. Hihihi.Raya kedua dah kesini. Kebetulan pergi beraya ke Taman Sukma teruslah kesini. Rupanya ramai orang yang datang kesini walaupun time raya kedua.


Jumaat, 23 Ogos 2013

Bergaya dengan cermin mata hitam......


Anak bujang lea sekarang ni tau nak bergaya dah. Di bagi cermin mata elok je pakai time panas. Boleh pulak jumpa cermin mata kecik ni dekat Uptown Puchong. RM 5 je. Pakaikan dekat Adli ngam pulak tu. Kekadang  tu lucu jugak tengok gelagat dia ni.


Khamis, 22 Ogos 2013

adli gelak


ngan menantu


Gambar Pilihan Hari Ini


Seperti kata adik lea…

Confident kena ada walaupun tab terbalik.

Hehehehe. Adli…Adli.. dia nak pegang jugak tu.Nak main jugak tu. Dilarang mengamuk .Menangis macam orang kena pukul….

Selasa, 20 Ogos 2013

Warna Warni di Aildilfitri

Biarlah gambar yang menceritakan segalanya...







Jumaat, 16 Ogos 2013

Yang mana satu pilihan anda?


Kami di pagi Aidilfitri

Pada sebelah paginya, sambil menunggu ayah, mak, suami dan adik ipar balik dari surau, ,macam biasalah kami ambik gambar dulu. Boleh gedik-gedik sikit kot. Kalau mak ada mau kena marah dok ambik gambar je.

Adli….

Dah kemas-kemas dengan baju melayu dan sampinnya boleh tidur. Lena betul sambil dok peluk patung melody yang adik punya. Lagi sedap ye Adli tido sambil hisap telinga si melody tu. Ditarik karang mau mengamuk dia.

Kami tiga beradik posing-posing ambik gambar dengan perut adik yang menjadi sasaran lensa camera. Adik lea dah tujuh bulan mengandung. Sekarang duduk dekat Terengganu. Bersalin insyaallah dekat Kuching nanti. Minta dipermudahkan semuanya…


Time raya ni jelah nak berkumpul semua.Susah nak berkumpul ni. Lea balik, adik tak balik.Adik balik lea tak balik. Aidilfitri ni pun adik tak dapat cuti.Nasib baiklah bos dia ok bagi cuti. Tu  pun balik Kuchinghari rabu, hari Sabtu dah balik Terengganu balik. Takpelah Mak Ngah janji boleh balik beraya di Kuching kan.


Malam Raya Kami Di Kuching

Assalammualaikum semua. Salam Jumaat dan Salam Aidilfitri.

Hari ni nak cerita pasal malam raya. Setelah selesai  berbuka puasa untuk malam yang terakhir bermulalah aktiviti memasak juadah dihari raya. Menu untuk Aidilfitri kali ini, macam biasa Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Rendang Daging, Sayur Campur, Ketupat, Lemang Betawi dan semestinya kuah kacang. Tapi untuk malam tu lea ditugaskan untuk masak rendang daging, adik masak ayam masak merah dan mak pulak masak kuah kacang dan ketupat. Menu yang lain-lain hanya akan dimasak pada pagi raya.Maaf..tak sempat nak ambik ambil gambar.Yang sebenarnya terlupa nak ambil gambar.


Adli….
Seronok betul pada malam raya. Suami pulak pakaikan dia kopiah. Duduk pulak di beranda.Mengekek je gelak. Sampaikan orang dok panggil dia haji kecik. Baju yang dia pakai tu nenek yang belikan. Nampak smart pulak dia pakai baju fesyen macam tu.



Aug 15, 2013 | by monalea_ismail on Keek.com

Selepas memasak , aktiviti lea di malam raya ialah lea suka pusing-pusing dekat kampung lea dan kampung yang bersebelahan. Lea suka tengok lampu-lampu yang berkelipan. Salah satu kelainan yang lea rasa takde dekat semenanjung ni ialah kemeriahan lampu-lampu di rumah orang dekat Kuching ni. Walaupun takde lampu kelip-kelip tu lampu mentol biasa yang macam-macam warna mesti ada. Sampaikan pokok-pokok bunga pun berlampu. Ni ada video yang lea ambik dekat kampung lea.Dah nak sampai rumah pun. Kalau dekat kampung sebelah lagi meriah lampunya. Hujung bulan ni tunggulah bil letrik dari SESCO ya. Hahahaha. Rumah lea pun sama…Lupa pulak nak ambik gambar. Sibuklah katakan.



Khamis, 15 Ogos 2013

ADLI di dalam kapal terbang...


Assalammualaikum semua.

Hari baru masuk kerja selepas bercuti lama sempena Hari Raya Aidilfitri.
Tahun ni lea beraya di Kuching. Dikampung halaman lea. Kami balik pada 5 Ogos lepas. Balik ke Puchong semula pada 13 Ogos lepas.

Menunggu masa untuk balik ke Kuching punyalah lama. Memang menghitung hari setiap masa. Hahahaha.Macammana tu?

Adli…..

Mula-mula dok fikir jugak macammanalah Adli dalam kapalterbang. Alhamdulillah. Masa balik ke Kuching Cuma pada awalnya Adli dok bising-bising.Menjeritlah dia. Tapi bila kapalterbang semakin laju nak naik dia peluk lea dan lea bagikan susu terus tidur sampai ke Kuching.

Bila balik ke KL pulak, masa kapalterbang dok jalan pelan-pelan Adli dah mula menangis. Mungkin dia tak selesa sebab demam.Tapi dia senyap sebab tertidur sebelum kapal terbang jalan laju untuk naik. Adli tidur sampailah ke KLIA.

Dekat KLIA masa nak balik Kuching, Adli senyap je sebab dia dok suka nengok kenderaan dan kapal terbang dekat landasan. Tak berkelip matanya.Di panggil pun dia buat tak tau je.

Ini adalah kali kedua perjalanan Adli naik kapal terbang.

Yang pertama dulu 12.11.2012 masa mula-mula datang ke sini.
Yang Kedua 05.08.2013 untuk balik beraya ke Kuching
Yang ketiga 13.08.2013 untuk balik ke KL.
Sekadar catatan untuk kenangan.





Selamat Hari Raya

Raya kali ni lambat pulak nak letak kad raya.
Maaflah.Sibuk sangat sebelum raya hari tu.

SELAMAT HARI RAYA LEA DAN KELUARGA UCAPKAN.
MINTA MAAF SEKIRANYA ADA SALAH DAN SILAP SEPANJANG LEA BERBLOG NI.
YELAH KITA MANUSIA BIASA.
BANYAK KURANGNYA.


Khamis, 1 Ogos 2013

Adli dengan cermin matanya...

Assalammualaikum semua.

Apa kabar hari ni. Harap sihat je semuanya .

Nak cerita apa ye hari ni…Nak cerita pasal Adli lah. Adli sekarang dah pandai nak bergaya dah.
Masuk je kereta benda pertama yang dia ambil cermin mata suami. Dah tu minta  kita pasangkan dekat dia.
Bila dah pakaikan tu , macam seronok sangat dia dok tengok luar kereta. Taknak tanggal-tanggal dah.
Bila kita nak ambik, mulalah menangis. Menangis macam orang kena pukul. Kadang-kadang geram jugak dibuatnya.

Oklah. Korang layanlah gambar sikecik ni…

Seperti kata orang sarawak…TUAIJA…..