MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 31 Julai 2013

Rasa Seri Alamanda

Assalammualaikum semua.

Semalam suami ajak g kedai mamak.
Lama dah tak lepak kat mamak katanya.
Pilihan kedainya…Seri Rasa Alamanda, Cyberjaya.
Tak tau nak makan apa.Lastnya order roti bakar cheese je. Tiga-tiga pulak order benda yang sama. Dan semestinya teh ais diorder bersama sebab teh ais dekat sana adalah teh ais yang terbaik yang pernah lea rasa.

Adli….

Seperti biasa mulut dia yang paling bising.
Boleh pulak dia menahan mata mengantuk.
Pekerja dekat situ pun dok gurau-gurau dengan dia.
Lagilah dia suka,
Suara dia saja….
Balik-balik je dekat rumah, bagi susu terus tidur.
Mengantuk sangat dah tu…
Lena sampai ke pagi pulak tu…



Dok layan Candy Crush.....


Muka budak tengah geram


JOM LAYAN VIDEO ADLI



Jul 30, 2013 | by monalea_ismail on Keek.com


Selasa, 30 Julai 2013

Bila Adli gelak.....


Jul 29, 2013 | by monalea_ismail on Keek.com


SUKANYA DIA.......


Assalammualaikum semua.

Seronoknya rasa. Selasa depan lea dah berada di Kuching dah.
Tak sabar rasanya nak balik Kuching.
Rindu dekat keluarga lea dekat sana.

Ni cerita sebelum puasa hari tu.
Lama tersimpan dalam draf.Korang tengok gambar tu.
Suka betul Adli dibuat begitu. Cantik pulak gambar ni.
Gambar ni diambil dekat taman dekat Pullman Putrajaya.

Yang lucunya, tengah tido pada malamnya Adli boleh mengigau.
Mengekek dia ketawa. Mula-mula tu lea terkejut jugaklah.
Dah tu nak tergelak jugak nengoknya.

Tulah..benda yang dia dapat siang dibawanya ke malam.

Isnin, 29 Julai 2013

Rindu padanya...


Pagi-pagi dah rindu..parah ni...

Pegi-pagi dah rindu ngan budak kecik ni.
Rindu nak peluk cium dia.
Rindu dengan keletah dia.
Semakin nakal.
Semakin banyak akal.
Sekarang dia pulak dok nak gurau ngan umi.
Dah tu malu-malu.
Suka tengok dia bila malu-malu tu.
Sweet sangat-sangat.
Tak sabar nak tunggu petang ni....




Jumaat, 26 Julai 2013

Di pagi Jumaat bersama Adli...

Assalammualaikum semua..

Berjumpa lagi kita di pagi Jumaat. Jumaat depan..Sabtu..Ahad..Isnin..dah balik Kuching. Tak sabar rasanya. Mak n pak kat Kuching pun tak sabar nak jumpa sikecik Adli.

Adli…setiap pagi bila bangun dari tidur..Alhamdulillah tak menagis. Bila dia mengeliat je terus lea atau suami bagi salam dekat dia. Assalammualaikum Adli. Dia pulak senyum je. Comel sungguh…..Geram lea nengok.

Dah Sembilan bulan dah Adli. Nak tunggu dia setahun.Tak sabar rasanya. Kalau dia dah boleh jalan lagilah kan. Entah kemana perginya. Yelah orang baru dapat kaki.
Tapi suami pernah cakap, kalau dia dah besar, mesti kami akan rindukan saat dia tengah membesar. Saat dia pandai meniarap, saat dia pandai merangkak, saat dia dah pandai berdiri, saat dia tumbuh gigi pertama, saat dia pandai menggigit , saat dia mula nak bercakap dan macam-macam lagilah.

Lea kalau boleh nak bagi yang terbaik  dekat dia. Harap dia menjadi anak yang soleh,sihat, mendengar cakap ibu bapa dan menghormati orang tua.





Khamis, 25 Julai 2013

Main dalam bakul

Antara hobi terbaru Adli…Main dalam bakul.

Kalau duduk dalam walker, bakullah yang dia cari dah tu dok seret satu rumah. Kesana sinilah dia bawak bakul.

Suka sangat dengan bakul.Lastnya lea masukkan dalam bakul. Seronok dia. Dah tu bising mulut dalam bakul. Maca-macam bunyi yang keluar.

Lepas ni tak tau apalagi yang dia suka..





Rabu, 24 Julai 2013

MENU BERBUKA



Macam-macam gaya tidonya...

Assalammualaikum semua.

Dah hari ke15 kita berpuasa hari ni. Tinggal setengah bulan lagi untuk kita menyambut Hari Raya. Insyaallah Aidilfitri tahun ni lea sambut di Kuching Sarawak.

Alhamdulillah Ramadhan tahun ini lea masak untuk kami berbuka.Terasa satu kepuasan disitu. Lagilah kalau suami dan anak buah bagi 4-5 bintang masakan lea tu. Seronok rasanya dapat bagi mereka makan dengan air tangan sendiri. Sehingga 15 puasa ni hanya dua kali berbuka diluar iaitu dekat Fish Market dengan dekat Pusat Komuniti Cyberjaya.

Untuk sahur pulak, Alhamdulillah tepat 4.30 dah bangun.Panaskan lauk, buat air. Disamping tu juga panaskan bubur sikecik untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Adli….

Bila kita sahur pun dia sahur jugak. Tidur sekarang tak sedar-sedar dah. Bila ambil dari rumah pengasuh. Panaskan bubur dia. Bagi dia makan. Lepas maghrib bagi dia susu dia baring-baring dan terus tidor sampai ke pagi. Sedar-sedar pun dia di tengah malam bila pampers dah penuh ataupun dia nak susu.

Tidur sangat-sangat lasak sekarang. Kadang-kadang tiba-tiba kakinya dekat muka kita, dekat perut kita.Kadang-kadang tu kepalanya dekat kaki kita. Adli…Adli… kita yang kena berhati-hati dengan dia. Takut kita tertindih dia masa tido.Dahlah badan kecik lagi. Tulang pun belum betul betul keras.

Ok semua.

Selamat berpuasa…..

Tengah piker menu berbrka petang ni…








Jumaat, 19 Julai 2013

Salam Jumaat dari Adli.


Assalammualaikum semua kawan-kawan umi.
Apa kabar hari ni?

Nilah songkok raya Adli.
First time nak beraya ni.
Tak sabar rasanya.
Tahun ni Adli beraya dekat kampung umi di Kuching .
Tahun depan baru beraya di kampung abah di Teluk Intan.
Handsome tak Adli.
Tapi muka Adli masam je kan dalam gambar ni.
Baru lepas nangis.
Umi marah Adli sebab Adli main-main ngan air susu.
Habis basah rumah.
Adli minta maaf ye umi.
Sayang umi.

Ok semua.
Selamat menjalankan tugas di hari jumaat.
Esok cuti.
Umi nak bawa Adli jalan-jalan .

Khamis, 18 Julai 2013

Sepetang Adli di IKEA

Petang Sabtu sebelum puasa hari tu tiba-tiba suami ajak pergi IKEA. Nak makan meatball katanya. Lea ok je. Sampai-sampai je terus ke tempat makan. Mak aiiiiii. Ramainya orang. Tempat duduk memang sah-sah takde. Terpaksalah menunggu.Tengok orang macam nak habis je makanannya dekat meja tu, buat-buatlah berdiri dekat situ. Hahahaha. Alhamdulillah dapat jugak tempat duduknya.

Lea dengan suami order makanan. Adli tinggalkan dengan anak buah. Jaga meja. Pandaikan. Tu pun anak buah cakap ramai yang bertanya tentang meja kami tu. Ingat dua orang je.

Suami order meatball yang paling banyak terus. Lea ngan anak buah order fish n chip. Suami order salmon. Dah tu order juga popia 3.Meatball buat sharelah. Adli kami order kentang lenyek. Makan kentang lenyek jelah Adli. Sosnya tak bagilah. Umi pun tumpang sekali makan kentang tu sebab sosnya sedap.

Lama juga duduk makan dekat situ. Dah nak habis lea tengok ada couple dok mencari-cari tempat duduk. Lea pun lambai-lambai yang pompuannya. Nak bagi tempat duduk kami pada dia.

Ingat takde nak shoping kat IKEA. Rupanya suami ada agenda lain jugak. Ingat nak makan je. Rupanya dia nak beli kerusi malas untuk letak dekat balcony. Sukahatilah. Sebab dia yang membayarnya.


Yang paling bestnya hari tu, Adli dah pandai sedut air guna straw……







Antara menu berbuka kami


Antara menu berbuka yang telah dimasak sepanjang bulan puasa ni.
Masak mana yang sempat dan kadang-kadang mengikut apa yang suami ingin makan.

PAJERI TERUNG

IKAN BELANAK ASAM PEDAS


SUP TULANG

SAYUR  KAILAN IKAN MASIN

TULANG MASAK LEMAK CILI API

Rabu, 17 Julai 2013

LAMA DAH TAK MAKAN MCD

Sebenarnya dah terlalu lama tak makan MCD ni. Sejak ada budak kecik ni boleh dikira berapa kali makan MCD. Dulu tgh2x malam pun keluar. MCD Pandu Laju je..Hahaha.Mana badan tak naik semakin menaik.

Jadinya…selepas je bawak azmeer shoping singgah dekat MCD Nilai. Suami nak cuba SAMURAI.Lea macam biasa BIG MAC je.Azmeer pun sama. Tengok suami makan SAMURAI mcm sedap je.Lastnya minta sikit. Sedap jugak. Ada rasa manis-manis dikit.

Lama juga dok lepak dalam MCD tu sambil nak tunggu jam dekat-dekat nak 6 petang nak hantar Azmeer balik asrama.





Naik Genting sekejap je...



buka diluar

Di Pusat Komuniti Cyberjaya







MAEPS SERDANG

Bila azmeer shoping

Sesekali menemani budak bujang shoping memang satu pengalaman yang lain bagi lea.

Hujung minggu azmeer boleh keluar jadi hari tu lea ambiklah dia. Time tu hari ahad sebelum puasa. Terkejut tengok kepala dah sedikit botak. Hahahaha. Dia request nak beli barang sikit. Jadinya lea bawaklah dia ke Giant Nilai. Dia nak beli alat tulis, bekas nak simpan biskut, stok Maggie dan sangat-sangat teringin nak minum air 100 Plus.

Lain cara shoping remaja lelaki dan remaja pompuan kan. Kalau remaja pompuan ni mesti dia lebih teliti lagi kot. Mungkin lagi banyak kot barang dibelinya.

Bertambahlah sorang lagi yang lea dan suami kena jaga dekat sini.Sebelum ni anak buah yang baru dapat kerja dekat Putrajaya dan duduk dengan kami sekarang. Dah ni Azmeer pulak.Sepupu lea yang paling rapat. Dua anak bujang yang kami kena jaga sekarang.Takpelah. Boleh dapat pengalaman yang lain kan. Tapi pening juga. Lebih-lebih lagi bulan puasa. Nka mengejut untuk bersahur tu…Adui….Mana tak menjerit lea pagi-pagi.